Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, March 15, 2013

: Teman Penganti ^_^ tunggu saya yew :









Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. 
(HR. Al-Hakim)



"... sudah mula simpan duit untuk tujuan lebih baik ^_^ insya-Allah , walau calon hati masih samar-samar masih "harus" perbaiki hidup menjadi lebih baik,tidak mahu susah dikemudian hari ^_^ 
niat baik pasti ada jalan Allah bagi.."



#berkawan ,kenal gadis biar ada hala dan tujunya jangan sia-siakan masa untuk tujuan suka-suka ^_^ 

Allah maha besar dia nampak apa kita lakukan..

hari-hari bercerita dan berdoa untuknya tiap kali solat ^_^ walau namanya menjadi rutin dibibir mungkin dia tidak tahu , selalu melihat dirinya dilaman muka buku , dia juga "likes" pages personal saya , namun belum bisa membuktikan yang rasa istiqomah untuk mencuba sentuh hatinya masih tidak kesampaian kerna dia selalu menjadi bahan seribu pandang oleh jejaka yang "haus" akan kasih sayang...

sebenarnya risau , risau kerna pesona yang ada pada gadis itu diratap oleh jutaan lelaki ^_^ mungkin serpihan cemburu mula menikam-nikam hati namun apakan daya ^_^ kamu belum tentu menjadi milik saya, belum tentu juga halal disentuh saya nanti ^_^  mungkin masih harus menunggu tautan hati yang sama-sama "kita rasa"...

terlalu bersahaja dan sinis , walau saya "suka" si gadis diusia ini , tidak akan saya ucap sayang hari-hari , sebab mungkin ada lagi usaha yang lebih besar dan kuat yang akan "menghalalkan" kita untuk bersama secara sah. rugilah bercinta , buang masa , menunggu dengan lama , akhirnya terputus kerna punya pilihan lain , dan kala itu baru mahu salahkan takdir? apakan islam menekankan konsep  , "usaha , doa dan tawakkal" ..insya-ALLAH usaha sehabis baik dahulu barulah berdoa semoga dijodohkan, kemudian barulah tawakkal..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH...

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Pada suatu ketika Salman al Farisi jatuh cinta terhadap seorang gadis Ansar. Beliau mengajak sahabatnya Abu Darda’ pergi ke rumah gadis itu untuk bertemu dengan ayah dan ibunya.

“Ini adalah saudara saya Salman yang berasal dari Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam. Salman memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah, sehingga baginda menyebut sebagai ahli keluarganya. Saya mewakili saudara saya ini bagi melamar anak gadis tuan untuk menjadi isterinya,” kata Abu Barda’.

Setelah berbincang dengan ahli keluarganya maka tuan rumah pun berkata. “Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang dengan mengharap keredaan Allah. Kami menolak lamaran Salman tetapi kami bersetuju jika tuan iaitu Abu Darda’ yang melamarnya.”

Tanpa rasa marah atau kecewa maka Salman al Farisi pun berkata. “Semua wang yang aku kumpulkan untuk perkahwinanku akan aku hadiahkan kepadamu Abu Darda’ dan aku akan menjadi saksi pernikahanmu.”

Mulianya hati Salman al Farisi. Beliau mengajar kita arti sebuah cinta dan persahabatan. Beliau juga mengajar bahawa cinta itu bukan untuk dimiliki… ^_^

rindu nak  jalan kaki ke musolah , berkain pelikat pergi disetiap kedengaran azan , sekarang saya tak seperti dulu ^_^ sejak bekerja dengan Toyota SEGALANYA berubah sekelip mata , hanya akan habiskan sisa masa bekerja lupa akan diri sendiri lupa akan persekitaran hidup hanya berpaksikan kerja namun tidak pernah lupa solat, cuma tidak sama seperti dulu...

tersenyum panjang bonda , akak ngah bakal melahirkan cucu pertama keluarga kami, hanya menghitung hari bermula hari ini , selalu juga bonda menyakat saya katanya "nak tunggu abang ude" lambat ^_^ saya senyum sahaja bukan mudah nak jadi suami berkeluarga , malah nak membimbing hawa namun saya selalu bersedia untuk menjadi lebih baik dari semalam. kalau anda punya semuanya sempurna dari segi iman dan kewangan lekaslah bernikah , jangan habiskan masa dengan memandang pesona dunia(gadis) terlalu lama makin kurang iman didada nanti.

jujur saya belum mampu untuk bernikah dalam usia ini , tapi tidak mustahil rezeki ALLAH bagi sesudah bernikah nanti..namun saya masih tidak mahu gadis yang disunting saya hidup susah dengan saya , sebab itu saya kerja lebih masa, kerja kuat lagi saya tahu itu sahaja dapat membuat saya lupa akan masalah hati , dan dengan usaha yang menggunug tinggi ini sahaja dapat merubah masa depan saya nanti ^_^ sebab itu jika benar kamu ingin saya menjadi seseorang dalam hidup kamu , tunggu saya , tunggu saya buktikan yang saya boleh berjaya macam mereka yang lain ^_^ saya harap dia tahu , saya ingin buka matanya , yang saya istiqomah pada kata dan istikharah saya..

suatu masa lelaki ini akan membuat dirimu bahagia seraya berkata

 " sayang abang nak jadi lelaki yang selalu... menjadi "google " buat kamu bertanya apa-apa, dan selepas itu kamu tidak perlu tweet hari-hari tidak juga harus untuk berfacebook kerna hidup kamu dan abang sedang dalam percaturan tuhan dan ceritanya lebih indah dari segala novela cinta di dunia fana ini.."

ingin sekali meraih cinta kita dengan halal dan restu kedua ibu bapa, tunggu saya yew , 
saya sedang berusaha menyemai senyum panjang buat awak disana..^_^


Tatkala ‘Dia’ berjauhan dari kita, Lepaskanlah dia dalam jagaan Allah. Yakinlah sepenuh hati dengan perlindunganNya, Tanpa sebarang syak wasangka. InsyaAllah, Segalanya akan baik.

P/s : Semoga Allah sentiasa menjaga Dirimu disana ♥






Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥