Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, July 26, 2013

: Temui Cintaku Dalam Solat-MU :





Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah pahala sahaja dari solatnya. Hadis hasan dari Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban.


Solat memang solat…tetapi kenapa ianya masih tidak mampu menghalang dari berbuat dosa?
 Bukan salah solat. tapi mungkin salah cara kita dalam bersolat. ^_^

Solat merupakan batu asas bagi agama. Bahkan dalam Islam, diserlahkan kekuatan solat itu sehingga ianya diisytihar sebagai benteng kukuh yang mampu mencegah kita daripada perbuatan maksiat. Malah ianya sering disebut-sebut sebagai jaminan pasti bagi kita dalam menolak perbuatan mungkar.

Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Jika dirujuk kepada takrifan ini semata-mata, maka kita hanya akan memandang bahawa pensyariatan solat ini lebih berkisar kepada zahir amalan. Tentang tatacara, rukun, syarat dan sebagainya. Namun, solat sebenarnya bukan sekadar ibadah anggota badan sahaja. Namun ianya merupakan ibadah yang diteraskan dari hati sanubari seorang Muslim.

Disebabkan itu Syeikh Muhammad Bayumi dalam kitabnya ‘Akhta’ al-Musallin min Takbir ila Taslim menyatakan bahawa orang yang hendak melakukan solat (iaitu sebelum solat) sudah semestinya ia tidak melakukan kejahatan dengan tangannya, tidak berkata kesat, tidak melihat yang diharamkan. Ini kerana perbuatan hendak melakukan solat itu sendiri secara automatik membendung rasa inginkan kemungkaran.

Menurut Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya, mengatakan bahawa tujuan solat yang lebih besar adalah untuk mengingati Allah. Kemudian barulah tujuan solat itu diisbatkan kepada usaha untuk meninggalkan perkara kemungkaran. Sebab itu al- Imam Ibn Kathir telah mensyaratkan kepada kita tiga pokok asas apa yang dinamakan dengan solat. Dan tidaklah dinamakan solat sekiranya ia tidak menepati tiga pokok asas iaitu, ikhlas, khasy-yah (takut), dan mengingati Allah. Ini kerana ikhlaslah yang mengarah kita kepada perbuatang makruf. Manakalah khasy-yah (takut) pula menghalang kita dari perbuatang mungkar.

Sebab itu perbuatan solat secara zahirnya sahaja bukan penentu atau jaminan seseorang itu meninggalkan mungkar secara pasti. Walaupun ayat ini menyatakan demikian, namun ayat al-Quran perlu diteliti secara keseluruhan. Boleh jadi solat dilakukan tanpa khusyu’, sambil lewa dalam solat, malas bila mengerjakannya, solat dalam keadaan tergesa-gesa malah mungkin ianya dilakukan semata-mata untuk berpura-pura dengan maksud riya’. Sudah pasti solat itu tidak seutuh benteng untuk mencegah kemungkaran.

Janganlah apabila kita melakukan maksiat, maka kita menyalahkan solat kerana ianya tidak mempu menjadi benteng. Tetapi periksalah keadaan solat kita.

 Adakah ianya benar-benar solat yang dikehendaki oleh Allah SWT.

di hati hanya tuhan yang tahu ^_^

....................................................................................................................................

Alhamdulillh memulakan langkahan hari dengan solat secara jemaah  azan di Surau Nurul Qamar Parit Raja Tadi , lama tidak azan ditempat sendiri , makin kurang jemaah , makin kurang anak muda  rindu masa-masa dulu kumpul ramai-ramai depan surau , ada setiap kali magrib,isyak dan subuh , lepas terawikh main nyorok-nyorok,main meriam , main mercun ..

# Rindu saat-saat jadi "budak-budak " dulu... tapi sekarang kawan-kawan ramai dah nikah  semuanya sudah lain tak sama macam dulu..

Disini saya ingin kongsikan cerita solat ^_^ dari solat subuh , 
hingga ke isyak ..


 solat SUBUH:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
# Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


solat ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
# Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
# Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
# Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



solat ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

# Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
# Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
# Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
# Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.



solat MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

# Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
# Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
# Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.



solat ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

# Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
# Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
# Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
# Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.


Sebenarnya solat itu manis jika kita ratib betul-betul setiap baris yang dilafaz kita, kita fahami satu persatu dalam setiap bacaan kita. walau kita " anak melayu" , "jawa" dan sebagainya tidak salah bukan kalau kita menjiwai solat itu..perkara pertama belajar menjejakkan kaki ke madrasah adalah perlakuan solat , sambil diperhati setiap inci pergerakkan oleh Ustaz , DAN ditegur elok-elok sekira umur 9-12 tahun dulu..

ketika itu aku masih belum temui "cinta" dalam solatku , aku belum cukup solat dilima waktu ada juga kala itu..solat dan tinggal sesuka hati , mungkin "jiwa" solat belum lahir dari diriku sehinggalah aku ditarbiah tentang bakal siksa yang aku akan dapat sekiranya aku meninggalkan solat..dicerita satu persatu, hatiku diusia sekecil itu mudah tersentuh, mudah juga merasa gerun ^_^ kala itu masih mentah lagi..

Namun DEMIKIAN , aku bukan semulia nabi, bukan juga terlalu sempurna , ada juga masa-masa lekaku ketika remaja dulu ..aku meninggalkan solat lebih-lebih lagi waktu subuh , kerana lewat bangun ^_^ namun semakin dalam aku menemui "cinta" ALLAH dalam solat , semakin manis dirasa ketika menunaikan solat...

mudah sahaja sifirnya , carilah kedamaian hati dengan berhibur dimana-mana tempat namun hanya solat jalan kamu temui ketenangan , bahana siksa di alam sana mungkin belum tertanggung lagi... kita manusia biasa hampir pasti setiap langkahan penuh dengan dosa , cubalah muhasabah diri..mana tahu kerana tidak solat kamu tidak murah rezeki? mana tahu juga kerana meninggalkan solat kamu tidak temui jodoh ? percaya dan yakinlah , solat sahaja erti "cinta" sebenar dari ALLAH untuk kita, kerana solat sahaja diri kita akan selalu dipelihara.

Andai kita jaga hak kita pada ALLAH , ALLAH akan jaga kita juga hidup kita diatas dunia , insha ALLAH. ^_^







Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualakum... hw r u syuk? Hope u will always fine n happay disamping ibunda tercinta... lama dah saya x ber blogwalking.. sibuk dgn hal duniawi yang hanyalah sementara semata2...
Na'am... ari ni x reti nk celoteh panjang2 coz rasa letih n mengantok....

Tapi nk share dgn syuk lirik lagu korea dalam cerita rooftop prince... sedih....
http://ridlocepheid.wordpress.com/2012/07/14/%EC%83%81%EC%B2%98hurt-ali-%EC%95%8C%EB%A6%ACrooftop-prince-ost-part-1-lyrics-english-translation/

Akhir qalam... take care, always remember allah is alywas with u. N kirim salam bonda yer....
Ilalliqa... ;)
Salam lailatul qadar dari bidadari syurga.....

Anonymous said...

Assalamualaikum wahai lelaki dambaan kasih Illahi,

Sungguh baik jiwa mu wahai lelaki. [AKU] yang khilaf ilmu tersenyum membaca coretan mu. Solat yang ku diri, tidak ku ketahui rahsianya. Takdir dengan izin ALLAH, disebabkan kamu wahai lelaki, kini ku mengerti.

Terima kasih dari: Yang Sarang

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥