Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, July 20, 2013

: Cerita Dia II :


                                                                                       


DIA adalah kekasi hakikiku , walau aku rebah tidak bermaya , walau ombak imanku dihempas gelora , DIA tetap setia disisiku , Dia ada TANPA jemu , Dia Menemani masa-masa sepiku , dan DIA adalah Robbul Jalil Tuhan Yang SATU ^_^

Hari ini nukilan hati tidak tertumpu pada satu aspek , aku ingin menghurai stanza rasa , sebagai tanda ingatan buat diriku yang sentiasa terngadah ^_^ aku menunggu  lubuk rahsia rezekiku dibuka seluasnya, aku menunggu sambil berbekalkan usaha menggunung sebagai mercu perubahan imanku. 
Apakah aku akan selalu diuji tanpa sedikitpun rasa belas Tuhanku PADA diri naif ini...

balas hati ini , ALLAH menjadikan ujian itu jalan mengenal rata-rata kekurangan diri , tidak mengapa andai aku bekerja sebagai tukang sapu sekalipun , rezeki ALLAH beri tetap halal , biar hina dimata manusia asal rezeki itu halal dan diredhai ALLAH yang esa.

" relaku tunggu JAWAPANMU masihkan aku ada dihatimu, saat ini "

lirik lagu cerita DIA , mengingatkan aku tentang segala jawapan istikharah bukan sahaja soal jodoh , namun soal masa hadapan yang masih dalam ragu-ragu , apakan daya aku mendamba sempurna , sedang masa hadapan sendiri terkontang-kanting tanpa siapa peduli ^_^

ALLAHU, ALLAHU , ALLAHU..

ABAH yang mengajar kalimah ini , dibisikkan ditelinga dikala aku tidur sewaktu usiaku dalam lingkungan 1-3 tahun, kalimah ini banyak mendidik serta memberi tarbiah pada segala perilaku diriku..

terkadang bacaan 'hauqolah" selalu berlagu dalam lenaku , banyak bisikan kedamaian menjadi penyeri tidurku ^_^

“Siapa yang mengucapkan 'La Haula Wala Quwwata illa billahi,' maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”).

 (Hadis Riwayat Tabrani)

Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga."


ingatlah sahabat semua , diri kita kecil sahaja , usia juga bukan selalu muda , namun demikian kita harus tahu apa sahaja ujian medatang bakal mematangkan kita mengenal sisi dunia ini.

andai yang mengenalku , mungkin mereka akan tahu , betapa dugaan yang bercorak dalam hidupku lebih dasyat dengan apa yang aku inginkan ^_^

Allah maha besar , sekali lagi aku ingin tegaskan , lelaki yang selalu menulis ini bukanlah seorang ustaz , aku hanya mengingatkan kepada kamu tentang kecintaan pada Tuhan ROBBUL IZZATI..

sambil aku juga berfikir , bolehkah aku melalui saki baki hidup ini tanpa cobaan, tapi hakikat yang nyata cobaan juga selalu membuatkan aku ingin terus menulis tanpa henti , selagi ALLAH izinkan.

" aku melihat seorang lelaki tua memimpin anak kecil , melintas jalan dihadapan masjid ^_^"

dan hati kecilku terusik , aku rindu abah, entahlah dia banyak mendidikku bila dia sudah tiada , banyak perkara yang merubah pandanganku perihal "tanggungjawab", secara tidak sengaja aku sudah mengantikan peranan abah , bila dia tiada. Aku tahu pelbagai harga barang runcit, beli barang dapur, kenal jenis ikan , teman bonda ke majlis kenduri kahwin , bawa bonda ke klinik jika tidak sihat , bayar segala bil di dalam rumah  dan bermacam lagi ^_^ 

aku belajar menjadi seorang lelaki bertanggungjawab, bila abah pergi meninggalkan dunia fana ini, itulah hikmah yang aku terima ^_^  makanya aku bersyukur , walau susah dan payah hidupku , aku berjaya mengharungi sebagai seorang lelaki ^_^ aku tidak perlu bantuan sesiapa, aku melaluinya sebagai seorang wira, insha-ALLAH , jodohku bukan diusia ini, mungkin lewat lagi... namun lebih elok juga, selagi belum cukup sempurna dalam segala hal, aku tidak akan melukiskan impian cintaku..

apa yang penting sekarang adalah , kemampuan untuk punya keluarga  dari segala aspek, cinta bukan sekadar berakhir dengan pernikahan malah harus fikir tanggungjawab selepas bernikah harus ada ^_^

jangan hanya terkhayal perasaan hanya kerana cinta , ingin bernikah dan punya semua padahal kekurangan lebih seribu dan masih bersusun banyaknya ^_^

islam lebih menyarankan supaya bermuhasabah diri , mengenal rata-rata kekurangan diri , jangan mengimpikan pelangi di kaki langit sedang tahu diri tidak mampu untuk mencapainya ^_^

yakinlah bila segalanya sempurna , bila ALLAH beri rezeki dan mempermudahkan niat kita , barulah mulakan langkahan seterusnya..

aku tidak mahu "hidup susah" dikala berumah tangga , AKU MASIH PERBAIKI DIRIKU ,IMANKU DARI SEGALA aspek sambil berharap mereka medoakanku  agar ALLAH mempermudahkan segala urusanku..

insha-ALLAH taala ^_^









Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualaikummm... syuk apa khabar org muar, bonda sihst? Semoga kita diredhai duni dan akhirat.... amminnn..... saya nak share satu kata2 semangan buat syuk, baca yer...

Renungan buatmu syuk al hafiz....

Tika dirimu terasa hambatan ujian Nya terlalu perit,
Maka sujudlah kepada Yang Maha Penyayang,Secebis ketenangan akan menyusup kembali,
Saat terasa kehabiskan semangat di medan juang,Sahutlah kembali seruan Hayya alal falah
Usah dibiarkan mutiara berharga itu mengalir sia-sia,
Salurkan ia kepada Yang Maha Esa,
Dia yang selalu bersamamu,
Saat duka dan gembira .

Moga rahmat Allah bersamamu,
Walau dalam senyuman,
Mahupun dalam tangisan,
Kerana engkau mujahid muda,
Srikandi pejuang agama mulia,
Lantas itulah Dia menebarkan onak berduri,
Buat tarbiyyah Pencipta kepada hamba Nya,
Bagi yang beraqal dan beriman kepada Nya,
Sahutlah kembali alunan zikrullah,
Moga hatimu bahagia dengan ujian Nya,
Datang menerpa silih berganti,
Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu ya Allah...

Sahabatku...
Bentengkan dirimu dengan iman pada Nya,Kuatkan hatimu dengan taqwa pada Nya,Pasakkan semangatmu dengan hidayah Nya,
Kerana ku yakin janji allah itu pasti....

Salam dari langit illahi bidadari syurga..... ♡

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥