Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, April 28, 2013

: Doa Juga Cinta ^_^ :

                                                                                     
                                                                     
                                                                                              


 “ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” 

[Al-Baqarah2 :186]



Allah berjanji untuk kabulkan permintaan hamba-Nya yang berdoa namun disertakan dengan syarat di belakangnya hendaklah hamba-Nya yang berdoa itu memenuhi perintah Allah dan beriman kepadaNya. Bukanlah meminta tanpa kita taat kepada Allah s.w.t
Analoginya mudah, mana mungkin kita boleh meminta guru kita naikkan markah kita yang 79 kepada 80 markah untuk mendapat grade A sedangkan kita ini seorang pelajar yang malas ke kelas dan selalu berlaku biadap terhadap guru kita.
Mana mungkin kita ini boleh memohon begitu saja kepada Allah s.w.t tanpa kita taat kepada perintah Allah s.w.t.
alhamdulillah minggu rezeki buat hamba-ALLAH ini dapat temuduga kerja lain tidak putus-putus banyaknya , namun kali ini harus pulang ke MUAR walau hanya sehari untuk mengambil dokumen penting seperti sijil dan bermacam lagi bukti yang disahkan untuk pencerahan pabila ditanya pada seisi temuduga nanti ^_^
Bicara tentang keajaiban doa, pasti masih ada yang meragui. Namun bagi siapa yang pernah berdepan dengan situasi keajaiban doa ini pastinya ia suatu yang mampu memberi kesan yang cukup mendalam kepadanya. Berkongsi pengalaman keajaiban doa ini, ada cerita yang ingin dikongsi.
Ketika itu seorang pelajar sedang menjawab soalan peperiksaan yang agak sukar. Kertas itu adalah antara kertas yang bakal menentukan nasibnya sama ada layak melanjutkan pelajaran ke Jepun atau pun tidak. Tiba di soalan kelima, ditakdirkan pelajar itu buntu. Dirasakan pernah menjawab soalan seumpama itu namun sedikit pun tidak terlintas di benak fikiran cara untuk mula menjawab soalan itu. Masa semakin suntuk, didahulukan untuk jawab soalan-soalan lain dan soalan itu diputuskan untuk dijawab akhir sekali. Tidak putus selawat kepada nabi dilafaz di bibir, hati tidak putus berdoa mohon diberii lham untuk menjawab soalan tersebut. Masa mengejar dan seiring dengan kepantasan waktu berlalu, hati semakin rancak berdoa mohon diberi ilham.
 Tidak ada sekelumit pun rasa mahu berputus asa kerana pelajar itu yakin tidak mustahil dengan kuasa doa,
 Allah mampu berikan ilham untuk menjawab soalan itu.
Dan, apa yang berlaku seterusnya?
Allah telah beri ilham kepada pelajar itu untuk jawab soalan yang cukup menguji minda itu. Dengan rahmat dan keizinan Allah s.w.t, di fikiran pelajar itu terbayang-bayang cara bagaimana mahu mulakan langkah menjawab soalan itu sehingga pelajar itu mampu peroleh jawapan yang dikehendaki. Percayalah, ini bukan kisah dongeng, kerana pelajar itu adalah diri saya sendiri. Percayalah, peristiwa itu sangat-sangat mengesankan saya bahawa dengan doa, segalanya tidak mustahil dicapai.
setiap kali menelefon keluarga di kampung akan selalu mengingatkan mereka ,supaya doakan saya murah rezeki , teringin mahu berjaya seperti yang lain , mahu punya "sesuatu" untuk melengkapkan diri ini menjadi lebih baik , doakan saya murah rezeki wahai bonda , semoga saya selalu dalam redha-NYA , nak berjaya hingga membuat mereka tersenyum melata , alhamdulillah atas kurnian rezeki ini, walau tidak segah mana cukup sahaja mampu membuat tersenyum di sepanjang hari ini ^_^
rahsia hati tidak bisa dihebah lagi , kali ini rasa itu cukup membuat diri ini tenang , hanya ALLAH sahaja tahu , betapa bersyukurnya dipertemukan dengan permaidani angan dan impian , semoga sihat dia disana , salam kasih dan sayang buat diri ini , semoga ALLAH pelihara hati kita dari dosa , dusta dan permainan hati...

"Orang yang baik itu bukan orang yang
tidak pernah berbuat salah tapi orang baik
itu adalah ketika dia berbuat salah, dia
menjadikan kesalahannya sebuah pelajaran
untuk tidak berbuat salah lagi"



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥