Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, May 11, 2013

: Saat Itu Akan Tiba Nanti :


                                      





"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah,
 sesungguhnya menikah itu memelihara mata, 
dan memelihara kemaluan, 
maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah,
 karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, 
perkahwinan dan sebagainya.

Rasulullah SAW yang menerangkan 
mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.


  • WAJIB NIKAH – Bagi mereka yang mampu zahir dan batin bagi menambah takwa serta menjauhkan diri daripada melakukan zina.
  • HARAM NIKAH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.
  • SUNAT NIKAH - Bagi mereka yang mampu zahir dan batin, tetapi mereka masih sanggup mengawal dirinya daripada melakukan zina.
  • MAKRUH NIKAH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan kelamin.
  • HARUS NIKAH – Bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.


hari ini merupakan hari paling kalut dalam diriku , banyak bakteria perasaan mazmumah sedang ligat bermain di benak fikir ini , banyak sungguh permainan perasaan membuat tubuh ini lesu tanpa menjengah jauh dalam kotak hati ^_^ semakin ramai kenalan seusia denganku menamatkan zaman bujang mereka , dan hinggakan jika pulang sahaja ke kampung di Muar Johor akan merasakan sesuatu kesunyian yang amat ,ramai mereka yang terlalu baik mendekati lelaki biasa ini , hinggakan ingin sahaja beritahu pada mereka aku tidak layak untuk mereka ^_^

aku masih menunggu dengan setia , serpihan perasaan yang bersambut tanpa perlu dipaksa menjangka rasa tanpa siapapun tahu , sungguh aku menjaga rasa ini , untuk menikahi seseorang yang tepat buatku ^_^
bukan cinta jika tiada noktah dan matlamat hanya didasari rasa suka , tanpa tahu di mana hala dan tujunya ^_^ insya-ALLAH atas izin ALLAH.. jika segalanya sempurna akan aku buktikan pada kamu , aku tidak pernah menipu akan rasa ini ...

wahai kamu..
lelaki ini takut sebenarnya, takut berperasaan tanpa bernoktah..
takut juga mencintai gadis yang salah..
takut untuk menjadikan raga ini sandaran buat kamu..
paling takut untuk dikhianati lagi untuk kesekian kalinya lagi..

namun nyatanya kau harus tahu..
aku ingin menjadi "halal" buat kamu.
selalu ada bersama kamu hari-hari...
selalu menghabiskan sisa masa tanpa jemu..
dan kau harus tahu aku ingin selamanya istiqomah menjadi suami mu dan kau sebagai tanggungjawabku...insya-ALLAH AMINNN..



" bonda kembali seorang diri di Kampung setelah saya balik selepas solat isyak nanti , rayyan shinosuke genap usianya sebulan pada 4/5 kelmarin,namun dia akan ke kL mengikuti "mamanya" bersama abang ipar sebentar tadi ,diikuti Mohammad Aidil kembali ke uthm,sunyi rumah ,jaga diri bonda elok-elok ,sayang bonda, suka tengok "orang tua" tersenyum gembira melayan karenah cucu insya-Allah ada masa saya akan pulang lagi...."

"..selamat tinggal Muar ,abang syuk gerak balik Shah Alam sekejap lagi ,bersama Saiful Islam,insya-Allah akan terus menyokong perjuangan islam ,dakwah dan islah selagi tidak bercanggah dari al-quran dan hadis ,semoga Allah semaikan rasa gerun pada pemimpin kita supaya lebih amanah dan telus demi mentadbir negara kita,yang batil tetap batil ,takbir Allahuakhbar!!!

#selamat tinggal Bandar Maharani ,Muar Johor.


Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah.  Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.

Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman.  Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.

Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT.  Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.

Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata.  Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

“Tidaklah seseorang berharap dan bersandar kepada sesuatu makhluk pun, melainkan makhluk itu akan mengecewakan dan memupuskan harapannya. Namun barangsiapa menyerahkan segenap urusannya kepada Allah niscaya ia akan mendapat apa yang ia cita-citakan.”

< syuk al-hafiz>


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥