Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, March 22, 2013

: Bahasa Hati Paling Dalam ^_^ :





kenangan wang kertas berbentuk hati pemberian seseorang kepada saya ^_^ hari ini suasana tenang , dengar kicauan burung di kampung halaman , menerima beberapa keping surat dan terselit  3 surat saman dan satu waran tangkap buat diri ini.. subhanallah disetiap tarikh saman, adalah tarikh saya di Kuala Lumpur masih dalam kuliah pada tahun lepas.. satu lagi dugaan yang ALLAH bagi , terus surat itu disimpan tanpa diberitahu sesiapa.... dan biarlah mencari sudut ketenangan biar segalanya reda walau hanya sementara...

berkain pelikat subuh tadi sambil angin memeluk erat tubuh ini , rasa sejuk itu membuat tubuh ini kaku , lalu mulalh bersin tidak henti dan akhirnya selsema menjadi penyeri pagi...

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?”
 Lalu jawab sahabat: 
“Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.
” Lantas Baginda s.a.w bersabda: 
“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat.
 Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang.
 Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. 
Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya 
(orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), 
maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya,
 lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.
” (Hadith Riwayat Muslim)


"... sungguh sukar melalui hari-hari dengan melihat musuh dalam selimut didepan mata ^_^ siapa tahu orang yang selalu berkongsi rasa rupanya orang yang paling membenci kita ^_^ hadirnya dia cukup sudah memberi bekas kepada banyak hati, dan makin ramai membenci diri ini walau tanpa soalan dan persoalan berdepan dengan tuan empunya diri , tidak adil bukan menghukum saya tanpa bertanya saya ..."

Semalam kami baru menyambut kelahiran salah seorang sahabat dalam rumah kami , tanpa si "penikam belakang" kerna dia pulang ke kampung , sangat seronok melihat tunangnya masak bersungguh-sungguh buat menyentuh hati sahabat saya , walau sahabat saya ini sangat polos orangnya suasana menjadi mati seketika melihat sahabat saya memberi kata putus bahawasanya dia ingin menikahi tunangnya pada 1 may nanti.. subhanallah sangat sweet bukan... ^_^

" Seorang Wanita Sanggup Menyembunyikan Rasa Cinta Bertahun-Tahun Lamanya TAPI Seorang Wanita Tidak Mampu Menyembunyikan Rasa Cemburunya Walaupun Sesaat "

" terkadang ingin juga "merasa" apa orang lain rasa , tapi haruslah bercermin dahulu mungkin ALLAH akan bagi sesuatu yang lain , mungkin lebih "sweet" mungkin lebih indah , dan mungkin bersifat halal pada waktu dan keadaannya..siapa tahu sedang kita melihat kebahagian orang lain depan mata ALLAH akan berikan lebih baik dimasa mendatang.."

"..subhanallah cantik sungguh si gadis itu , aku percaya banyak mata juga melihatnya kala ini , hari ini aku mula terngadah dengan masa depanku ^_^ setelah melihat bersusun racun yang merantai langkahan kiasku,  setelah pujangga mewakilkan segala rasa merungkai suasana walau tiada seorang yang cuba menjengah hati ini , ALLAH masih setia perhati dan melihat aku seorang diri.."

"..aku selalu takut melihat pesona , menjaga mata sehabis baik lebih dari menjaga diri , pernah sehingga terhantuk di "signboard" dewan kuliah sebab takut memandang si gadis , dosa yang ada kala ini sudah banyak mesti akan banyak lagi dengan terus menerus melihat pesona si gadis , walau dalam hati teringin sangat "mencinta" namun aku harus kebalkan segala rasa hati..."

seorang hamba ALLAH bertanya di "pages" syuk al-hafiz ^_^

adakah saudara sudah berpunya ^_^ ingin sekali menjawab "tidak" , kerna masih menunggu pencuri hati itu menjadi halal buat diri ini , sungguh takut juga mengatakan "ya" dengan mudah , takut diri sendiri yang suka menggila padahal "dia" tidak pula rasa kehadiran diri ini , 
entahkah wujud entahkan tidak ^_^

hari ini sahaja ramai lelaki melihatnya , pesonanya juga terliar kemana sahaja , sedang saya sangat menjaga hati , tidak mahu berubah untuk yang lain , melihat dirinya "disentuh" kata oleh retorik cinta lelaki lain , adakah dia bisa "setia" menahan semua? hati gadis begitu lembut sebab itu hanya dengan kiasan pemanis bisa membuat dirinya jatuh lembut bagai disapa angin ^_^

"..saya tidak mahu jadi "bf" kamu wahai saudari , jika ALLAH beri rezeki lebih sekarang juga saya ingin menikahi saudari , sekali mata ini melihat saudari ,mata ini punya kuasa akan terlihat "semuanya" yang ada pada diri saudari , kuasa mata lelaki yang ALLAH beri sangat memberi kesan pada hati-hati kami sebab itu saya akan cuba tunduk dan tidak akan benarkan mata terkelip untuk kedua kali.. ^_^..."

" jika anda ingin setia belajarlah bina "jarak" jangan dekati yang lain , cubalah bina tembok untuk terbias melihat pesona pasangan lain , dan cubalah istikharah dan berdoa pada ALLAH andai benar jodoh itu milik kamu , kan pasti akan ada getar yang sama rima , sama nada dan sama tempohnya bergerak selari dari dalam hati..."

"...perkara pokok yang akan menamatkan gundah hati ini mungkin dengan pernikahan , namun saya sedang merangka masa hadapan saya mungkin tidak mahu susah dikemudian hari ^_^ sama-sama perbaiki kekurangan diri , nak restu bonda setia menemani , pertama nak jaga bonda kedua nak gadis itu terima bonda juga , dan nak gadis itu tahu saya akan mengutamakan bonda , sebelum dia ^_^ insya-ALLAH , kasihkan ibu cintakan isteri jalan dan halanya, maafkan segala penulisan dan bahasa hati ini , jika ada menyentuh mana-mana hati , saya cuma menjadi diri saya apa adanya ^_^.."

Rasulullah s.a.w bersabda : 


Pilihlah (pasangan) yang baik untuk tempat memproses nutfah (benih) kamu, kerana akhlak ibu dan bapa akan menurun (terwaris) kepada anaknya. 
(Riwayat al-Tarmizi)

#jangan kerana rupa kamu leka ^_^ jangan kerana harta kamu alpa , carilah seseorang yang selalu membuat dirimu tersenyum dan menyenangkan pabila bersama , penyejuk dimata penawar dihati ^_^

< syuk al-hafiz>





Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥