Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, June 18, 2013

: Aku Pencuri Itu ^_^ :





Mencuri (Sariqah)

Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan 
mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:


”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”



(Surah Al- Maidah ayat 38)



SABIT KESALAHAN MENCURI


1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-


i) Ikrar (pengakuan)


ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil


iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.



2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.

3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.


PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-

1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.



PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.


1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.


HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.







Monolog Hati ^_^ hamba ALLAH.



Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya:

Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya.”



 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Masa hadapan sering sahaja diperkotak katikkan oleh sesetengah pihak , golongan berpangkat besar ^_^, hanya tuhan sahaja tahu betapa berharga nilai sabar ini , tidak boleh dijaja dimana sahaja, terkadang terpaksa membisu kerana aku juga punya perasaan , pernahkah golongan seperti ini tahu harga perasaan yang ada pada orang bawahannya, aku tidak tahu hala tujuan kala dimaki hamun berhari-hari, patah hati , lesu kredibiliti ditomah saban hari ^_^ aku masih sabar , kerna mencari rezeki untuk sesuap nasi... ^_^

menetap di Shah Alam tanpa saudara mara tahu , aku suka berdikari ^_^ pernah ke borneo , pernah juga kerja di seberang sana, kala itu tidak selama dan senekad ini , 
ALLAH masih ada buat diriku...insya-ALLAH.. 
walau sesukar mana diri ini akan selalu istiqomah menjadi lebih baik ...

kuliah agama sekitar Shah Alam , MEMBUAT aku jatuh cinta dengan suasana disini ^_^ aku mencari ketenangan yang amat sewaktu terus menerus jika punya senggang masa iqtikaf di masjid ^_^

" salah seorang dari kawan baik , memberi kiriman email , katanya syuk cuba kau tengok  sebuah cerita dalam filem

 " dalam mihrab cinta " 

^_^ ceritanya sama sewaktu kau difitnah dulu...."

tanpa berfikir panjang aku terus menonton cerita itu...

mengimbas kembali cerita dahulu , sekitar tahun 2000 an....

Memang sangat menggamit memori sewaktu sekolah dulu ^_^ 
walaupun  menangis mengatakan aku tidak mencuri , mereka tetap menghukum aku , aku berdiam diri mematikan segenap suasana...

aku bukan pencuri , memang aku jumpa telefon bimbit itu , namun aku sudah memulangkan pada kaunter di sebuah cyber cafe tersebut , 

lalu mereka di kaunter manipulasi kisah sebenar telefon tersebut,
 hingga kisah ini tersebar meluas di sekolah, mengatakan aku mencuri , 

 ( seorang ketua pengawas  sekitar 
tahun 2***, seorang pencuri )

tanpa saksi dihakimi kisahku dikatakan aku bersalah...  
walau bagaimanapun dengan ehsan  airmata bonda ..dengan segala pujuk rayu bonda aku masih diberi peluang  bersekolah...

airmata bonda mengalir... 

bonda berkata :

"apa salah bonda , tak cukupkah apa bonda bagi sampai abang ude mencuri?

airmata lelaki ini juga mengalir ,


 padahal demi Allah AKU TIDAK PERNAH MENCURI...

( AKU SENYAP TANPA SEBARANG KATA )


dan kerana kejadian itu hubunganku dengan adik beradik menjadi rengang.. hampir bertahun-tahun....

kerana kisah hitam ini..MENJADI buah mulut orang lain...

 Sungguh malu , bila mana mereka diluar sana sibuk berkata, 
anak "arwah yusof , mencuri...

 malu bertahun-tahun juga diri ini  sambil hadapi hari-hari mendatang dengan menebalkan muka...

kerana peristiwa ini juga salah satu 
sebab aku berhijrah ke merata tempat....
untuk lari dari suasana dunia yang tidak selalu adil ^_^

 demi ALLAH aku tidak mencuri , telefon itu tidak wujud dalam simpanananku....
dan rentetan cerita ini ,  menoktahkan aku bersalah walhal tiada bukti yang khusus hanya berbekalkan buah mulut beberapa orang.. 
kerana mereka berkuasa ( si penuduh mencuri itu)   dituduhnya aku mencuri , kala aku leka menyiaplan kerja "typing" di  cyber cafe itu ..

Pada AWALNYA aku tidak perasan wujudnya
 sebiji telefon bimbit  yang agak mahal tertinggal... di sisi meja bersebelahan dengan meja komputerku...
 ketika aku memegang telefon bimbit itu
 segala detik waktu  dirakam dalam cctv ....
 namun rakaman seterusnya tidak dipertontonkan ... 

sewaktu aku diberi peluang bela diri ... walau situasi itu sangat berat sebelah , tidak diberi ruang langsung aku bersuara...hanya disaksikan kaum keluarga dan si penuduh.. 
aku disuruh duduk diluar menunggu amarah dari bonda...

rupa-rupanya hamba ALLAH ITU terlalu 
dendam DENGAN  hamba ALLAH INI.. 
walau semua guru tidak tahu hakikat sebenar cerita ini..
 diberitahu pada sekalian warga sekolah. aku bersalah...
dilucutkan jawatan sebagai ketua pengawas ,
 berkuat kuasa serta merta..

ALLAH nampak aku memulangkan kembali telefon bimbit itu...  

( aku memberitahu pada kaunter , ada hamba ALLAH tertinggal telefon tadi. respon mereka seperti okay , namun rupanya peritiwa itu telah merubah semuanya.. hingga kini... )

 "cerita ini" membekas menjadi pendorong untuk aku lebih berhati-hati dalam setiap langkahan ini... dan demi ALLAH aku sudah memaafkan mereka... aku harap mereka dirahmati oleh ALLAH , kerna peritiwa itu ramai juga kenalan yang pergi meninggalkan ukhwah sepiku..


aku bukan seorang pencuri, di hati ini hanya tuhan sahaja tahu ^_^

aku sudah maafkan kamu hamba ALLAH, walaupun cerita ini sudah bersarang namun , harga maruah tidak dapat dibayar dengan semudah tomahan ^_^ aku tetap akan ingat hingga ke akhir hayat ini...


Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;


قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة




Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥