Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, July 24, 2013

: IQTIKAF Di Sudut Hati ^_^:




"Jatuh cinta adalah penyakit dan penawarnya adalah dengan 
menikahi wanita yang engkau cintai." 

(Ibnu Qayyim)
             

        " sungguh dunia ini hanya persinggahan bagi hambaNYA yang beriman dan abadi bagi mereka yang terlalu taksub mengejar kekayaan dunia ^_^.."

ada seorang " hawa " sangat dahaga akan bimbingan serta tarbiah seorang adam, namun seharusnya dia lebih layak mendapatkan lelaki penunjuk kiblat kebahagiaan, dia harus tahu yang aku masih bercermin diri , dia juga mesti tahu penyakit hati ini harus diubati, dan dia wajib tahu aku juga sedang mengintai dia dalam tirai rahsia sambil berharap ALLAH mempermudahkan jalan hidup kita.

"aku masih belum punya kerja, jadi kita tidak harus merangka masa angan yang kita sendiri tidak tahu sejauh mana, dia mungkin punya hubungan khusus dengan yang lain sedang aku berdiri di kaki bumi , mengenal rata-rata kekurangan diri bertemankan ketenangan MILIK ROBBUL IZZATI ^_^

KATA BONDA : mereka memandang "kerja", "jawatan", "pangkat" namun mereka tidak tahu harga iman kita , jadi muhasabahlah, yang cantik bukan selalu menjadi milik kita , yang indah bukan juga terpatri setia buat kita , namun ALLAH akan menjaga selagi kita menjaga. Andaipun abang ude tak dapat apa yang abang ude suka , ALLAH akan hadiahkan yang DIA suka untuk Abang ude selalu suka ^_^ husnuzhon jangan lupa ^_^



HARGA iman di masa ini bukan galang ganti peribadi seseorang , sejuk hati melihat satu video yang dikongsi sahabat lain tentang seorang "tukang sapu" membaca beberapa potong ayat al-quran dengan tarannum dan qiraat yang betul. Dia hanya tukang sapu di atas dunia ini , siapa tahu dia bakal raja di syurga sana?

Jawatan tinggi? semakin tinggi jawatan seseorang di atas dunia , semakin besar tanggungjawab juga amanah dipikunya , jangan hanya kerana gah nama kamu lupa hukum , halal dan haram yang ALLAH maktubkan.
SEMASA aku menghadiri janji temu di Sebuah company korea , ada diantara majikan disitu melihat personalitiku dari atas hingga bawah , sambil berkata

" kalau kamu kerja sini jika boss ajak ke club kamu akan pergi?"

Semua orang menjawab ya, dan aku pula menjawab..

"saya tidak pernah pergi club, kalau saya tak pergi boleh kan?"

sambil nada marah mula, menghantui majikan tersebut,

"kau tak payah tunjuk alim , kalau cmpny suruh pergi semua harus pergi"

dan sambil bersehaja aku menjawab ," minta maaf, kalau "harus" saya pergi sekalipun saya tidak akan pergi , sambil berlalu aku tanpa sebarang kata , pergi tanpa seungkap bicara....


15 Ramadhan sudah kita melangkah dan hari ini genap juga 15 hari , aku tanpa kerja ^_^ setelah longlai langkahan di Bandaraya besar itu, mulalah ada yang tidak senang duduk melihat aku temani bonda di kampung sambil membawa bekal buruk keaibanku dijual melata,walaupun dalam bulan Ramadhan ...terima kasih kerana mencela diri ini , sesungguhnya diri ini penuh dosa..


" mah , anak kau lama cuti? sudah berhenti kerja ke? "

balas bonda, " ooohh dia cuba cari kerja sekitar sini , katanya dia nak duduk dekat dengan aku "


bonda masih lagi menjaga aibku walhal dia tahu, fitnah dunia telahpun menelan masa depanku di kota metropolitan itu , aku masih mencari dimana sudut rezeki untukku bertapak , sehinggakan mengambil upah mesin rumput sekitar kampung , sebagai baki masa senggangku..

mengambil upah mesin rumput atas relaku, namun pada mulanya aku tidak mengenakan sebarang upah hanya untuk tujuan khidmat baktiku pada masyarakat, aku mula memesin rumput sekitar rumahku, rumah jiran yang kelihatan semak samun 
dan banyak lagi kawasan yang terliar mata memandang.

" Allahul Musta'an "

# Semalam Mesin rumput hanya niat menolong orang hari ini diminta mesin rumput di sekitar kubur dan sebuah rumah banglo , dihulur sejumlah rm50.. dalam susunan wang rm10 x 5, lalu wang tersebut tidak sempurna dicapai dan terbang , lelaki itu berlalu pergi.. tanpa menoleh  terasa diri ini bagai seorang pengemis , padahal aku cuma membantu serba serbi...

# Ya Allah jauhkan aku dari sifat kaya dan meninggi diri, dia tidak melihat aku..dan memandang aku sebagai pengemis meminta-minta beserta nada suara yang agak sinis 


" tukang mesin rumput ya? Nah duit!!

balasku,  terima kasih, rezeki Allah bagi..



Aku tidak sesekali bertanya tentang qada’ & qadar yang aku sendiri tidak berkuasa ke atasnya. 
Aku hanya menjalankan hidupku mengikut daya kemanusianku yang dikurniakan Allah. Apa pun ketentuan Allah, aku sangat yakin ia sentiasa yg terbaik. Aku tidak akan melepaskan kesedaranku kepadaNya walau sesaat pun kerana aku sentiasa memerlukan petunjuk dan kekuatan kurniaanNya. “Ya Allah aku mohon petunjuk dan kekuatan ya Allah.” ^_^


Sesuatu yang baik atau tidak baik hanyalah persepsi dan penilaian kita.
Allah merahsiakan perancanganNya kepada kita agar kita tetap terus bergantung kepadaNya dengan keyakinan yang tidak ada keraguan sedikit pun dalam setiap apa jua ibadah kita.
Semoga kita tidak lagi keliru dan pening kepala mempersoalkan tentang takdir dan juga kebebasan memilih yang Allah berikan kepada kita.
Yang pasti JUST DO IT! Beramal soleh. Amal Ma’aruf Nahi Mungkar. NAMUN TETAP TERUS MENDAHULUKAN ALLAH SWT!



Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.

(QS: Al-Anfal, 8:29)







                                                           


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

[AKU] singgah sebentar di laman ini. Tanpa sengaja mengusik hatiku untuk membaca dan terus membaca. Lukisan hati seorang lelaki? (Tersenyum). [AKU] suka coretan dia, menjadikan aku janji menjadi hati yang tidak akan berhenti membaca. [AKU] suka cara dia, menjadikan aku ingin mengenali dia. Rapat dengan dia. Menjadi teman dia. [AKU] add di FB. Dengan detik aku menanti. Hampa. Tidak diterima sebagai kawan. Aku terdiam. Tersenyum. (Lelaki ini, sungguh misteri).

Jika kamu hanya seorang tukang potong rumput, rasa suka yang Allah kurnia dalam hatiku terhadap kamu, tidak akan pernah terhapus.

Ikhlas dari: Yang Sarang

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥