Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, July 19, 2013

: Hanya Tinta Mewakilkan Perasaan ^_^ :



                                               

Rayyan shinosuke ^_^

alhamdulillah lahirnya pada tanggal 4 APRIL lepas masih terlalu awal untuk melukis harapan pada cucu pertama bonda ^_^ hanya ALLAH sahaja tahu betapa bersyukurnya kami pabila ALLAH memberikan cucu pertama buat keluarga kami..

hari ini merupakan hari ke 11 , kita berpuasa dan masuk 3 hari aku sudah berusia setahun lagi .
sungguh banyak perkara yang sedang dirungsingkan pabila memikirkan masa hadapanku. setelah banyak kali juga menghadiri temuduga , 
bagi pelbgai jawatan.
Mereka melihat aku seperti seorang alim pabila aku menyimpan sejemput janggut ,  dan ada pula dalam kalangan mereka mengatakan tidak layak aku berjawatan disitu, walhal aku belum perkenalkan diri lagi.

mengambil masa lebih dari 2 jam , dalam bulan puasa untuk ke sebuah syarikat menghadiri temuduga , bersesak-sesak aku , menunggang motosikal uzurku selepas balik dari mengerjakan solat fardu subuh secara berjemaah. Hanya Tuhan yang tahu dikala pagi menunggang motosikal yang berkuasa kuda 100cc, umpama menunggang keldai ke gurun Sahara.  berhadpan pula dengan pengawal keselamatan yang kurang manis di wajahnya , hanya bermuka masam bagai cuka. 

" Assalamualaikum , saya datang mahu temuduga , boleh saya masuk ? "

lalu pengawal keselamatan itu berkata ,

" ambil gate pass, lepas itu terus masuk ke pejabat"

seperti biasa usaha yang menggunung itu belum lagi berbuahkan hasil ,  hinggakan mulalah cerita aku yang lama duduk di kampung menjadi "bualan" oleh mereka yang sangat mengambil berat terhadapku ^_^
 pihak syarikat pula  seperti biasa mengatakan , jika anda diterima kami akan hubungi dalam masa 2 minggu.
hasilnya seperti biasa masih suram ^_^

Aku INGIN berkongsi cerita , kisah benar kejadian yang baru sahaja berlaku sebagai renungan bersama ^_^ 

 Aku PUNYA seorang sahabat baik yang bekerja dalam sektor industri sejak tamat sahaja SPM sangat lama dia bekerja, dan kini sudah makin berjaya walau hanya menyandang jawatan supervisor,
 dia  punya kereta , juga punya sebiji rumah,harga sabar  bekarja walau ditakuk bawa diraih dengan rezeki melimpah ruah. Namun baru sahaja putus tunang dikala majlis hanya akan berlangsung pada raya ke-4  tidak lama sahaja lagi, gadis itu memilih seorang pegawai polis , hasil usaha menggunung si polis "mengayat" si gadis, akhirnya hati si gadis berjaya dicuri si polis tersebut, jika dibangkitkan isu ini mungkin ada yang akan kata , "sudah jodoh" , namun pernah berfikir jodoh juga hasil dari setia kita sambil mendamba redha juga doa kepada ALLAH semata-mata 
( bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi )

 Oleh Sebab itu aku sangat tidak gemar bila mana melihat si gadis berkawan dengan ramai lelaki walau sudah punya ikatan pertunangan, benar juga kata ustaz azhar idrus , " perempuan yang punya ramai kenalan lelaki tidak layak dijadikan isteri" juga sebaliknya, tambahan lagi dikala sahabatku cuba , mendapatkan soalan dan jawapan  juga penjelasan kenapa ingin putus tunang, dilemparkan kata cacian, sahabatku hanya termanggu , remuk hatinya bagai di langgar kapal...

" sedarlah sedikit kau tue kerja kilang , aku mahu anak aku berkahwin dengan orang kerja kerajaan, baru cerah masa hadapan"

aku  menjadi saksi hinaan yang dilemparkan pada sahabatku sebegitu rupa , kerna sahabtku cuma mahu penjelasan yang kukuh,  dia menangis teresak-esak , malu benar ,apa mahu diberitahu pada keluarga juga sanak saudara, si perempuan bisa sahaja menggantikan calon dengan si polis itu  , namun dia cuma ada si gadis  yang dijaga hati dan setia menggila ,itu sahaja  dia ada, malah majlis resepsi pihak lelaki berlangsung pada raya ke 5, sehari selepas majlis walimahtulurus pihak perempuan , hanya tinta bisa menterjemahkan perasaan, terpaksa majlis dibatalkan , di buat pengumuman semalam sebelum menunaikan solat terawikh di Masjid dengan nada agak malu..

  
Sabda Rasulullah bermaksud: 

Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu, tidak halal dia membeli pembelian saudaranya dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.

(Hadis riwayat Muslim).

 # Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang sama seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan sama.
Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia kasih saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri. 

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki.
Perempuan bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. 
Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. 
Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada 
lelaki lain meminang perempuan itu.

Rasulullah bersabda bermaksud: Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya atau mengizinkannya.

 (Hadis riwayat Bukhari).



disini aku ingin tegaskan, bukan kerja dan jawatan menjamin masa hadapan seseorang siapa tahu masa depan seseorang hanya dengan menjawat jawatan kerajaan sedang amal dan segalanya diukur dengan iman dan ikhlas hanya mendamba redha ALLAH semata-mata ^_^

inikan pula ajal serta jodoh ^_^ sebab itu juga aku takut memendam cinta lama-lama , jika sudah cukup sempurna aku ingin terus menikahi dengan halal caranya tanpa bertunang mungkin , bertunang hanya syarat, bernikah adalah perkara paling utama ^_^

# aku bukan lelaki paling hebat mencari sempurna , namun aku ingin merangka bahagia atas kekurangan yang sama-sama ada ^_^ aku sudah mula melihat "seseorang" yang sangat bersungguh mendekatiku , aku juga masih mencuba menjaga rasa yang ALLAH bagi walau tidak menyemai harapan menggunung , aku cuma ingin dia tahu , aku selalu bersedia menjadi suaminya juga imamnya , cuma kala ini tolong doakan aku punya kerja yang elok , punya masa untuk beribadat kepada yang esa , pada setiap senggang masa yang ada. insha ALLAH taala...


LELAKI yang MENANGIS kerana KEKASIH mungkin dia KEKASIH TERBAIK buatmu... 

TAPI LELAKI yang MENANGIS kerana DOSA, dialah IMAM TERBAIK buatmu.. 

# namun begitu siapa tahu dia menangis kerana ALLAH kerna segala amal ibadatnya hanya bersaksikan ALLAH  jaga-jaga dalam membuat pilihan .


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥