Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, July 12, 2013

:Siapa Kamu Bidadari Syurga ^_^ :


                                                                                     



Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.

” (H.R. Bukhari)

ahliyah itu maksudnya "isteri siapa"?


 ahliya/alliya adalah gelarah buat isteri, zaujah, bidadari kepada sang suami ^_^

Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.
Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: 

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” 

(H.R. Ath-Thabrani)


Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”


.......................................................................................


alhamdulillah , semakin tenang kala menulis segala nukilan hati , adapun segala penulisan ini cukup sahaja mencerminkan diri ini, kekurangan ini dan kecintaan pada tuhan robbul izzati DIA yang maha sempurna, dan tiada tara. Aku bersyukur kerna ALLAH mengizinkan aku menulis di satu sudut , dengan penulisan sahaja dapat membuatkan aku kembali tenang melalui segala kekusutan hati.

Ada Seorang hamba ALLAH , yang selalu komen tanpa jemu di ruangan monolog hati lelaki ini , aku sendiri tidak tahu siapa hamba ALLAH itu. Akan tetapi melalui segala bicara sinisnya aku bukanlah seorang lelaki angannya. Mana mungkin bidadari syurga menjadi penyeri sisiku, sedang aku selalu berdosa dalam setiap langkahan hidup ini.

Aku Bukan si alim yang selalu basah lidahnya memuji asma illahi , aku bukan juga si abid yang selalu menghabiskan seisi malam dengan solat sunat tiada kesudahan , dan aku bukan lelaki tampan menjadi rebutan ramai. Seharusnya seseorang pencinta kepada sunnah nabi, hawa yang takut akan ALLAH bisa mendapatkan lelaki lebih baik dariku dan bukan aku 

"pernah aku disapa oleh seorang tua, ketika dulu, aku selalu mengikut jemaah keluar demi untuk menghidupkan sunnah rasulullah.."

" Pak Cik Selalu Tengok anak ke masjid ini , selalu dengar anak azan di masjid ini , anak sudah bernikah?..."

lalu  balasku , ".. saya syukri , saya bukan orang sini pak cik , saya asal johor, saya ikut jemaah di Masjid INI sebab kawan saya yang ajak , lama benar diri ini tak keluar mencari ketenangan, asyik sibuk belajar dekat kL tue, saya masih bujang..."

selepas kejadian itu , pak cik tersebut selalu mempelawa aku datang ke rumah , berhari-hari , berkali-kali tanpa sedikitpun lelah ^_^ dan aku sendiri tidak tahu apa niat disebalik pak cik tersebut.

namun pada suatu masa ,  aku terpaksa akur dengan pelawaan pak cik tersebut, bonda juga selalu berkata andai kita sempurnakan hajat seseorang akan dipermudah rezeki kita ^_^ , dengan alasan lain pula, 
pak cik itu ingin mengajak aku makan bersama, dan dia tahu yang aku lelaki bujang, hanya biasa makan diluar, jarang masak , dan kala itu aku merupakan seorang mahasiswa ^_^

" terima kasih pak cik , sebab pelawa saya makan walau berkali-kali saya tolak ^_^ sebenarnya saya tidak biasa, saya pemalu orangnya..."
pak cik tersebut senyum sambil berkata " kalau pak cik temukan jodoh kamu dengan seseorang kamu mahu? , pak cik ada seorang anak lulusan al-azhar , mungkin usianya lebih dari kamu tapi pak cik, nak sangat satukan kamu berdua...

pada ketika itu, hanya tuhan sahaja tahu, " mati langkahku, mati juga segala bicara ^_^ balasku , " pak cik , saya nie masih belajar , saya sendiri tidak tahu masa hadapan saya bagaimana, saya ini sebenarnya seorang lelaki yang suka main muzik ^_^ saya tidak layak untuk mendekati anak pak cik , tapi saya ada seorang sahabat yang lebih layak untuk anak pak cik ^_^ dia mungkin boleh memimpin anak pak cik hingga ke syurga illahi..

terdiam pakcik tersebut , aku sudah meranapkan harapan dia , aku ingin sekali menemukan jodoh seorang sahabat baikku , buat anaknya ^_^ dia lebih baik dari diri ini . kemudian pak cik itu membalas," sungguh bertuah andai sesiapa yang menjadikan kamu menantu ", ramai orang sudah bercerita pada pak cik tentang kamu. sudah lama pak cik perhatikan kamu ^_^ Anak Pak cik, selalu juga melihat kamu dari jauh. Dia selalu bertanya suara siapa yang selalu azan pada subuh hari, sejak 2 menjak ini , dan pak cik beritahu dia segalanya tentang kamu.,.dan dia teringin nak kenal  kamu , semakin pak cik cerita tentang kamu semakin buat dia suka malah ingin kamu menyuntingnya jadi isteri.

sambil berkata, " pak cik , saya sangat  berdosa, saya belum cukup mampu bernikah lagi , saya takut dengan apa yang saya lakukan pada ketika  dulu akan membuat mereka berjarak dengan saya , saya juga ingin katakan sesuatu , anak pak cik bisa mendapatkan lelaki yang lebih baik dari saya, insya-ALLAH pakcik yakinlah.

dan aku terus berlari meninggalkan suasana rumah itu , sambil mengemaskan barang dan terus kembali ke fakulti kejuruteraan pada malam itu juga. 40 hari perjalananku mengikuti jemaah, sudah mencuri sekeping hati, dan hingga kini aku tidak lagi seperti dulu. hanya bisa keluar menghidupkan sunnah nabi dalam beberapa hari tanpa menginap disatu tempat dengan sangat lama. Aku TIDAK layak untuk bidadari syurga, andai mereka tahu kisah silamku, kan pasti mereka akan mula berjarak denganku..

hingga kini aku tidak menjejakkan kaki ke masjid itu, masjid sekitar kampung di Kuala Lumpur. Aku malu sebenarnya, niatku pada ketika itu hanya untuk mencari sebuah ketenangan bukan mencari jodoh, hingga sekarang masih terlukis dengan jelas wajah pak cik itu. Aku sudah melukakan banyak hati , aku belum mampu untuk mengintai tirai jodoh. Sedang aku sendiri belum punya pekerjaan yang tetap untuk menyara anaknya. Inikan pula ingin menyunting anaknya.. banyak kurangnya aku..
andai dia tahu tentang band ( kumpulan muzik) yang aku ada, juga aku pernah bernyanyi di sebuah gigs di sekitar johor, dan Kuala Lumpur. mungkin si tua alim itu lama sudah sedar ^_^

wahai bidadari syurga dalam blog sepi ini ^_^ semoga kamu dapat lelaki yang lebih baik dari lelaki ini , semoga kamu bisa selalu dalam redha illahi..

sesungguhnya, aku bukan untuk gadis yang baik malah sangat baik , kerna aku tahu yang jodohku, adalah cerminan pekertiku... dan mereka yang baik, bisa mendapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari diriku. kerna janji ALLAH pasti.. perempuan baik untuk lelaki-lelaki yang baik, juga sebaliknya.

kadang-kadang kata-kata hanya mewakilkan perasaan yang sedang berkaca , hanya tunggu retak dipukul gelora 

saya nak jadi seseorang yang semua perlu, bukan parasit yang menumpang di teduhan kasih 





Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualaikum syuk.... :) semoga syuk berada dibawah lindungannya allah swt. Saya bukan seperti bidadari syurga sepertimana di dalam firman-firman allah swt dan juga hadis2 sohih yang lain. Saya cuma seorang wanita di akhir zaman yang inginkan redha allah dunia dan akhirat serta bercita- cita menjadi seperti ainul mardiah... :)

Semoga kita akan bertemu dengan kekasih yang dituliskan oleh allah swt jika tidak didunia pasti di syurga nanti... apa yang kita perlu lakukan mendekatkan diri dengan pencipta kita dan berusaha mendapat cinta allah dan rasulnya.... in sha allah...
Semoga doa2 kita di makbulkan olehnya... allahumaa aamiinn.....

Salam ramadhan dari bidadari syurga....

Take care n kirim salam bonda... :)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥