Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, April 8, 2013

: Lukisan Hati lelaki ini ^_^:


                                                                                           


♥ Meskipun titisan air mata itu tidak berat,
namun di saat ia jatuh mampu menghilangkan
satu perasaan yang amat berat dalam hati... ♥

tanggal 4/04/2013 lahirnya ,ashrayyan shinosuke di atas dunia ini ^_^ alhamdulillah kehadiran bayi tersebut telah mencantumkan ukhwah aku dan akak ngah , sekian lama kami berbalah malah selalu sahaja tidak sependapat gara-gara peritiwa lampau yang selalu sahaja menghantui dirinya jua keluarga, malu sekampung bila keputusan yang aku lakukan demi masa depanku, menjadi bualan tetangga , padahal bukan kes besar pun di universiti,
 cuma terlalu ektrimis pada politik, namun demikian bukan sebab itu aku menangguhkan pengajianku tetapi ada sebab lebih utama dan penting dalam hidupku ^_^ sedang orang lain berlumba-lumba menuntut ilmu dunia di universiti dan aku pula sibuk berhenti belajar hanya untuk menampung pengajiannya ^_^ dan dia masih tidak tahu yang aku berhenti belajar bukan sebab masalah disiplin tapi kerna tanggungjawab sebagai "anak lelaki"...

menyingkap seribu persoalan masa depanku, adakah hamba ALLAH yang tiada kelulusan ini bisa mencipta kerjaya di luar sana? bingkasku , rezeki bukan di atas diploma mahupun ijazah yang kamu ada , kerna ALLAH akan selalu membantu kita selagi niat dan jalan yang kita pilih hanya mencari redha-NYA bukan ,mendapat nama dan megah semata-mata ^_^

sebenarnya aku masih berfikir untuk meneruskan pengajianku sambil bekerja ^_^ aku akan lakukannya walau bukan hari ini tidak mustahil di hari mendatang, insya-ALLAH..

saya anak yatim ^_^ kematian ayah sejak zaman sekolah lagi , terlalu rapat dengan bonda ,hingga apa sahaja perkara akan dikongsi bersama , kata orang saya anak emak padahal bila difikir semula,tanggungjawab saya memang pada bonda hingga akhir hayat saya ,tidak akan biarkan dia sendiri sepi tanpa sesiapa , sebab itu walau saya suka akan seseorang itu andai tanpa restu bonda maka saya akan tinggalkan gadis itu hanya kerna mencari redha yang esa♥ ♥

apa sahaja yang ibubapa kita suruh selagi tidak menyalahi hukum hakam kita wajib mengikutinya jangan kerna cinta kita terhanyut dengan dosa♥ ♥

usia bonda kala ini mencecah 65 tahun , sangat merubah dirinya , banyak perkara dia selalu lupa , dan bonda mula sakit-sakit , terkadang ingin sekali duduk serumah dengan bonda ,tidak mahu kemana-mana cuma untuk menjaganya ,menjaga dengan istiqomah tidak mahu melihat dirinya begini selalu sahaja tidak sihat , selalu juga lupa amat sedih bila bonda mula batuk tidak henti subhanallah nak sangat menjaganya selalu....
 namun demikian , anak muda ini masih mencuba mencipta masa depannya dengan merantau sejauh yang mungkin demi menimba seribu pengalaman yang tiada tara , diluar sana.....memperkasa iman dan pengalaman untuk menjadi lelaki lebih baik dari sebelumnya.....

hari ini melihat kiri kanan peritiwa soal jodoh , membuat aku ingin terus menulis tanpa noktah ^_^ wahai jodoh kau ada dekat denganku namun belum bisa lagi kau memperlihatkan arah yang tegar buatku terus melangkah ^_^ sedang aku pula masih mencari kiblat hati untuk setia...
setelah sekian lama cinta yang ada kaku menjadi tugu, dan aku juga masih terdiam disitu tanpa sebarang jawapan...

soal cinta yang selalu menjengah hati ini ^_^ jujur aku masih menagih cinta manusia sambil , meminta ALLAH memimpin perasaan ini ^_^ nekadku ingin menikahi gadis yang tahu niatku , dan aku masih menunggu dirinya dengan sabar , selalu juga "rasa" yang ALLAH beri membuat diri ini cemburu , namun aku masih berhati-hati , kerna yang pasti dia bukan hak mutlakku , cukup sahaja memerhati dari jauh , bukan cinta jika tiada sakit hati , bukan jua cinta jika terus merindui , bukan maksudnya cinta ,
jika tiada niat untuk menikahi ^_^

"SINGLE bukan bererti tidak ada yang menginginkanmu,
Tetapi ia sebagai tanda ALLAH sedang sibuk menulis 
CERITA CINTA yang terindah untuk DIRIMU.."

SubhanAllah.........

    setibanya semalam di shah alam............................

"melayan karenah dan fitnah manusia yang tidak tertanggung rasanya , sangat sedih bila kawan serumah buat saya begini setibanya saya di rumah , apa dosa dan salah saya , digembur segala isi almari saya , dan membiarkan begitu sahaja , sangat sabar , sedang membawa diri di suatu sudut sepi , mereka sudah tunjukkan sifat sebenar mereka , paling sedih kain pelikat arwah abah yang selalu saya pakai untuk solat ,
 dijadikan alas kaki~~

sangat bersabar , amarah dididik supaya tidak membuak dan menyala , menahan rasa~~~ berpura tiada apa-apa... nak sangat pindah rumah... perlu masa lagi ...nak tinggalkan sisa muhasabah biar membekas dalam hati mereka...."


bayangkan, hari-hari berdepan dengan musuh dalam selimut didalam bilik , selalu berhadapan mata , aku masih menahan aksara perasaan ini... 
dijual tegar namaku , katanya berseloroh kepada khalayak ramai , aku lelaki sombong...tidak bergaul dengan mana-mana gadis , aku lelaki bacul tidak bijak keluar , merokok mabuk dan sebagainya..lebih perit dia mengatakan segala ibadat yang diterjemahku hanya alasan untuk mencari perhatian padahal itu memang tanggungjawab kita sebagai seorang hamba ALLAH...


wahai sahabatku tidakkah kau tahu , insan yang kau selalu cemuh ini tidak pernah melupakan kamu dalam doanya , mungkin kata-kata nasihat racun paling berbisa buatmu , percayalah aku tidak pernah menghebahkan aibmu , aku cuma ingin perubahan iman berlaku ke atasmu , aku juga bukan manusia paling baik di atas dunia cumanya , aku tidak mahu kau selamanya berdosa...

#andai aku meninggalkan rumah ini , siapa lagi akan mengingatkan kamu tentang agama? aku sayang kamu walau hati berparut seribu~~~

kata orang rupa tak penting ^_^ tapi sebenarnya mereka diluar sana berkira-kira juga memilih seseorang yang tiada rupa ^_^

ada pula, walau tiada rupa harta ada mereka akan suka ^_^ dan sangat jarang mereka memandang iman kerna mereka belum bijak mencintai syurga ♥ ♥

#andai saya ada rupa , percayalah dakwah dan nasihat saya lebih membekas dari hati-hati mereka diluar sana ^_^ 

tapi niat kena jaga biarlah ALLAH sahaja yang ukur harga usaha kecil ini 

♥ mengingatkan mereka yang selalu alpa..

"....senyum andai hati selalu sakit , cuba kawal perasaan jangan biarkan amarah syaitan menyelit didasar hati ^_^ cuba cekap dan positifkan diri , ingat segala apa yang berlaku ada hikmah yang maha hebat , memang kita tidak tahu apa hikmahnya tapi insya-ALLAH ada , yakinlah ALLAH ada , saya pernah mengalami fitnah baru-baru ini yang hampir meragut jawatan saya, tapi saya senyum dan masih bertahan , saya menangis walau tiada siapa tahu , hanya bertemankan sejadah air mata, dan kelam malam bersama lirikan lagu manja, memuji asma illahi sambil berlinang airmata..."

#saya nak murah rezeki ^_^ nak menamatkan zaman bujang dengan halal dan diredhai , nak redha bonda setia menemani nak mati dalam keadaan senyum tanpa siapapun menangis.. ♥











Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥