Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, July 16, 2013

: Menunggu Hadiah Hari LahiRku ^_^ :





sebuah masjid ditepi sungai muar..

MASJID SULTAN IBRAHIM ,MUAR JOHOR.

disinilah aku menghabiskan masa , hingga tepat jam 7  malam ,mula memperkemas diri , berlabuh di sisi pintu untuk menunggu azan magrib , dan solat berjemaah sekiranya pulang ke Muar ^_^

Subhanallah ,aku tidak mahu berhadapan dengan tarikh ini untuk setiap tahun ^_^ sangat tidak sangka bila ALLAH mengizinkan hayat ini terus bernyawa, pada  tanggal 17 julai  ,23 tahun yang lepas , mulalah kisah hidup diri ini ^_^ arwah abah mula pencen kala aku lahir, dan pada tika itu juga kami mula menetap di Muar setelah lama juga arwah abah hidup berpindah randah kerana kerjanya..

kata bonda lahirnya aku , sangat murah rezeki ^_^ tiada kesempitan ,dipermudahkan segala urusan , siapa tahu kisah sebenarnya , mana mungkin seorang ibu mahu mengatakan kisah sedih sambil menutup segala duka atas keperitan hidunya kala dulu... yang aku tahu kala lahirnya aku iklim kerjaya arwah abah , juga suasana persekitaran berubah ^_^ mereka terpaksa duduk dikampung, kerana arwah abah sudah pencen pada ketika itu... sungguh perit rasanya pabila ingin membesarkan aku dan 4 beradik yang lain...

aku pernah sakit dengan rentetan cerita yang sangat lama ^_^ aku juga pernah habiskan sisa masa demi menjaga arwah abah yang selalu sakit , 10 syawal ini genaplah 8 tahun pemergian arwah abah ke rahmatullah... dialah seorang bapa yang banyak kecewa kerana diriku , sebelum ini aku selalu ingkar segala arahan abah teguran abah selalu dipekakan telinga, katanya bila melihat aku ,
hanya satu benda yang bisa membuat aku berjaya..

" abah nak sangat, bila sudah besar nanti ude menjadi seorang ustaz " , 
jadi ustaz boleh bawa abah masuk syurga...

 dengan angkuh,  aku, tidak pernah mempedulikan dirinya, aku  selalu sahaja ponteng sekolah agama,
 kenakalan ini telah banyak sedarkan aku pabila meningkat dewasa, namun segalanya berubah bila melihat mak menangis hari demi hari , dia tidak sanggup melihat arwah abah yang sering masuk hospital kerana masalah jantung dan asma yang sangat teruk.

" aku mesti tolong mak, aku harus terngadah sebelum terlambat," !!

airmata  perempuan tua itu  banyak membuat diri ini muhasabah , 
bahkan keakraban aku dengan rakan sebaya makin berjarak..

  bayangkanlah pada usia belasan tahun , sedang orang lain sibuk pergi beraya dengan kawan-kawan , aku menghabiskan sisa masa di hospital menjaga abah yang sakit, lebih-lebih lagi pada usiaku 16 tahun ,
ketika itu, abah selalu sakit, sakit kerana khilafnya sewaktu muda, dia penghisap rokok tegar, 
katanya dia hisap rokok kala usianya 12 tahun.

Seorang bapa tidak boleh menegah seorang anak dari menghisap rokok padahal dia sendiri merokok, 
seharusnya dia harus bercermin, bisik hatiku dulu. ^_^

aku melihat dirinya sendiri menderita kerana rokok, oleh sebab itu , sehingga usia ini aku tidak merokok , malah bebas dari segala gejala negatif ^_^ aku bukan seorang lelaki sempurna.. aku juga telah banyak mengecewakan seorang ayah ^_^ dia nak sangat aku menjadi seorang ustaz di sekolah agama , namun kerana minatku , kerana fokusku aku memilih bersukan selain bermain muzik menjadi bayang-bayangku..
aku pernah menyimpan medal bola sepak , walhal aku menang dan mewakili pasukan ke peringkat lebih tinggi lagi , aku pernah curi-curi belajar main gitar dengan " kutu embun" di kampung hanya kerana minatku yang menggila itu , aku pernah keluar rumah pada waktu pagi hanya untuk melihat orang meraikan ambang tahun baru sambil ditangkap polis tanpa pengetahuan abahku... banyak sungguh kenakalan ini yang tidak bisa terhurai dengan stanza yang panjang..

abah selalu mengingatkan bahawasanya aku merupakan cucu kepada seorang ustaz , dan ilmuan nusantara yang sangat terkenal dahulu,  moyangku seorang lelaki arab yang bernikah dengan seorang perempuan tua di Tanah Melayu, sambil berdagang dia menyebarkan ilmu agama ,malah keturunan kami punya kaitan dengan  seorang menteri yang masih dikenali  sehingga kini di Malaysia, ada sekeping gambar abah dan seorang kenamaan tersebut , dan tidakku sangka yang kami punya hubungan saudara dan darah..dengan menteri tersebut, sebab itu arwah abah banyak menyimpan rahsia.  aku tidak perlu tahu banyak tentang salah silah keluarga, kerana kata abah, kita yang mencorak masa depan kita ^_^ bukan berpandukan megah nama..

benar kata abah , jika tanpa restu aku tidak akan berjaya, amanat yang diberi keluarga sangat menggunung tinggi , kerana aku seorang abang aku harus bijak memikul tanggungjawab dengan lebih telus dan amanah , jika aku alpa aku akan dipertanggungjawabkan di masyar kelak,  ^_^ dimana aku keluar sekitar Muar , AKU TIDAK AKAN malu membawa bonda , walaupaun menaiki motor buruk kepunyaanku. 
aku masih tidak punya kereta sendiri ^_^ hanya berbekalkan motosikal wave 100, 
pergi dan balik Kuala Lumpur.  

arwah abah berjaya mendidikku dengan rangkaian ilmu agama , aku boleh berqasidah , bisa tarannum , bisa berzanzi dan bisa menjadi imam, muazzim apa sahaja mengenai agama aku akan berani kehadapan kerana didikan arwah abah ^_^ namun aku dikenali sewaktu belajar di Kuala Lumpur sebagai ustaz rock , kerana suara ini telah mencuri banyak hati , hingga ada yang cuba melakukan sihir terhadapku. sehingga kini juga aku masih sakit dengan hasad manusia itu. Sungguhpun tiada siapa cuba menjengah peribadiku , mungkin sahaja kerana kekuranganku yang seribu , aku masih bersyukur kerana bonda tetap setia menemani dikala susah dan senangku ^_^

aku juga banyak belajar memasak , kerana abah juga ^_^ dia selalu menyakat mak, kala memasak , dia sangat romantik kadang-kadang dia akan usik telinga mak , peluk dari belakang dan banyak lagi , dia memperlihatkan rasa kasih dan sayang pada kami semua ^_^ oleh sebab itu , aku cuba menjadi sepertinya, belajar memasak walau hanya melihat youtube, melihat rancangan memasak di peti televisyen dan banyak lagi , hasil usaha itu juga aku semakin bijak memasak apa sahaja makanan yang bonda suka ^_^
malah ketika ramdahan ini , hingga pada hari ini aku masih masak walau hanya ada sebiji telur di dapur..

 namun demikian ,aku tidak dapat membisikkan lafaz syahadah  kepada abah, kerana pada ketika itu aku harus menghadiri peperiksaan akhir tahun pada 10 syawal 2006, setibanya aku di hospital pakar sultanah fatimah muar , selepas zohor, aku  dikhabarkan  oleh seorang "nurse" bahawasanya abah sudah menghembuskan nafas terakahir  tepat jam 02.15pm, tidak sempat aku memberi tarbiah terakhir seorang anak tentang asma syahadah, . aku juga  tidak mengizinkan mak menjaga abah sebab , kala mak menjaga abah hanya tangisan dapat di huraikan sedang aku pula, lebih fokus pada keadaan abah kala itu , memakaikannya lampin , memandikannya adalah perkara yang aku harus belajar , sekitar usia yang sangat muda ^_^ aku sangat terkilan tiada disisi abah, membisikkan lafaz syahadah sama seperti dirinya 
mengajar aku mengaji al-quran kala dulu...

seorang lelaki yang tidak punya apa-apa telah banyak medidikku , dia juga abahku , dia segalanya buat kami sekeluarga, bekas pekerja JKR seorang specialist dalam mekanik..berjaya mendidik anak-anaknya dengan ilmu ALLAH, dan kami masih pegang erat tali aqidah juga tauhid , terima kasih abah kamu tetap lelaki paling hebat yang pernah aku kenal ^_^ walau didikanmu tidak sesekali aku jamah , aku telah banyak belajar bila perginya kamu..

dan hari ini tepat jam 12 malam , aku akan kembali berusia setahun lagi , tanpa belum berubah sama sekali masa hadapanku ^_^ aku masih belajar menapak dibumi ALLAH, tanpa apa-apa isi dunia menjadi milikku.
tiada juga sesiapa menjengah perihal hati ini , aku masih seorang lelaki bujang yang hanya punya seorang bonda, dan ingin sekali aku menjaganya hingga ke akhir nyawa ^_^ aku masih rindu akan tarbiah dari seorang abah, kerana terkadang langkahan hidup ini selalu sahaja merapuh...

aku juga masih menunggu , andai tiada jodohku didunia ini , ingin sekali aku membawa bonda pergi jauh dari permainan manusia, pernah aku punya segalanya dan pernah ALLAH tarik serta merta. aku masih mencari dimana dia lubuk rezekiku , di mana juga jodohku ^_^ akan tetapi mereka harus tahu, yang aku selalu berdosa dan punya kekurangan seribu..


Jangan memandang rendah dan remeh orang lain, Hanya
kerana tak lebih pintar, tak lebih kaya, tak lebih
beruntung Dan tak mempunyai pangkat sepertimu.
Kadangkala di mata Allah Swt, batu bara yang terlihat
legam. Terlihat lebih berkilau dibanding dengan permata
yang mahal harganya 



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualaikum... syuk.. sanah helwa.... :) semoga bertambahnya umur kita pada tahun ini bertambahlah jua keimanan kita pada allah SWT in sha allah.... semoga syuk menjadi anak yang soleh, suami yang soleh allahuma aamiinn... semoga di murahkan rezki, di beri pinjaman usia yang panjang... aaamminnn.....
Semoga allah SWT menemukan zaujah yang tertulis buat syuk penyejuk dimata , penenang jiwa dan penyenag di hati.... :) aaamminnn....
Bagi tiada hadiah yang teristemewa melainkan senyuman ayahdabonda....
Semoga ulang tahun ini memberi seribu rahmat buat syuk dan bonda...
Akhir qalam syukur alhamdulillah kita masih dipinjamkan waktu untuk berbakti pada ibubapa, sujud pada allah yang satu dan menrindui rasuluallah SAW.... :)
P/s saya pn lahir bulan july... :)

Salam al mubarak dari bidadari syurga.....

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥