Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, July 1, 2013

: Sebenarnya SAYA ? ______ DIA ^_^ :





Berkawan Biar Beribu Dengan Mahrammu  dan jaga hatimu buat imammu  

# untukmu hawa 

 Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa
cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya
serta bersungguh-sungguh menjaga diri dan jauhkan dari
melakukan maksiat. ^_^

" alhamdulillah masih bernafas untuk kesekian kali di atas bumi ALLAH ini ,  aku masih bersyukur diberi ujian yang cukup-cukup mendidikku, dugaan itu juga menjadikan aku lebih bersedia menghadapi sisa-sisa hidup lebih berliku, aku sendiri takut apakah kesudahan hidup ini, tiap kali baru mula kerja akan dicabar masa depanku dengan seribu cubaan yang maha berliku, dan nyatanya aku takut dengan pengakhiran hidupku nanti , betapa sanggup hamba ALLAH ini terus menerus mengaibkan aku , dengan mereka-reka cerita tentangku , dan ada pula sanggup menggunakan nama ini untuk mencuri hati si gadis , bahkan aku sendiri tidak pernah mempertontonkan wajahku di laman sosial , kerna harga diriku biar milik penuh zaujahku , walau aku seorang lelaki aku ingin menjaga diri ini khas buat pemilik mutlak dan hakiki  lelaki ini..."

masih mencuba nasib di kota metropolitan itu , selalu menjaga peribadi , masih menggapai malu sebagai salah satu tembok besar , lama benar tidak mengikut jemaah , menyampaikan daie , sungguh dunia ini sementara buat para pecintanya , aku agak letih melayan karenah dunia , aku cuma berharap dipermudah segala langkahan selepas ini , mata ini juga selalu berdosa , setiap inci aurat gadis terliar mata ini meneroka , aku masih lelaki yang selalu berdosa , aku takut akan pasangan yang diberi ALLAH sama nakal dengan tingkahku ini ...makin hari makin terngadah , benarkah kata arwah abah yang aku sewajarnya menjadi seorang ustaz impiannya, setalah bersusun angan yang dirangka terhapus aku, bersama harapan menggunung...


redha bonda , dia mengizinkan apa sahaja pilihanku asal aku selesa , namun aku sendiri tidak tahu apakah rahsia disebalik hatinya , andai dia suka sekalipun mungkin sahaja kerana aku juga suka.. namun tidak pernah terlintas di benak fikir  ini bertanya ,
apakah bonda juga suka dengan pilihanku?
wanita tua itu selalu sahaja tersenyum , sambil berkata , apa sahaja pilihan kamu bonda tetap akan suka ? sungguh ikhals itu tidak mudah dirangka, saban hari aku bermuhasabah, cita-citaku dulu sebenarnya ingin sekali menjadi seorang guru , yang bisa mendidik anak bangsa sambil punya senggang masa bersama keluarga pada waktu cuti sekolah.. namun cita-cita itu ALLAH tidak mengizinkannya ..mungkin ada lagi sesuatu yang lebih baik buat diri ini...

terkadang budak nakal ini suka menyakat , kata-kata sinis ini bisa juga membuat mereka tertawa dan mungkin ada juga yang berdendam siapa tahu ,khilafnya lidah ini..hanya tuhan sahaja tahu
aku bukan lelaki paling alim yang selalu menasihatkan tentang agama  namun aku juga takut apa sahaja yang disampaikanku belum benar pada dalilnya , sebab itu aku suka menjengah majlis ilmu sambil iqtikaf , masih lagi bertatih menuntut ilmu ALLAH... aku tidak terlalu berharap pada sapaan cinta dari hawa , kerna yang datang semua takut melihat kekuranganku..takut mereka mendekati diriku... aku belum punya harta , belum bisa membeli sebiji kereta... dan mereka melihat diri ini sinis tanpa cuba menjiwai monolog hati ini...


impian diri ini ingin sekali hidup selesa walau tidak cukup kaya , mampu milik sebiji kereta ,mampu punya rumah sendiri walau duduk menyewa, mampu mengimamkan solat setiap kali punya masa terluang bersama keluarga , ingin mendidik zaujah mengenal ilmu ALLAH , ingin redha bonda setia menemani hingga akhirnya dan terlalu mendamba halal dalam segala langkahan tanpa sedikitpun cela....sungguh diri ini pada kisah silamnya terlalu banyak dosa... setiap zarah dosa itu tidak tahu adakah ALLAH ampuni atau tidak... 

ALLAH, ALLAH , ALLAH...

MONOLOG hamba ini , menulis tanpa jemu..perihal diri ini tanpa siapapun tahu..insan kerdil ini terlalu menginginkan sesuatu yang mampu merubah nasibnya ^_^ makin ramai suka , namun lebih pula yang datang membenci tanpa paksa, dendam azimat hamba ALLAH itu hingga sanggup merangka "fake account" hanya untuk mengaibkan aku , padahal apa salahku? walau hati ini kuat mengatakan dia , namun masih lagi cuba berdoa semoga dia bertaubat.. pernah sekali meninggikan suara pada dia.. dan aku pula menerima sakit yang amat tanpa sebab... hingga ramai takut...

hayat jasad ini andai berkubur, diharap sesampai bulan ramadhan penuh berkat, aku ingin pergi menemui illahi kala itu , andai di izin tuhan , aku ingin melihat bonda tersenyum melihat hadiah "baju raya " yang sudah dibelikan aku , aku masih takut aku masih berjaga-jaga ^_^ banyak sungguh dosa ini, ampuni dosa-dosaku kawan-kawan... halalkan makan dan minumku...

jika ALLAH beri peluang untuk aku bernafas, aku ingin mereka tahu selama ini..

lelaki ini bukan "jual mahal"...

aku menjaga hati ini buat gadis istikharahku ^_^ walau kau cuba sentuh hati ini , aku tetap dengan istiqomah itu , andai cuba dekati insan ini , kau harus tahu kekurangan ini punya seribu, tiada yang hebat diri ini melainkan semuanya atas izin Robbku , ANDAI cuba menjengah nuraniku kau harus tahu , andai mencintaiku kau harus terima bondaku , dia di usia 65 tahun , sangat-sangat memerlukan aku , dan jika kau mahu sedaya upaya mencintai lelaki ini, ketahuilah , lelaki ini  lebih mencintai tuhannya, dia sangat malu dengan dosa-dosa semalam yang telah dilukisnya...
SAMBIL SELALU BERHARAP DIAMPUNI SEGALA DOSANYA...

maafkan aku semua dunia akhirat...


PERINGATAN BUAT DIRI INI DAN SAHABAT SEMUA ^_^

Jangan terlalu menyalahkan orang yang memberi harapan kepada kamu, Sebaliknya salahkan diri sendiri yang terlalu berharap kepada manusia sehingga lupa akan pergantungan mutlak hanyalah kepada Allah. 

P/s : Percayalah, Sebaik-baik pergantungan hanyalah kepada ALLAH sahaja. Ingat tu 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualaikum syuk... Apa khabar? Janji Allah pasti syuk yang penting Kita bersabar yer. Sabar itu indah. Bila Kita jatuh kerana manusia bangunlah kerana allah kerana pencipta hatimu adalah Allah SWT bukan makhluk..
Sekiranya Ada yang memburuk-burukkan kamu maka diamkanlah dirimu, usah melenting dan yakin Akan janji dan balasan Allah SWT. Biar buruk di Mata manusia jangan buruk di pandangan Allah SWT... :)
Akhir qalam jangan putus Asa mencari tulang rusukmu yang hilang, Akan ketemu Pada waktu yang telah dijanji olehNya. Doakan agar bakal Zaujahmu mensolehah kan dirinya sebelum bertemu dengan bakal zaujnya... :)

Take care syuk, jaga diri dan iman, kirim Salam bonda cakap bidadari syurga Kim Salam... ;)

Dari annisa yang berangan nak jadi bidadari syurga... ;)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥