Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, June 26, 2013

: luaskan imanmu ^_^ wahai hamba ALLAH :



                                                                           


Kita di dunia umpama layang-layang di langit
takdir, kita terbang tinggi rendah,jauh,dekat..
Hanya di lembayung iradahNya.. Kita akan
terbang selagi ada angin di bekalkan,selagi kertas
tidak koyak,selagi rangka masih teguh.. Tapi
apabila tali sudah ditarik,turunlah dengan
redha.. Kita tidak berhak untuk terus 'terbang'
sekiranya maut menjemput pulang ^_^

masa Nabi Adam bertaubat kepada Allah dahulu , Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. 

Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut.

Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belumpernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.
inilah istighfar nabi adam

" astaghfirullaha innallaha ghafururahim."

# subhanallah aku bertaubat kepadmu ya ALLAH , sungguh banyak dosa hambamu ini 



selamat tinggal Toyota Malaysia ^_^

AKU pergi sambil berlinang airmata , akhirnya aku telah meninggalkan segala yang aku ada ^_^ sangat sayang akan kerja yang baru berusia 6 bulan , ingin teroka banyak lagi sudut namun , harus menoktahkan kehidupan dikala ini..dugaan datang dan datang tanpa pengakhiran sempurna.. perlu merangka semula kerjaya untuk menamatkan segala kekalutan hati..

aku sangat sayang kerja dan tanggungjawab yang dipikul ini , aku sedang membina masa hadapan sambil selalu positif ..aku takut mahu beritahu..keluarga dan adik beradik yang lain , bahawasanya aku tidak kerja lagi di tempat itu , malah kuasa fitnah sekali lagi menamatkan kerjayaku di situ...

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

bonda maafkan diri ini , tidak berjaya membanggakan kamu... aku terhanyut dengan bingkisan fitnah buat kali kedua , dan kali ini ...fitnah itu menghapus aku dari pandagan mereka yang membenciku...

teringat masa mula-mula bekerja disini ^_^

aku berjaya merubah suasana kerja dengan solat berjemaah , aku mengalunkan azan tatkala masa waktu solat pada rehat tengahari..seraya mereka semua terkejut dengan perubahan yang ada ^_^

aku berjaya mendekatkan seorang lelaki jepun dengan pendedahan agama ^_^ walhal dia tidak pernah percaya pada kejadian tuhan..

hati dia terusik untuk beriman kepada robbul izzati cuma dia masih takut melihat budaya melayu yang selalu menipu dan menjatuhkan orang lain walau beragama islam ^_^

malu jika aku pulang ke kampung sekali lagi dengan berita yang bakal meragut harapan keluarga , namun aku bernekad untuk mencari peluang kerja lain menimba pengalaman menggunung hingga ke hujung nyawa.

sangat sukar mencari sebuah pekerjaan yang punya pelepasan masa untuk solat, dan keluar solat jumaat ^_^ 

terkadang ada hamba-ALLAH nama sahaja islam, namun belum cukup memperlihatkan islam dalam dirinya..itu semua kerana taksub kerja dan mengejar nama beserta jawatan yang tinggi..

aku bersyukur walau tidak mendapat pangkat untuk dibangga juga dipuja, aku dapat menyimpan duit untuk melestarikan harapan bonda ^_^

tanpa pinjaman bank aku bisa mengumpul sejumlah duit untuk betulkan atap rumah yang bocor ^_^ senyuman bonda sudah cukup menjernihkan hatiku yang terluka...

aku berjaya memberi sesuatu buat anak saudaraku  cuma belum sempat untuk diberi.. tunggu majlis aqiqah pada 3 syawal nanti...

" uncle sayang rayyan ^_^ harap rayyan bila besar nanti boleh menjadi seseorang yang lebih baik dari uncle ^_^..."

kehadiran anak kecil itu telah menyatukan hubunganku yang bertahun retak terhadap mama nya, dan akhirnya rayyan menyelamtkan hubungan darah antara aku dan akak ngah...

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. 

[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

aku kembali merangka semula sisa-sisa hidup yang berliku ^_^ aku percaya ALLAH dekat denganku, aku yakin sehela nafas ini ALLAH selalu disisi..

walau aku jatuh , walau ramai sahabat pergi meninggalkan aku..

walau ramai juga tidak peduli akan diri ini..

aku akan bersegera bangun dari duri dan sembilu yang menyekat aku terbang tinggi..

aku lelaki , aku imam buat zaujahku , aku nakhoda buat bahtera keluargaku..

insya-ALLAH aku tidak akan meratap sedih dengan lama..kerna aku tahu dunia ini persinggahan semata-mata...

# maafkan aku semua...

bonda, kak long , kak ngah, abang ijal, adik aidil  dan rayyan^_^

satu masa nanti lelaki ini akan membanggakan kamu, nanti.. insya-ALLAH

Serahkan masamu hanya untuk Allah, Pasti Allah akan
uruskan masa hidupmu dengan sebaiknya. Serahkan
hatimu dan cintamu hanya untuk Allah.

P/s : Dan percayalah, Pasti Allah akan berikan Hati dan
Cintamu kepada Pemilik yang sebenar. InsyaAllah



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualaikum syuk... La tahzan, Allah Sentiasa bersama syuk... Dah lama jugak saya tak Jalan-Jalan ke blog syuk.. Apa khabar? Sihat? Sesungguhnya ucapkanlah alhamdulillah walau apa jua kurniaan dan ujian yang diberi. Allah sayang Akan syuk itu sebab di utuskan jibril untuk Beri syuk ujian, Rezki Ada dimana2 jangan risau, tengok saya dah 6 bulan jadi penggangur terhormat hehhee... ( visa lambat keluar tu sebabnya masih Dok Kat rumah ni) Jom Kita doa sama2 agar mendapat redhaNya dunia dan akhirat, bertemu dengan insan yang di tulis buat Kita, allahuma aamiiiinn....

Salam rindu Dari bidadari syurga...

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥