Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, April 22, 2013

:Coretan Hati II :


                                                                                   

People come into your life either as a blessing or a lesson,
 there’s benefit in both, 
take the blessing and learn the lesson. Alhamdulillah ♥ ♥

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam , menyusun sepuluh jari menadah tangan penuh syukur sambil berdoa ^_^ ya ALLAH , terima kasih segala nikmat yang kau beri tanpa sedikit pun kau tarik nikmat ini membuatkan aku semakin kuat menempuh liku dan dugaan ini..

tepat jam 11 pagi pada hari ini , aku dikejutkan dengan khabar gembira aku bakal bertukar department dan akan menjadi assistant quality engineer di tempat yang sama, berat hati ingin bertukar department seterusnya menjadi quality engineer , sangat berat tugas ini , sedang aku yang dulu cuma seorang Q.A cabuk , yang sentiasa dibuli, dan hanya senyum sahaja hiasan pekerti ini...


"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." –

 [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]




orang pertama yang aku kongsi akan cerita ini adalah bonda , namun bonda sangat sibuk melayan cucunya dan akak yang masih dalam pantang ( baru lepas bersalin) , terkejut juga aku diberi peluang percubaan selama 3 bulan bermula pada minggu hadapan , sangat kaget dengan apa yang berlaku seolah-olah semuanya bagai mimpi...subhanallah..

baru semalam pulang ke kampung sambil , membantu bonda mengemaskan halaman rumah , mesin rumput , dan melakukan beberapa aktiviti kampung , seronok hingga lupa akan masalah kerja di ibukota penuh menggila ini , aku percaya jalan rezekiku ada ,walau lambat mana sekalipun , sambil sahabat lain sibuk mempelawa aku melihat mereka menyambut hari jubah mereka, sebenarnya sangat sedih diri ini , tidak berpeluang menghabiskan pengajian dalam bidang sains sukan, malah mereka akan mengakhiri ijazah mereka tidak lama sahaja lagi...

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya."
 – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]


yakinlah selagi kamu ingat pada kedua ibu bapa kamu , maka akan dipermudahkan jalan hidupmu , percayalah bahawasanya jalan-jalan kebaikan itu ada ,cuma kita sahaja selalu berpura buta ^_^
jika ada rezeki lebih "kongsi" dahulu pada keluarga , hargai mereka dan insya-ALLAH mereka akan selalu mendoakan kita nanti..

aku sedang mencari dalam banyak-banyak hati , adakah satu hati yang selalu akan setia menemani diri ini , maaf andai lelaki ini tidak sesetia dulu, cuma takut kala ini hati akan dirobek lagi ,  aku masih menjaga hati , aku masih mencari siapa diantara mereka punya rasa yang sama , masa untuk kenal hati budi masing-masing , kejayaan seorang lelaki terletak pada sokongan dan dorongan seorang hawa , dan itu tidak aku nafikan , aku sedang merencana masa hadapan yang indah bersama usaha dan kudrat menggunung untukku berjaya mencapai cita-cita ini.

jauh perjalanan hamba ALLAH  ini , jangan risau soal hati , perasaan dan agama bukan bahan mainan lelaki ini , 
aku serius cuma mereka belum nampak cara pelaksanaan noktah gundah ini , 
aku bukan lelaki sombong, cuma "jual mahal" pada tempatnya.. 
kalau jual murah bukan cinta namanya , 
bukan aku menggalakkan mereka mengenali aku , cuma selalu berdoa pada mereka yang membaca coretan hati ini 
agar mendapat lelaki lebih baik dari hamba ALLAH ini,
 bisa sahaja mengenali aku cuma belum bisa mencuri hati ini ,
 kerna hati ini sedang tersimpan rapi buat dia untukku nikahi , 
aku masih belum punya apa-apa , 
malah pinjaman bank untuk memiliki sesuatu selalu sahaja ditolak mentah ,
 masih kumpul duit untuk tujuan lebih baik ,
 tidak mahu menyimpan rindu lama-lama , insya-ALLAH akan akhiri rasa ini dengan lafaz sakinah sambil memuji asma ALLAH yang esa...

subhanallah manisnya kamu bertudung ^_^ ♥

pernah berbual kosong dengan sahabat ketika belajar dahulu , ketika itu "diana amir" masih belum tersentuh hati untuk berhijrah , sambil berseloroh , saya berkata kepada sahabat baik saya ^_^

kan seronok tengok "diana amir " bertudung dan sopan , sambil itu azan kedengaran masuk waktu asar ^_^ dan selepas habis azan , saya berdoa , doa habis azan sambil terdetik berdoa semoga "diana amir" mampu berubah alhamdulillah ^_^

nak kata saya "punca" dia menutup aurat tidak juga , cuma ingin berkongsi cerita pada kalian semua , mungkin lebih ramai lagi mendoakan dia berubah dan alhamdulillah , semoga terus istiqomah wahai saudari ^_^ 
namun saya ingin kongsikan disini , antara waktu yang mustajab berdoa adalah antara azan dan iqomah ^_^

“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqomah.”

(Hadis Riwayat Tirmizi).

#coretan hati Syuk al-hafiz ♥

"...I don't have to worry because I have faith in what Allah has planned for me.


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥