Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, July 12, 2013

: Apa Khabar Iman Kita ? :





ramadhan qarim , sudah masuk hari ke 4 ^_^ dan dari hari rabu hingga sabtu , anak bonda yang seorang ini akan masak ^_^ tidak kiralah apa sahaja makanan yang diingini diri ini juga bonda, akan cuba aku hidangkan. terkadang hamba ALLAH lain kurang faham dengan "monolog" dan daie yang cuba disampaikan , bukan bererti seseorang memberitahu dirinya melakukan sesuatu ibadat di dalam laman muka buku hanya untuk menunjuk-nunjuk , padahal cuma ingin mengingatkan mana tahu ada yang alpa , dan mana tahu ada yang terkesima ketika membacanya ^_^
sedang hati dan iman seseorang manusia ALLAH sahaja tahu bagaimana keadaanya, bagaimana pula graf turun naiknya ^_^

apa sahaja jalan kebaikan di zaman ini , ingin dikongsikan mesti akan ada mereka yang iri, apakah kamu tidak suka akan ajakan kebaikan?

 Daripada Siti Aisyah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, 

"Di antara tanda-tanda kesempurnaan iman seseorang Mukmin, ada pula dua benda.Yang pertama adalah yang paling baik akhlaknya dan yang lembut dengan ahlinya".

jika kamu mudah menerima nasihat ,mahupun pandangan orang lain itu tandanya iman dalam hati itu masih subur ^_^ 

Bagaimana pula halnya dengan orang yang beriman? Apakah tanda-tanda yang dapat kita kenali dan melihat nilai iman seseorang? Ia merupakan sebuah persoalan yang sebenarnya telah punya jawapan. Rasulullah saw telah menjawab persoalan itu dengan hadis di atas sekali gus menangkis beberapa tanggapan salah mengenai tanda-tanda kesempurnaan iman seseorang.

Ada yang bertanya, adakah tanda-tanda orang yang beriman ini terletak melalui pemakaian kopiah atau serban? Atau mungkinkah terletak pada helaian jubah yang dipakainya? Jawapannya tidak ! 

Jika kita ingin menyatakan bahawa kehebatan seseorang itu terletak pada serbannya, ia tidak mampu menandingi kehebatan orang Singh. Mereka lebih hebat mempertahankan serban yang dipakai termasuklah ketika menunggang motosikal. Malah ketika hujan turun, ada di antara mereka yang mengambil plastik untuk melindungi serban. Ia menandakan betapa kuatnya mereka mempertahankan serban.

Kalau kata jubah yang dipakai menjadi lambang kekuatan iman seseorang, sami Siam lagi kuat. Siang malam 24 jam, jubahnya tidak bertukar. Beg yang dipakainya pula biasa-biasa sahaja. Jika pemakaian jubah dikaitkan dengan zuhud, barangkali mereka lebih zuhud. Jadi apakah benar tanggapan bahawa tanda-tanda kesempurnaan iman seseorang itu terletak pada pakaiannya? Sudah tentu tidak ! Rasulullah saw menyatakan bahawa kesempurnaan iman seseorang itu terletak pada dua perkara. Manakala dua perkara itu berkaitan dengan kemanusiaan. Ya, kedua-dua perkara itu terletak pada akhlak dan yang berlemah kembut dengan ahlinya (keluarganya).

Namun, akhlak yang bagaimana? Lemah lembut kepada ahlinya yang bagaimana dikatakan Rasulullah saw?

 ①. Akhlak Adalah Cerminan Iman.

Tanda- tanda seorang Mukmin yang sempurna Iman terletak pada manusia yang baik akhlaknya. Itulah aras ukuran yang diletakkan oleh Rasulullah saw. Ia amat berkait dengan perangai, tatasusila dan kesopanan diri.

Akhlak menjadi prasyarat penting untuk menunjukkan kita ini manusia terbaik. Namun, apabila menyebut mengenai akhlak, ia menuntut agar kita memahami akhlak siapa dan bagaimana yang perlu kita contohi. Terdapat pelbagai ragam manusia di dunia ini dan masing-masing mempunyai akhlak tersendiri.

Kita sering menyatakan bahawa orang Jepun mempunyai akhlak yang bagus. Orang Eropah dan Arab juga mempunyai akhlak yang baik. Masing-masing mempunyai teladan akhlak yang baik. Namun, akhlak siapakah yang paling bagus dan tepat? Hmm, tidak lain dan tidak bukan adalah akhlak Rasulullah saw. Ia juga menepati tujuan mengapa Rasulullah saw diutuskan kepada umat manusia untuk menyempurnakan akhlak. Maka menjadi sesuatu yang menarik untuk kita melakukan penghijrahan budaya dan akhlak kepada akhlak yang baru. Ia menarik kita agar meninggalkan akhlak yang tidak berasaskan akhlak Rasulullah saw. Mungkin penghijrahan atau perubahan akhlak itu kelihatan kecil. Tapi percayalah, ia akan membawa manfaat yang cukup besar.


②. Akhlak Datang Dari Wajah.

Kita bertanya, akhlak itu datang dari berapa cabang? Jawapannya adalah dua. Yang pertama datangnya dari wajah. Kedua, datangnya dari tutur kata.Ya, wajah menjadi syarat pertama kepada tanda keindahan akhlak seseorang mukmin.Bahkan ia turut ditonjolkan Rasulullah saw kepada kita sebagai teladan.

Wajah Rasulullah saw digambarkan penuh berseri-seri. Dalam qasidah dan berzanji, kita sering mendengar kata-kata itu bagi menggambarkan bahawa Rasulullah saw memiliki wajah yang ceria bersinar-sinar. Malah di wajah itu juga ia turut menggambarkan keagungan dan kewibawaan Rasulullah saw sebagai KEKASIH ALLAH swt.

Cuba kita lihat dan renung wajah sendiri.Apakah ia berseri? Adakah orang berkenan melihat wajah kita? Atau mungkinkan kita juga tidak berkenan melihat wajah sendiri? Jika tidak, maknanya ada tidak kena! Sedarilah bahawa akhlak dan wajah yang berseri-seri itu datangnya dari senyuman. Oleh sebab itu, sentiasalah senyum dan kirangkan air muka yang masam mencuka kerana senyuman itu adalah sedekah.

Apa-apa pun, paling penting sekali ialah menjaga tingkah laku dan berpekerti mulia.Maksudnya, jika sekadar wajah cantik berseri dan senyum sentiasa, tetapi maruah diri tidak dijaga sebaiknya, tidak membawa erti juga.

Khusus buat insan bernama wanita yang dianugerahkan paras wajah yang menawan, hargailah pemberianNya dengan penuh rasa syukur. Terjemahkanlah seri wajah dengan nilai-nilai terpuji sebagai seorang hamba yang sentiasa mematuhi segala suruhan dan laranganNya.

                                                                               

  "Wanita meletakkan tangannya pada mulutnya ketika

menangis. Dan lelaki pula meletakkan tangannya pada
matanya ketika menangis. Seolah-olah mereka tahu dari
mana banyak terhasilnya dosa"



yelah , orang puang letak tangan kat mulut sebab mereka
suka mengumpat , mengata orang... lelaki pula letak
tangan kat mata.. yelah sebab lelaki ni banyak buat
maksiat mata..


p/s : akan faham bagi siapa yg ingin faham. 



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥