Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, June 16, 2013

: Kamus Hati Seorang Lelaki ^_^ :


                                                                               

                                                                    
Istikharahku kian jelas berbicara
Bahawa inilah keharusan
Mencari yang lebih kekal dan hampir
Sedekat-dekat telingaku
Takkan pernah jatuhkan aku
Takkan pernah lemaskan aku
Bahkan memeluk diriku penuh rindu ^_^

"..bukan aku menolak perasaan itu , aku cuma tahu yang kau bisa mendapat seorang lelaki yang jauh lebih baik dariku ^_^ siangku selalu berdosa, dan malamku ,terkadang alpa, masa senggangku dihabis dengan petikan gitar , sedang aku tahu banyak lagi masa yang wajib aku habiskan pada yang esa ^_^ aku masih pendosa , aku sugul rebah dan sering tak bermaya ^_^ aku sakit kerana khianat manusia , dan aku sendiri tidak tahu hayatku berakhir bila ^_^.."

"... hari ini genap 6 bulan aku berhijrah di Shah Alam Selangor , atas kedukaan yang dulu ^_^ aku cuba menghapus jejak kenangan semalam yang masih membelenggu, ternyata ,semakin hari makin menjauh dari rasa itu , mungkin kita cuma mengambil sejengkal masa untuk jatuh cinta , dan kesannya kita terpaksa   melupakannya untuk sepanjang hidup kita , pastinya yang datang dan singgah dalam hati itu seorang yang tegar , andai bijak dia menghapus jejak rasa , mungkin lebih cerdik untuk dia menyemai cinta lain, di taman-taman persingahan sana .."

Hari yang indah terasa mendung dan kelam. Angin sepoi bertiup lembut namun ia tidak mampu menenangkan hati duka yang selalu berlagu . Langkah yang diatur terasa berat, namun, berat lagi bebanan rasa yang terbuku di hati. Terlalu payah untuk diterjemahkan. ^_^

Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

hari ini lelaki ini kembali merindu , merindu bonda di kampung halaman , terngiang-ngiang segala bicara dan celoteh bonda ^_^ sangat takut dan berdosa andai khilaf pada dirinya ^_^ sedang hati selalu rawan dahaga akan kasih dan sayang seorang zaujah angan ^_^ aku bukan muda lagi kata bonda  ^_^

 sambil bonda juga selalu berkata , 

" bila lagi bonda nak lihat anak bujang bonda punya keluarga",

 aku masih sinis bercerita dalam setiap babak lukisan hati ini , punya rima akhir yang penuh dengan maksud tersirat di hati.. ^_^ kerja dan masa depan ini masih samar , zaujah angan juga masih sirna , adakah dia juga mendamba lelaki ini menjadi raganya ^_^ sedang lelaki ini tidak punya apa-apa ^_^

" ..kisah dulu biarkan menjadi hamparan , yang nyatanya sudah terhanyut ke muara kenangan , sedang jiwa sering bermuhasabah , apakah aku layak menjadi imam buatmu wahai zaujah?,

cinta itu bukan bila mana kau nampak dia cantik , bukan juga bila sahaja hati tersentuh kala mata melihat , cinta itu punya satu rasa, walau tidak dilafaz akan sama-sama rasa ^_^ 

jodoh pula bukan bila kau kenal dia dengan lama , bukan jua wajib diungkap sayang hari-hari , kerna jodoh itu semuanya dari illahi ^_^ walau tanpa rima , liriknya kembali menari ^_^
bila pena menulis tentang kamu , segala penghujahan tidak pernah habis ^_^ akan aku tulis tentang kamu hingga ke akhir waktu , hingga lelah segala rasa , aku harap cinta kita bisa menjadi novela indah ^_^
walau tidak dijadikan rujukan namun boleh dijadikan panduan ^_^

sebelum kau cuba kenali aku , persiapkan setiamu pada ALLAH , perkemaskan auratmu dari pandangan mata lelaki lain , walau aku bukan syumul tanpa dosa , aku ingin melihat pesonamu tanpa dikongsi sesiapa ^_^ walau aku cemburu tanpa terbias kata , namun aku sering meluahkan dalam nukilan cinta , kala itu ALLAH dan Aku sahaja tahu , sujud dan tasbih penguat rasa yang berbunga itu...

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.

aku cuma menulis bibit perasaan , supaya  tidak salah kau  memendam perasaan padaku , supaya cinta itu menjadi halal dengan restu , dan semoga kau tahu ,aku bukan lelaki sempurna malah selalu berdosa ^_^

istikharahlah , aku bukan sesiapa ^_^ menulis bahasa hati , bernyanyi girang tanpa erti , menulis monolog jiwa tanpa ada yang sedari ^_^


Allahurabbi
Allahurabbul Izzati
Pemilik hatiku
Istikharahku menetapkan segala
Bahawa kanku lepaskan segala
Lalu tawakkal penyambung cerita ^_^


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

keep it up akhi :-)

Anonymous said...

assalamualaikum syuk.... apa khabar iman hari ini.... mari kita doa sama2 yer agar allah jadikan kita seorang hamba yang sentiasa mengingati allah dan rasulnya, ikhlas dalam apa jua amal ibadah, perkerjaan kita... aminn.... jadilah seorang hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap apa juga yang di anugerahkan buat kita, walaupun sebesar2 ujian ucapkanlah alhamdulillah in sha allah, allah akan redha kita dunia dan akhirat.... amminn.....
allah akan jawab semua istikharah syuk dunt worry k... in sha allah... allah akan beri petunjuknya satu hari nanti...
kirim salam bonda.... take care....
salam dari bidadari/ahliyya/zaujahmu...
(cheewaahh)
p/s: abaikan ayat2 saya yang suka berangan ni yer... hehehhe....

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥