Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, June 19, 2013

: Tragedi SYA'BAN ^_^ atas izin ALLAH :





“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahu akan tiap-tiap sesuatu)”
(At-Taghaabun: Ayat 11)
Langit tidak selalunya cerah. Kadang-kadang mendung ianya tidak bererti hujan akan membasahi bumiNya.

 “Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah 286).
Setinggi-tinggi  syukur Alhamdulillah kepada Allah Yang Maha Agong diatas segala kurnia nikmat dan kasih sayangNya kepada setiap hambaNya dimuka bumi ini. Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata untuk menggambarkan apa yang telah Allah kurniakan kepada KITA dan semua makhluk yang hidup. AKU hanya mampu mengucapkan kalimah “Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah”.

1. Setiap Ujian yang datang dari Allah, adalah satu Rahsia Besar yang Allah nak kita ambil pengajaran daripadanya.
2. Setiap Ujian yang diberikan kepada hambaNya adalah mengikut kemampuan untuk kita menerimanya.
3. Setiap Ujian dan Cabaran yang melanda, Allah nak beri kita peluang untuk menjadi Manusia yang Lebih Baik daripada sebelumnya.
4. Setiap Ujian dan Cabaran Hebat yang melanda diri kita, ada orang lain lagi yang Lebih Hebat diuji oleh Allah Yang Maha Mengetahui.
5. Setiap Jodoh dan Ajal Maut adalah Ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Seringkali kita tertanya-tanya malah mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian sebegitu berat sekali sehingga ianya membuatkan kita terlupa kepada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Al-Baqarah (2:286)

Ini membuktikan bahawa, Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah S.W.T Maha Mengetahui setakat mana kemampuan setiap dugaan dan musibah yang diberikan keatas diri kita. Dengan ini, menunjukkan bahawa betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Setiap dugaan dan musibah yang menimpa keatas kita, syaitan sentiasa mencari jalan untuk menghasut kita kearah kesesatan. Seringkali apabila kita ditimpa kesusahan dan dugaan, kebanyakan kita mencari keseronokan dunia yakni berhibur untuk menghilangkan kekusutan yang ada. Sedangkan semua itu adalah lebih menjarakkan lagi diri kita kepada Yang Maha Kuasa?. Tidak kah sepatutnya kita berdoa supaya kita diberikan kekuatan untuk menempuhi setiap ujian yang diberikan dengan sabar dan tenang?


Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamusabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya 
akan apa yang mereka lakukan. 

Al-Imraan (3:120)

Bukankan kita seharusnya berdoa kepada Yang Berkuasa? Hanya Allah saja dapat membantu kita. Berdoalah kepadaNya. Allah tidak pernah jemu mendengar segala rayuan, permintaan serta rintihan hambaNya. Sesungguh Allah itu Maha Mendengar dan tempat memohon pertolongan.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Al-fatihah (1:5)

Demikianlah ayat2 yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kita, malah ianya diulang sampai dua kali. Oleh itu, kita seharusnya yakin, bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Dan setiap kali kita ditimpa kesusahan/kesulitan, seharusnya kita menyebut 

“Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un” bermaksud “Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali”.

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah 2:156)

Daripada maksud ayat ini, Allah menegaskan bahawa apabila ditimpa kesusahan (musibah), hendaklah kita menyebut Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un. Dengan itu, kita seharusnya mengharungi kesulitan tersebut dengan jalan yang benar/betul bersama Allah, bukanya mengeluh. Sekiranya kita bersama dgnNya, Allah S.W.T telah menjanjikan kemudahan selepas kesulitan. 

SESUNGGUHNYA ITU SUDAH PASTI…
Wallahu a'lam...

tragedi sya'ban ^_^

monolog seorang hamba-ALLAH...


" 2 hari , bumi menjamah darahku , mengalir tidak henti tanpa arah tuju ^_^ ketika jam 09.30 kira-kira 20 minit selepas keluar dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah ^_^..."

suasana malam sejuk , angin sepoi bahasa memeluk erat tubuh lelaki ini , sambil berkain pelikat , menaiki sebiji motosikal uzur , pergi ke sebuah bank di seksyen 16 
(ingat nak transfer duit gaji pada bonda malam itu) , setiba di pintu masuk betul-betul parking moto depan muka pintu Bsn seksyen 16, terkejut melihat sebiji moto ex5 , menyambar beg tangan seorang makcik  ^_^ aku dengan tidak berfikir panjang cuba mengejar walau berkain pelikat sambil melayangkan badan
 ( seperti seorang gimrama) untuk menarik beg tangan tersebut namun , di acukan  sebilah pisau terhiris tapak tangan , agak dalam hingga bercurah darah bagai air mengalir tanpa henti ^_^
 (nasib baik sempat elak pisau rambo itu dari menusuk ke perut)
 cuma , terpegang bilah pisau itu, dan menyebabkan berdarah tapak tanganku..

sangat sakit ketika itu , tuhan sahaja tahu sambil daratan yang kurang baik mengakibatkan kepala lutut , bercumbu mesra dengan batu bata , koyak kain pelikat , berdarah tangan dan beg tangan  juga melepas ^_^
mak cik yang menangis teresak-esak itu kembali terdiam melihat gelagat seorang " hero" ala-ala kluang man ( sebab orang Johor ) yang gagal malah cedera pula ^_^ , ditanya pada mak cik itu  berapa  banyak duit  dalam beg tangan itu , katanya kira-kira RM 200, katanya lagi duit itu mahu beli belanja dapur yang sudah habis. Aku yang masih dalam keadaan sakit terus mencapai dompet lalu diberikan Mak Cik sejumlah duit yang ada ^_^ pada mulanya mak cik itu menolak , pabila terus menerus memujuk dia , dia menerimanya sambil pelawa datang ke rumah , sedang aku senyum dan menolak lawaan tersebut , peristiwa yang berlaku tanpa sengaja ,kala malam bulan mengambang  itu ^_^ membuatkan aku teringat pada bonda dikampung...
ya ALLAH pelihara bonda dari hasad dengki manusia... tuhan sahaja tahu sangat risau berjauhan dengan bondaku...

dan hari ini pula sekitar jam 1.55 pm , selesai solat zohor di Masjid yang sama, aku terus balik ke tempat kerja sebelum itu singgah di seksyen 2 , membeli a.b.c sambil bungkus dan ikat tepi ^_^
 ( itu pun nak cerite ke )  salah aku juga sebab curi-curi masa ( menggular) dan akhirnya seorang student uitm, dengan keadaan terpinga-pinga keluar dari bulatan dengan slumbernya , dan aku yang cuba mengelak dari melanggar dirinya terbabas di pembahagi jalan lalu , bahuku bergesel dengan serpihan pasir,
 ( seperti melakukan aksi stunt) ,sekali lagi daratan yang kurang baik , (mungkin masa sekolah dulu cikgu tak ajar bab landing-landing nie  ) koyak bajuku , yang sedihnya budak itu melarikan diri , luka semalam kembali berdarah , makin dalam pula , beristigfar panjang aku ^_^ budak nakal macam aku , ALLAH sengaja uji , supaya tidak nakal lagi kowt ^_^  kalau bonda tahu , mesti dia risau ^_ ^ 
   
Cabang ranting berdaun rimbun
berjuntai lebat kacang kelisa
kasih Allah memberi ampun
jernihkan jiwa basuhlah dosa.

Burung tekukur di dalam sangkar
merbah mencicip buah berangan
amal makruf nahi mungkar
syurga neraka dalam timbangan.

Dibawa kapal menuju kuala
kapal mendarat di Pulau Kenanga
dosa pahala penentu segala
syurga neraka tempat akhirnya. ^_^




                                                                           


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Salam, Best! Saya suke bace..tqvm 4 sharing...
Nasib baik kain pelikat x lendeh..hehe..

Anonymous said...

assalamualaikum syuk... apa khabar? tanggan syuk dah ok? bonda dah tau apa yang jadik dengan syuk? next time be careful,alhamdulillah hanya 3 jahitan sahaja yer? alhamdulillah allah masih sayangkan syuk.. semoga allah sentiasa melindungi syuk walau dimana pn syuk berada... jaga diri, jaga iman.....
salam kaseh dari bidadarimu...
p/s: jangan lupa follow up jumpa doctor buka jahitannya.... :)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥