Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, July 22, 2013

: Senaskah Perasaan ^_^:





Motivasi hari ini: 

"Tidak perlulah kamu kelihatan cantik utk manarik perhatian manusia. Tidak perlulah kamu menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih manusia. Ini kerana cinta manusia sangat tidak adil. Buktinya apabila kamu telah melakukan 99 kebaikan dan 1 kesalahan, manusia hanya akan nampak 1 kesalahan itu dan lupa semua 99 kebaikan kita. Ia berbeza dgn cinta Allah, 99 kali kita buat dosa kepada-Nya dan sekali kita bertaubat, Allah akan melihat taubat yg 1 itu dan melupakan segala 99 dosa terbabit. Oleh itu, carilah cinta Ilahi, pasti kita akan jumpa cinta yg hakiki.... 

(Shikh Tantawi)


Hari ini aku menerima komen dari likes dalam pages "syuk al-hafiz", mereka komen melalui "private massage" ,katanya kenapa awak tidak berkawan dengan perempuan , apakah salah ? atau awak memilih? atau awak memang sombong ?

Di hati ini hanya ALLAH sahaja tahu ^_^



Aku dilahirkan dengan banyak bingkisan agama selalu bermain di halwa telingaku ini. Jadinya pada usia 8 tahun aku bisa mengimamkan satu keluarga walau kala itu hanya bacaan lazim baru dihafalku. Oleh yang demikian didikan menjadi imam oleh bapaku , tersemai juga dengan ilmu agama yang lain seperti bisa membaca al-quran dengan baik , bisa azan dengan tarannum yang mengoncang perasaan dan boleh juga berzanzi dengan pelbagai melodi penyentuh sanubari. Sifat polos ini kubawa dari sekolah , PLKN juga Universiti. Cerita ini cukup untuk menyedarkan sahabat semua,  dan aku akui lelaki beragama selalu di intai hawa yang lain dengan setia tanpa diduga.

Namun AKU masih belajar kenal rata-rata khilafku , dengan mengenal hawa juga berperasaan aku tidak lagi sepolos dulu. Aku mula mencintai seorang hawa dengan sangat, sambil tidak habis-habis berdoa disepertiga malam , berpuasa hanya untuk menunjukkan harga cintaku pada hawa ^_^ aku mengenali seorang hawa selepas , arwah abah meninggal dunia.
Mungkin KALA itu aku memang perlukan "seseorang" sebagai pemangkin semangatku.

Dia GADIS yang sangat baik , sejuk mata kala melihat ,  hadirnya dia dikala usiaku mencecah 16 tahun . Dialah cinta pertamaku. Kerana dia aku makin kuat belajar , makin kuat semangat walhal aku sedia tahu yang abah sudah 2 bulan meninggalkan kami sekeluarga, segala perkara dikongsi bersama. Aku memilih dia kala itu mungkin kerana dia punya "sesuatu" yang aku damba selama ini iaitu setia.

Namun SELEPAS tamat belajar , di tingkatan 5 kami jarang berjumpa , masing-masing sibuk dengan kerja 'part-time" lepas SPM, namun dia selalu mengingatkan diriku tentangnya. Walau kala itu aku sangat sibuk.

Aku keluar dengan bonda , jika di mall dia akan hantar satu text ^_^ dalam telefon bimbitku. 

" budak baju merah, kirim salam mak "

terkejut aku melihat kiri dan kanan , bagaimana dia boleh tahu ^_^ dia sangat "sweet" kalaupun kami berjumpa , kami akan berjumpa secara beramai-ramai, tidak pernah kami jumpa berdua, demi menjaga sebuah rasa, aku pernah malukan diriku , kerna aku menyakat dia kala main bolwing, dia merajuk dan aku memetik gitar di Pusat Bowling nyanyi kuat-kuat supaya dia memaafkan aku.

Namun usianya hanya bernoktah di angka 18 tahun , pabila dia terjebak dalam sebuah nahas jalan raya, berlanggar dengan sebuah bus membawa pelajar sekolah, kala itu juga mungkin salahku kerana aku bermarah sebab dia tidak mahu menunjukkan " result" SPM kepadaku. Sehingga kini ibunya sangat membenciku dan menyalahkan aku atas apa terjadi. Dengan peristiwa itu aku sudah tiada harapan untuk kembali meyemai perasaan , walaupun hati meronta-ronta inginkan perkongsian serta pengertian.

aku kehilangan seorang abang pada usia 14 tahun , diikuti seorang abah sekitar usia 16 tahun dan dia ketika usiaku 18 tahun.. hanya tuhan sahaja tahu , dan selepas itu aku mula mengenali seorang hawa...yang selalu menjadi misteri dalam hidupku katanya...dia bakal penyeri suram hidupku.. pada ketika itu aku belum bijak melayan perempuan lain selepas kejadian hitam menyelubungiku , sehinggakan pada satu masa, dia berjaya membuat aku senyum dan ketawa dengan sifat bersahaja yang ada padanya, menjadikan aku seorang lelaki pemalu kembali ceria.

Aku mula menyemai niat dalam-dalam , dalam sujudku hanya untuk membuktikan hadirnya sebagai satu tanda syukur, dan kala itu aku mengatakan walau dia bukan pertama aku inginkan dia menjadi terakhir.
Dan bermulalah kisah aku dan dia sebagai pengajaran untuk mengenal erti setia... dan dia berjaya menawan hatiku, "cinta tidak halal" untuk kedua kali.


 Sekitar 4 tahun lepas selepas perginya cinta pertamaku, aku  menjaga perasaan khas untuk seseorang , dan hanya ALLAH sahaja tahu dalam "telefon bimbit " ini hanya punya no telefon dia selain keluarga dan sahabat lelaki yang lain ,  aku menjaga segenap perasaan hanya untuk dia , tanpa pernah menoleh sesiapa dikala itu , namun sebaliknya pada hawa tersebut , nawaituku selepas tamat pengajian aku ingin menikahinya dengan kata halal , sambil keluarganya juga tahu niatku itu..

dikala aku di sapa oleh banyak perasaan yang cuba mencari ruang mencuri hatiku , akanku tundukkan pandangan dan melawan segala perasaan yang ada ^_^ aku turut kata dia, dengan mengizinkan dia berkawan dengan sesiapa kerana katanya, dia tidak mahu aku mengonkongnya , hanya tuhan sahaja tahu maksud setia yang aku lukiskan itu , bersama doa dan airmata pengharapan.


Kesempatan diambil untuk berkawan , digunakan sebaiknya jika ada sahaja lelaki menyapa akan disambut salam mesra, mungkin kala itu dia tidak tahu apakah rasa bila seorang perempuan mempersiakan rasa setia seorang lelaki, sungguh dikala aku belajar , dikala aku berada dimana sahaja ada sekeping gambar sebagai penganti dirinya , setiaku sangat menggila , sehinggakan pernah seorang perempuan merayau untuk memberi ruang kepadaku , aku tidak pernah mengendahkannya dan ada yang kata aku bakal menyesal.

Suatu hari si dia berjaya menyambung pengajian di salah sebuah ipt di negeri sembilan ,  sambil aku  yang baru sahaja berhenti pengajian atas  masalah tanggungjawab, dia muda dua tahun dariku ,masa dia sambung pengajian peringkat diploma , aku sedang merangkak belajar di sebuah universiti, namun aku belajar hanya setengah jalan,kerana punya masalah kewangan, serta tiada siapa membiayai pengajianku sambil merisaukan bonda di kampung halaman , dan adik beradik lain masih belajar di universiti. Namun TIADA siapapun tahu ^_^ Tomahan orang kampung mengatakan aku "budak nakal" sama sekali tidak benar, aku berhenti belajar kerana menolong bonda membiayai akak yang lain di universiti. Sebagai anak lelaki tidakkah aku hanya melihat penderitaan seorang ibu?  Jadi aku nekad berhenti belajar serta merta. Sebelum BERNEKAD lama juga aku beristikharah.

Di Situasi lain ,Akulah orang paling gembira mendengar dia berjaya menyambung pengajiannya , ketika itu aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah Cina di Bandar MUAR, tidak pernah aku melupainya , dengan selalu bertanya khabar , menghantar pelbagai hadiah, sebagai tanda ingatan akan diriku.

 Namun semakin lama, dia mula berjarak denganku . Ada seorang hamba ALLAH mengatakan yang dia sudah tawar hati denganku walhal bila didepanku dia selalu memberi ispirasi untukku bangkit dari jatuh. Aku masih tidak percaya akan apa yang dikatakan oleh kawan baiknya sendiri, hari demi hari waktu demi waktu , aku mula berfikir sedalamnya apakah tindakanku benar belaka setia pada yang tidak tepat?  Arakian perasaan ini makin dirobek bila mana aku melihat sendiri gambar sinisnya dengan lelaki lain . bermodalkan abang angkat , aku masih mendoakannya.... dan satu hari dalam perhubungan masuk tahun ke4 kami berbalah besar, hanya kerana status facebook yang amat mendukacitakan...

Katanya dia sudah 'deactive" fb,hanya untuk mengalah dipertama kali aku dengar kata itu dibibirnya , rupanya dia hanya block diri ini sambil menukar relationship dengan orang lain ,  aku mendiamkan diri bila mana makin ramai cuba sedarkan aku, bahawasanya aku sedang dalam permainan perasaan olehnya.
Namapun "cinta tanpa kata halal" apa sahaja boleh jadi bukan?

Aku menghantar satu pesanan ringkas di dalam telefon bimbitku , dengan bahasa sangat mendalam sinis dan meragut jiwa buatnya... dia pula tidak pernah mengungkapkan kata maaf hingga kini.... dialah seorang perempuan yang sangat ego pernah aku kenali... segala pemberianku juga hanya menjadi pelepas sepinya.

Aku dikejarkan ke hospital kerana demam panas yang agak teruk sambil , ditemani bonda tercinta hanya kerana putus cinta , kala itu iman yang dibina juga hampir sahaja dinoda hanya kerana setia pada yang salah.. sekarang aku makin matang mengenal dunia, dan istilah berkawan selain mahram untukku, aku lebih berfikir jika ada ruang untuk ta'aruf jika tepat masanya aku hanya ingin menikahi seseorang yang bisa faham makna setia yang cuba aku ungkapkan.

dan kenapa aku selalu menulis?

" berkawan biar seribu dengan mahrammu, bercinta serta menjaga hati buat suamimu..."

Adalah untuk mendidik dan mentarbiah para pembaca bahawasanya, bercinta tanpa halal tidak menjanjikan apapun kesudahan. Bahkan JIKA halal sekalipun hanya ALLAH sahaja tahu rahsia jodoh itu Berkekalan atau  mungkin akan berakhir setahun dua. Namun ALLAH sudah beri jalan pemilihan yang baik demi mencari seorang pasangan bukan?

ikutlah pemilihan calon yang telah disyariatkan ^_^ jangan mengikut perasaan juga pesona dunia yang mengkhayalkan.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.”

 (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242) )


terkadang cinta itu bukan hanya terhanyut dengan perasaan suka, sayang dan rindu , kerana jika cinta itu berakhir di muara jodoh , ALLAH pasti mempermudah dan membuka jalan seluasnya untuk sama dekat juga sama rasa, antara kita. Ingat ALLAH itu hebat ^_^ calon paling baik dikacamata agama adalah dengan baik agamanya.

Aku masih seorang lelaki setia , dalam usia ini aku mencari juga hawa yang benar untukku , yang bisa sama berjalan menuju syurga ALLAH , aku bukan lelaki alim , juga kasanova yang menyentuh cinta hanya untuk permainan duka dan lara ^_^



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥