Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, July 9, 2013

: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ^_^ :


                                                                            

 Bawalah hatimu yang lara ke sejadah. Solat itu dapat menenangkan hati,serta merintihlah segalanya dalam doamu kerana DIA itu maha Mendengar.

putih-putih kain kapan ,
manis-manis buah kurma ,
selamat tinggal bulan Syaaban ,
bulan Ramadhan kian menjelma 

Selamat menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 

hari ini genap seminggu tanpa kerja ^_^ sangat susah hati , banyak betul syarat manusia perlu di ikut dan kebanyakkan syarat itu semua membuat kita berjarak dengan ALLAH.

 temudaga di sebuah syarikat yang sangat besar 
terletak di Cyberjaya ^_^

jawatan hanya seorang juruteknik kualiti ^_^ atau bahasa inggerisnya " quality operator tecnician ", aku tidak berharap pada jawatan yang terlalu tinggi atas kelulusan yang aku ada ^_^ mana mungkin seorang lelaki yang tidak habis pengajiannya memungkinkan dia menjadi seseorang yang berpangkat besar , kecuali dengan izin ALLAH ^_^ cuma berbekalkan usaha dan pengalaman kerja dahulu , aku selalu ditawarkan kerja , namun antara syarat manusia yang mematikan niatku untuk terus maju adalah ketika aku bertanya soal solat ^_^

" boleh saya bertanya ?" 

waktu solat jumaat , rehat, sehingga jam berapa?

lalu tercengang ,dan terkejut , seorang Perempuan Cina Dan Seorang lelaki korea yang menemurah aku ^_^

" awak lelaki pertama yang bertanya soalan ini ^_^ Syarikat kami memberi waktu rehat pada jam 12.30 hingga jam 1, jika berturut-turut lewat akan dikenakan tindakan, ditambah satu lagi soalan dariku, kalau bulan puasa bagaimana? Mereka terus menjawab , pekerja kami tidak puasa, jadi  kantin buka seperti biasa ^_^

aku hanya tersenyum , aku cuba mengambil masa hingga waktu zohor duduk di sekitar situ ^_^ besar sungguh Syarikat Ini SERIBU LANGKAH tidak terkira lantai untuk memijaknya..

seorang pekerja biasa dilayan sebegini rupa , aku melihat makian didepan mata sama sahaja di persekitaran tempat kerja  lain , sebab itu sangat takut aku menjadi seseorang yang hebat , semakin besar pangkat seseorang , semakin besar tanggungjawab yang dipikulnya nanti...
dan semakian banyak juga hati untuk dijaga..

sedang orang berpangkat duduk mengarah bak raja ^_^ aku melihat , persekitaran tempat kerja , sungguh ramai lelaki melayu , namun bertindik ditelinga , sungguh ramai juga perempuan melayu namun tidak bertudung kepala ^_^,sedang aku menunggu hingga jam 2 petang , kedengaran azan  dari telefon bimbitku software yang akan berbunyi kala masuk sahaja waktu solat , lalu disapa aku oleh seorang lelaki berjanggut ^_^

" datang interview ke adik? kalau nak solat kena curi masa di luar , dekat sini tiada surau atau masjid ^_^ "

ditanya aku dengan slumber, " lama abang kerja sini? dia menjawab 10 tahun , abang solat dekat mana? abang supervisor dekat sini asal masa solat abang balik rumah masa zohor dan qada solat  asar , dan mungkin yang lainnya, aku terdiam, rumah di sekitar sini pun belum ada lagi inikan pula mahu solat qada berkali-kali , subhanallah bagaimanalah hamba ALLAH , sekitar sini berkerja ^_^ di hati hanya ALLAH sahaja tahu....
dan aku tidak bisa mendirikan solat qada kerna takut sungguh tidak diterima ALLAH... :'( DUGAAN YA ALLAH..



ramadhan qarim kembali menjengah diri ini , alhamdulillah ALLAH maha besar mengizinkan kita bertemu lagi untuk kesekian kalinya ^_^ apa khabar imanmu wahai hamba ALLAH , adakah masih konsisten?
diharap pola naik turun iman ini membuatkan kita tidak berjarak dengan ALLAH..
sangat gembira walau kiri kanan dugaan maha hebat menjengah peribadi lelaki ini..

lama sudah tidak menulis juga berkongsi cereka seorang hamba, hari ini merupakan hari selasa, tahniah buat sahabat-sahabat
 "quality assurance engineering" yang sudah mula sambung pengajian masing-masing , rindu untuk kembali belajar semula , namun harus difikir soal tanggungjawab yang ALLAH sudah tuliskan , aku juga perlu selalu dekat dengan bonda , kerana sejak 2 menjak ini keadaan dirinya selalu sahaja tidak sihat.

soal hati dan perasaan pula semakin hari makin dilupa , tidak aku dahaga akan kasih sayang seorang hawa, selain bondaku , akan tetapi terkadang sunyi itu datang menghampiri , melihat sahabat lain diusia ini , bernikah, bertunang, semakin juga membuat diri ini takut menghadapi masa depan , sedang diri ini juga selalu tidak sihat? apakah dapat aku menjadi seorang abi buat zuriatku , dengan keadaanku yang selalu sahaja sakit? apakah ada yang menungguku? selagi aku belum kukuh dari segi kewangan dan juga pekerjaan , selagi itu aku tidak bisa menghurai bahasa hati ini, 

walau ada yang suka, walau ada yang cuba menyemai azimat cinta, aku belum lagi mampu...untuk mendirikan rumah tangga..
namun diri ini punya niat sangat tinggi , andai pintu hati disapa lagi..
aku merangka masa untuk bernikah pada usia 26 nanti...
namun aku takut tidak sampai usiaku kala itu..
sedang aku merangka masa hadapan dengan kerja yang gah dulu...
ALLAH ambil segala nikmat itu , dan aku kembali tidak punya apa-apa..
aku malu bila mana , ramai bertanya, " bila nak bernikah?" kerja dah bagus, hanya senyum mampu dilukis , dengan benteng pura-pura , aku bukan lagi bekerja di situ ,
 aku sudah keluar dari rangkaian masa depan impianku, 
aku keluar dengan harga "fitnah" tanpa menoleh kebelakang semula..
mana mungkin aku kembalikan maruahku ,
 kerna terbuktinya aku salah ^_^
ramadhan qarim akan mengajar dan mendidik imanku...
semoga benteng sabar semakin menebal buat lelaki ini kembali bernafas dan terus melangkah lagi...

tidak akan aku sentuh hati gadis hanya untuk permainkan raganya..
tidak akan aku cuba bercerita soal jodoh , andai dia tiada dalam istikharahku..
dan tidak akan aku menerima seorang gadis , yang tidak tahu aku punya kekurangan seribu..

# walau apa sahaja jadi padaku kala ini , bonda selamanya akan aku jaga ^_^

perbualan sinis bonda dan makcik, sangat menyentuh hatiku ^_^


" kak mah , nanti kau nak ikut siapa kalau anak-anak kau semua duduk dekat kL tue, dan bonda menjawab, "aku nak duduk dengan abang ude, teringin nak tengok dia berkeluarga siapalah isteri dia..nanti"..
" kata-kata itu cukup membekas dalam hati ini, tiada siapapun tahu ^_^

ALLAH maha besar , kau permudahkan jalanku..

kau makbulkan hajat bondaku, berkat ramadhan ini , aku ingin menjadi yang soleh buat bonda ^_^
aku juga ingin selamanya disisinya, insya-ALLAH..
semoga aku istiqomah mejaga bonda walau punya jodoh nanti , semoga ALLAH pelihara aku dari perubahan hati..kerna syurgaku di bawah telapak kaki bonda ^_^

Jika ibu bapa restu maka redha Allah juga mengiringi kita  tidak perlu melawan kata orang tua, kelak nanti
keberkatan entah ke mana  tidak perlu mengguris hati
mereka andai mereka tidak mengajak ke jalan
kemungkaran Allah, insya-Allah semoga saya dapat
menjadi lelaki soleh , menjaga Puan Rahmah hingga ke
akhir nyawa 

# dia sahaja yang saya ada  ibu tunggal yang serba
serbi kurangnya....dan aku lelaki paling tahu tentangnya ^_^






Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

sebenarnye saye isteri die :)

Anonymous said...

Assalamualaikum syuk.. Apa khabar? Lamanya x jenguk blog syuk... Hehheee... Sibuk sikit akhir2 ni... Sibuk Hal duniawi yang tidak membawa faedah di sana nanti... Ramadhan Kareem buat syuk dan bonda semoga ramadhan yang dirindui ini Akan memberi seribu rahmat buat Kira semua... Apa yang kita harapkan terhapusnya dosa2 , mendapat redhaNya dunia dan akhirat... :)

Akhir qalam semoga Allah mendengar dan mengkabulkan semua impian syuk... Allahumaa aaminnn.... Nanti raya datang la rumah... Heheheeehe...

Salam rindu Dari bidadari syurga... ;)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥