Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, March 19, 2013

: Kuasa Fitnah Yang Maha Sakit ^_^:





                                                                            

 "Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

  Terima Kasih malukan saya depan khalayak ramai ,demi Allah saya sangat malu kamu buka aib saya ,insya-Allah kamu akan diadili Allah seadilnya... Allahuakhbar!!!     

Allah tahu cerita disebalik penulisan saya walau berkaca ,walau sedih dan hiba ^_^ biar saya rasa ,biar saya laluinya seorang diri , malu dengan apa yang kamu post di fb ^_^ ramai sangat likes , walau itu bukan saya ,kamu tulis nama saya terpampang besar ,ingat Allah ada Allah lihat , saya berpura tidak tahu tapi saya yakin Allah bersama saya , saya sangat malu...
subhanallah sedihnya... Allahuakhbar...

sudah penat berbuat baik pada orang lain ^_^ berpura senyum dan ok ^_^ mungkin dosa saya masih banyak dan menggunung tinggi , saya tidak akan tegur ,tidak akan nasihat apa sahaja perkara yang tidak kena ,saya perlu masa untuk berubah saya memang pemalu dan sangat malu bila diperlakukan begitu , subhanallah sangat terkilan ada gunting dalam lipatan , jumpa kita di masyar kelak !! Allahuakhbar!!

Esok malu sangat nak kerja , dia rakan rumah saya ,duduk satu bilik ,dia malukan saya depan semua rakan sejawat saya ,patutlah boss tidak suka bila saya minta izin ambil masa untuk solat , segala penulisan di fb segala ibadat saya ,rahsia saya dengan Allah saya bukan berpura alim , saya cuma laksanakan tanggungjawab ajak orang lain lakukan ibadat ^_^ sangat sedih tapi tidak mengapa sabar ,subhanallah terima kasih buka aib saya ,demi Allah saya malu ...sangat...



"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan  

(al-Isra:36)

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: 

"Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. 
Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar.

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu  berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.


Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 

"Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba." Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah. Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu, jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui.

 "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya
." (an-Nur: 11-20)



Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Bagi penyebar fitnah sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

♥ segalanya berubah sekelip mata ^_^ kuasa fitnah itu sangat hebat , mereka sudah kurang percaya pada saya ,tiada lagi presentation Total Quality Management ^_^ hari sepi untuk saya hari ini tiada siapa peduli , rasa nak sangat balik Johor ,jiwa sangat tidak tenang ^_^ ya Allah ajari aku rasa yang dulu walau tiada siapa menjengah ruang hati ,cukup sahaja ketenangan menjadi perisai diri...♥

seharian tidak bisa tidur ^_^ azan berkumandang apa akan jadi pada saya hari ini , setelah dibuka segala aib dan pekong saya, malu sangat subhanallah,kerna status fb kerna pemahaman agama ,kerna gambar semua jadi bahan fitnah , rasa sakit yang maha dalam , mungkin akan tinggalkan bumi selangor dan cari sudut rezeki di negeri asal saya , terima kasih kerana merantai masa depan saya ^_^ kamu sangat hebat kerna dendam dan amarahmu ♥ ♥

#pagi yang cukup meracun kotak hati , semoga Allah mampu memberi keajaiban buat diri ini...







Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

pathini said...

Sabarlah..dugaan tuh tanda Allah syg kita..

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥