Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, June 20, 2013

: kisah dulu ^_^ :


                                                                           

".... dia cantik bukan , namun sangat banyak juga lelaki dahaga hanya untuk menodainya 
bahkan ada juga lelaki cuba memilikinya ^_^ percaya atau tidak , 
sangat sukar hamba ALLAH seperti dia "menjaga", 
kerana seribu mata lelaki perhatikan dia, ^_^ 
oleh itu apa harus dan sewajibnya dia lakukan ?.."

" pernah kamu terfikir , setiap kali update status , selalu sahaja berbunyi , lelaki itu jahat !! buaya!! lelaki ambil kesempatan!! lelaki tak guna!!..."

asal nama lelaki semua kata kamu jahat?

tapi bagaimana kamu meletakkan dirimu adakah sempurna dalam pandangan tuhan?

kamu mendamba lelaki soleh? bila masa kamu nak jadi solehah?

kata kamu sangat benci lelaki buaya darat? apakah kamu tidak cuba menjaga pergaulanmu?

sehingga diri ini walau aku seorang lelaki, tidak bijak beramah mesra dengan gadis lain , malah sangat malu ingin tonjolkan diri ^_^

bukan sombong andai hanya senyum pada mahram ^_^ boleh juga senyum dengan selain mahram , namun bukan "perlu" senyum hingga timbulkan fitnah, banyak cara dan gaya kamu perelokkan akhlak..

setiap kali langkahan ke masjid , aku temui jutaan gadis turut serta menunaikan solat di lima waktu secara berjemaah , terusik hati ini melihat mereka , namun aku tahu, aku pun bukan seorang yang alim untuk memiliki mereka juga memeluk hati mereka ^_^

rendah diri sangat tinggi ^_^ aku percaya , aku akan selalu cuba perelokkan akhlak , jauhi api amarah , jaga pandangan mata , hormati orang tua , dan ingat ALLAH yang esa ^_^ ketenangan itu ada jika , wujud usaha yang menggung untuk mengekalkan perubahan kebaikan pada diri kita , ingat lah selagi kita takut ALLAH percaya dan yakin dosa mahupun pahala itu wujud kita akan ingat apa sahaja kita lakukan ALLAH nampak ^_^
             
pernah sekali disapa anganku, ditanya imanku , kenapa kau suka melihat yang cantik ? aku berhadapan dengan cerminan bayangku ?
rasa suka itu biar disimpan rapi ^_^ cermin diri , dia mungkin lebih menginginkan kesempurnaan seprti dirinya juga...

aku sendiri tidak tahu, andaipun bisa mencuri rawan hati seorang hawa , adakah dia bakal menjadi peneman sisiku disepanjang hayat ini?

aturan tuhan maha indah dia menjaga pesona hawa dengan suruhan menutup aurat , untuk mengelak dari noda, nista dunia...

sekali aurat gadis terbuka , akan menghambat syahwat mana-mana lelaki , termasuk diri ini... aku bukan si alim mampu terjemahkan ratusan zikir dikala basah bibir , bukan juga abid yang istiqomah mengabdikan jiwa terhadap tuhannya ^_^ aku insan yang masih bertatih belajar, dan belajar ilmu agama.... 

selagi kamu cuba perelokkan akhlakmu ^_^ dekat dengan ALLAH yakinlah kau akan dituntun oleh lelaki yang baik wahai hawa...

ingatlah hawa , jika kau mahu lelaki terbaik , maka paling utama ubahlah dirimu menjadi lebih baik , biar ALLAH aturkan LELAKI baik buat kamu , sekufu , sama dan seerti dengan apa yang kau mahu ^_^

jujur, setiap kali datang menyapa kebanyakkan mereka seorang yang kaya dengan ilmu agama , aku malu... penuh dosa silam buat diri ini..

aku tidak layak menagih cinta manusia, dengan menukilkan syair-syair cinta....aku masih perlu membiaskan kenangan supaya selalu dalam istiqomah perubahan...


.................................................................................................

kisah dulu ^_^

pernah kala dulu , tidak sedikit pun dengar nasihat arwah abah ^_^

dia kata , abang ude ^_^ abah hantar ke sekolah agama, supaya kamu menjadi seorang ustaz bila besar nanti...


namun aku selalu memekakan telinga , aku sangat degil...

aku pernah derhaka ketika tidak mendengar segala arahannya, selepas dia tiada, terhurai kisah lama.. teringat pada kata-kata arwah abah...

dimana sahaja aku pergi , mereka memanggil aku dengan panggilan ustaz, dengan kepetahan berkata-kata tentang ilmu agama, disapa pula oleh seorang alim tua... diceritakan secara khalwat denganku..

" kamu anak yusof yew? balasku " ya" ?...

beruntung kamu , dulu datuk dan moyang kamu seorang ustaz sekolah pondok , ramai kenal dan menuntut ilmu dengan dia , ramai anak murid ke al-azhar telah dididiknya...

maka terdiam aku... rupanya latar belakang keluargaku kebanyakkan ahli agama... maka dibuka satu persatu , cerita tentang moyangku juga salah silah keturunanku..... rupanya ustaz alias bin nordin... merupakan ilmuan agama di nusantara...

darah yang mengalir pada tubuh ini , darah seorang pendaie... 
banyak kitab-kitab fiqah dan ilmu agama dikarangnya... hingga aku sendiri tidak tahu nama penanya.... dan arwah abah walau bekerja sebagai seorang specialist di JKR dia juga seorang pendaie sekitar melaka pada ...tahun 80-90 an.. itu juga aku tidak tahu...

aku pula, seorang budak nakal ^_^ melepak , mencipta lagu , menyanyi di youtube , bertujuan suka-suka...patutlah arwah abah sangat marah tatkala aku menyanyi di rumah... banyak sungguh rahsia keluarga yang aku tidak tahu , dan rupanya aku ini seorang anak penegak hukum ALLAH.. walau zahir dan firahku tidak seperti mereka....

kerna dosa semalam , aku tidak akan bijak menyentuh cinta hawa juga dunia, kerana dunia ini hiasan semata-mata... aku cuma ingin halal kala semuanya sudah cukup sempurna.. aku tidak mahu hidup susah sepanjang masa... insya-ALLAH akan selalu berusaha menjadi lebih baik..


taggungjawab raga pada masa ini , memastikan senyum selalu terpahat di wajah bonda , jangan buat bonda risau dan sedih ^_^ berpura okay , tanpa menyuburkan resah di wajahnya, 
dan ingat ALLAH sepanjang masa....





Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥