Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, July 20, 2013

Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah ^_^

 Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah – Perkahwinan aktor kacak, Ashraf Muslim buat kali kedua bukanlah menjadi rahsia lagi pada masa ini. Berita perkahwinan beliau diketahui umum setelah mengaku di mahkamah syariah bahawa dirinya telah berkahwin dua



Difahamkan Ashraf dan Wan Sakinah yang merupakan bekas kakitangan krew stesen televisyen telah berkahwin di Thailand pada 9 Julai yang lalu tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Noor Dayana.
Dibawah ini kami paparkan gambar perkahwinan kedua Ashraf dan Wan Sakinah yang kini tersebar meluas di laman web.
Melihat kepada gambar di atas, nampak gayanya majlis perkahwinan pasangan ini bukan dibuat dengan secara tergesa-gesa kerana Ashraf dan Sakinah memakai pakaian sedondon dan jari jemari isteri keduanya itu turut dihiasi dengan inai.
Namun persoalan mengapa mereka bernikah di Thailand itu hanyalah Ashraf dan Sakinah sahaja yang mengetahui. Sama-sama kita nantikan penjelasan dari pasangan ini.
Semoga Ashraf berlaku adil kepada kedua-dua isterinya.



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

ni cerita betul ke?jangan sampai sebar aib dan fitnah dah la,tak pasal-pasal jadi macam kes PUISI DAYANA tu,saya rasa kan,tak perlu la nak masuk campur hal rumah tangga orang yang kita tak tau hujung pangkalnya.

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥