Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, July 25, 2013

: Sekadar Lelaki Biasa III :






alhamdulillah , nuzul qur'an pada esok hari bakal bersambut di KUALA LUMPUR , iftar bersama akak, bonda dan sekalian keluarga di luar , ada hamba ALLAH kata saya tidak suka  "orang kelantan" padahal abang ipar saya sendiri asal dari Pasir Mas , Kelantan. Bukan saya tidak suka , cuma mungkin mereka yang kurang suka pada saya ^_^ tapi berhusnuzhon lah saya akan lebih selesa jika anda juga selesa dengan saya.

sungguh ramai mencari siapa disebalik "aku" namun mereka seharusnya tidak perlu tahu terlalu banyak tentang diri ini , hanya sepi memeluk diri, tanpa rupa , tanpa harta tanpa sesiapa, segalanya lebih indah sendiri. Hari ini seorang sahabat marah pada diri ini , sebenarnya aku perlu meluahkan segala masalah yang menyelubungi diri , tidak tertanggung rasanya  dan dia kata " Syuk boleh tak kau cerita pada orang perempuan , sebab aku bukan gay " , amat kecil hati diri ini dengan siapa lagi aku mahu berkongsi cerita suka, duka diri ini Subhanallah ^_^ 2013, tahun paling mencabar buat diri ini..

Aku HARUS menyedarkan mereka dari merencana angan yang tidak bersambut , ingat jika kau suka seorang lelaki ^_^ jangan terlalu menunjuk , bukan semuanya lelaki  baik , bukan semuanya lelaki  jahat , hati lelaki tidak sama dengan kamu hawa, tidak serapuh kamu hawa , tidak semurni kamu hawa ^_^

wahai hawa , manis wajahmu , salju difikirku , tawa yang ada, buatku girang tak terhingga , kau layak mendapatkan lelaki "sempurna" dari segala hal , aku tidak mahu berkongsi cerita duka bersama kamu , tidak juga ingin kamu "susah" bersamaku , cukuplah aku menulis untuk mewakilkan perasaan hibaku , aku tidak perlu sesiapa, cukup sahaja bonda, cukup juga ALLAH.. sesungguhnya aku juga tidak mahu berdosa..sepanjang menyemai cinta denganmu tanpa kata "halal" dan tiada penghujungnya..cukuplah coretan ini memberi kefahaman kepadamu.

Sebenarnya aku tidak tahu apakah aku bertemu jodoh di atas dunia ^_^ aku masih bertatih merangka kehidupan supaya menjadi lebih baik ^_^ aku sudah cukup lelah bernafas dengan serba kekurangan, sebab itu aku "masih" berharap sambil berbekalkan usaha menggunung , aku ingin hidup "senang" walau tidak cukup kaya, dapat memberi manfaat pada keluarga, dapat berumah tangga , dan punya zuriat soleh-solehah yang dapat ku didik dengan asma ALLAH yang maha indah ^_^ sangat besar cita yang ada , sangat gah juga impian yang dilukiskan. di hati hanya ALLAH sahaja tahu....



 Malam ini aku  menjadi imam di sebuah surau berhampiran rumahku  menggantikan imam sedia ada, dan dipelawa untuk hari berikutnya walhal aku tidak bersedia kala itu , hingga kelu lidah tersalah baca sepotong ayat , alhamdulillah diperingat semula oleh seorang " hafiz" , aku bukan seorang yang sangat arif tentang agama , masih jahil , masih belum cukup terang hati , mana tak nya , aku pernah menghafaz hampir sesuku al-quran namun hanya sekerat jalan , namun ada pula yang suka kala aku membaca , suara ku ini ALLAH yang bagi, ini sahaja yang ada seri selain dari inci tubuh ini hanya biasa-biasa sahaja ^_^

Banyak yang harus belajar tentang agama , tidak cukup hanya setahun , malah harus selalu perbaiki dan diperingatkan, juga ditingkatkan , insha- ALLAH baru iman itu sama hidup ^_^ setara dengan jawatan "hamba" di atas bumi ALLAH ini. Jangan JUGA lupa tanggungjawab dengan keluarga sambil ingat bonda dan keluarga tanpa mereka kamu pasti tidak wujud di atas dunia ^_^ aku bukan ustaz idaman semua, tidak juga pinta dikenali seraya dunia, aku cuma mahu segala perkongsian hati , diratib sama-sama, dihitung dengan rima dan intonasinya, moga ada yang terngadah, moga ada yang tersedar , semoga ALLAH redha  segala tindakan kita diatas dunia ..insha-ALLAH.

jika mereka baca nukilan hati di bab pertama penulisanku  pada tahun 2008 , mungkin akan faham , mungkin ada yang mengerti , terlalu banyak bahasa hati dan perasaan yang di tulis , sambil itu aku meganyam hamparan perasaan menjadi lantai  jiwa ^_^ ada yang pijak , ada pula yang meminta izin menyapanya ^_^
siapalah sudi "menjengah" hati lelaki ini , segalanya terlukis sepi , hanya ALLAH bersamaku kala sepertiga malam , menangis semahunya becerita soal dunia ^_^ banyak dosa lelaki ini , entahkan dapat aku mencium keharuman setanggi syurga tuhanku?  AKU berdosa, aku juga bukan lelaki baik , aku ingin kamu semua ambil iktibar tentang segala penulisanku , bukan memuji segala apa yang ada padaku, aku tidak layak buat sesiapa, aku bukan menolak jodoh cuma , doakanlah diri ini dipermudahkan jalan hidup , moga ALLAH redha ^_^


ok , akhir kalam cuba renung dalam-dalam ingatan dari saya ini ^_^

Kalau nak si dia, minta pada Dia. 

Kalau itu yang terbaik moga Allah dekatkan. 

Kalau bukan, jauhkan perasaan itu pada si dia.
Perasaan itu datang  pergi ^_^

Tapi mohon pada ALLAH  moga yang terbaik bisa  singgah di hati ini.
Kita buat apa hati kata benar . Kalau betul, persetankan kata orang. Teruskan hidup & perjuangan.Kita yang rasa bahagia. Kalau salah moga Allah beri  hidayah dan bagi masa utk U-turn balik pada jalan-Nya.

Orang yang tak reti rasa gembira & bahagia adalah orang yg selalu dengki. Yang nak lebih dari semua, nak ada semua benda org ada, nak sentiasa betul, dan bila org bahagia, dia benci melihatnya.
Hidup best kalau org bahagia kita doakan.

Orang sakit. Kita doakan. Org buat benda , benda tu tak salah tp kita tak suka, diamkan. doa Tuhan jauhkan kita dari penyakit hati.
Org buat benda, salah, jika nak nasihat, biar kau dia dan Allah saja tahu bukan depan seluruh dunia kau tegur silapnya.

Utk setiap perkara, selitkan doa. 

Sebab at the end, it's our heart.
 What we think, what we feel and how we gonna face it.

Wallahua'lam

ikhlas untuk semua pembaca, dan followers pages saya.

< syuk al-hafiz>









Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥