Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, March 30, 2013

: Kenangan Semalam : ^_^


                                                                     
       

saya tak tahu niat saya pada dirinya ^_^ membekas dalam hatinya atau tidak? niat saya ingin mengenali awak , seterusnya ingin menikahi awak kerana ALLAH taala ♥ 

saya selalu tunggu awak ^_^ tidak akan penat , jika ALLAH ambil nyawa saya itu bukan tanda saya penat tapi itu tandanya ALLAH mahu berikan kamu untuk seorang lelaki yang jauh lebih layak dari saya , dan penantian saya ini biarlah menjadi kenangan buatmu di atas dunia , tidak perlu ditangisi hadirnya saya , sebab hati ini selalu istiqomah menjadi raga awak ♥

Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas ^_^ ♥

andai saya beristikharah nampak awak ^_^ kali ini saya tidak akan beritahu sebab saya takut itu cuma mainan hati sahaja tapi jika saya lakukan dengan istiqomah masih nampak awak , saya berdoa berharap awak tahu , walau tidak bisa dihurai dengan semanis kata-kata , 
diharap ALLAH pertemukan kita dengan jalan dan cara-NYA ♥ ♥

                                                                          
  Dunia yang seperti pelangi, sementara mengindahkan, dan akan pergi.

Aku mendoakan kalian dengan kebaikan dan keelokan dalam segala tingkah dan kata. Dan aku di sini, hari ini, sangat rasa rendah dan hina. Aku hari ini, melihat hujan seperti meluruhkan tombak-tombak berbisa menerjah ke batang tubuh. Aku hari ini, melihat mentari seperti memancarkan jarum-jarum halus melalui sinarnya. Aku hari ini, seperti melihat bulan gerhana dalam tangis dan tawa.

Dan cinta masih begitu, tenang mendamba.

Aku di sini, masih begini, sentiasa ingin memberi kebaikan dan manfaat kepada orang lain, sentiasa ingin mencari rezeki, wang dan harta, yang dalam ruang pencarian itu, sering terleka dan tersadung. Dan barangkali, sukar untuk memberikan kefahaman kepada semua orang tentang itu, tentang rasa, tentang kasih sayang, tentang amanah dan tanggungjawab, tentang ilmu dan tentang pandangan yang Esa.

Dan cinta terus begitu, tenang memuji.

Dan orang juga tidak tahu, betapa kadang-kadang aku terasa diri sedang berpura-pura di hadapan Tuhan, menjadi manusia hipokrit yang pura-pura tidak sedar tentang kebenaran. Dan Tuhan telah berkali-kali memberikan hidayah, tapi alpa dan leka sering mengunci riak dan tingkah. Betapa diri lemah dan hina di sisi-Nya sebagai hamba. Betapa diri ini sering melaungkan kemaafan kepada orang lain dan mendamba maghfirah-Nya sentiasa.

Dan cinta kini dirongrong rindu, akrab.

Betapa pedihnya hati apabila hakku dirampas, dan cuma sedikit terasa kepedihan itu apabila melihat hak orang lain dijarah. Dan sehingga kini aku masih belum mampu menjawab - apakah ini makna kasih yang dituntut Tuhan? Betapa selama ini aku telah lama menyedari, segala apa yang di sekelilingku hanya pinjaman dan tiada suatu pun yang menjadi hak mutlak diriku. Tangan, kaki, mata, telinga dan seluruh anggota adalah pinjaman Tuhan kepadaku. Dan soalan ini sering tidak dapat kujawab - apakah aku mampu membayar kembali pinjaman ini kepada-Nya?

Dan cinta kekal begitu, tenang menanti.

Apalah dayaku, ini adalah soal hati. Yang susah untuk dimengerti dan membuat orang lain mengerti. Ini soal hati, yang bukan mudah berbusa menjadi istimewa, ceria dan menduga. Tuhan, hari ini aku ingin mencapai cintaku, cinta-Mu melalui pinjaman ini. Dan andai aku ditakdirkan mati, aku ingin mati dalam senyum rindu, dalam dakapan cinta-Mu.

Teman, bukankah ceritaku ini, adalah ceritamu jua?

Dan cinta terus subur sendiri, 
kerana cinta itu bagiku adalah mati. 

SELAGI belum bernikah , semut selalu melekat dalam hati saya , mungkin sebab ada bunga serta madunya maka bersarang jugalah serangga lain dalam taman hati ini , kerana mereka tahu saya perlu seorang bidadari yang bisa menjaga saya sepenuh hati ♥ ♥

#jangan marah kalau saya jiwang , saya masih bujang , dan mungkin "jiwa seni" selalu mengalir bersama urat nadi, ALLAHUAKHBAR!!


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥