Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, March 2, 2013

: waiting for the perfect match ^_^ :

  

                                                   

                                                                                
 "... Memang ramai perempuan cantik diluar sana tapi semua hanya cantik di pandangan mata , memang awak juga cantik dipandangan mata tapi awak tetap "limited edition" dalam hati saya , tapi bukan rupa awak yang menyentuh hati saya , tapi pengertian awak tentang kehidupan saya dan tanggungjawab saya yang saya ambil kira , kata bonda " jangan pilih kerana suka sahaja" tapi pilih kerana dia tahu keadaan kita dan terima seadanya..."

Memang orang Johor jiwang macam saya , tapi tak semua punya jiwa yang selalu mendamba redha tuhan yang esa ♥ ♥

#ayat ini saya akan bagi sekiranya saya jumpa seseorang yang saya akan nikahi , dan ketika itu saya tidak akan penat menulis tentang dia :-)

KATA orang , orang lelaki akan memilih tatkala mencari pasangan hidup , sebenarnya bukan sahaja orang lelaki malah orang perempuan lebih lagi , rona-rona usia sekitar 20an banyak mengajar dan mendidik saya mengenal dunia fana ciptaan ALLAH , memang merendah diri adalah bayang-bayang pada setiap langkahan saya ^_^ saya memang tidak punya apa-apa yang bisa dibanggakan ^_^ adapun seorang lelaki yang bisa menyentuh hati gadis , masih belum berjumpa pemilik tulang rusuknya , masih mencari dimana khilaf dan dosanya , masih bertatih merangka masa depannya. bayangkan jika anda punya degree , punya diploma punya semuanya , adakah anda sendiri akan memilih seseorang lelaki tanpa apa-apa pendidikan?

mungkin ada orang akan memilih , mungkin ada yang lupa dek kerana cinta , namun hati lelaki ALLAH sudah semai sekelumit rasa , walau nampak ego , mereka malu ingin mengintai langit sambil melihat awak yang bersirna megah di ruang angkasa , dan dirinya masih memijak bumi. lelaki lebih rendah diri , dia tahu dia bakal menjadi imam , dia bakal memimpin keluarga sebab itu bila kamu punya semuanya, orang lelaki hanya akan "senyap" dan dia tahu dia tidak bisa menghuraikan rasa.

"... ingat tadi seorang staff di tempat kerja saya seorang makcik dia berkata , " orang laki kalau tak ada sebiji kereta zaman sekarang memang orang perempuan tak nak ^_^ lagi-lagi lelaki itu kerja swasta pangkat rendah , siapa pun tak nak..." , bualan mereka kedengaran kuat sambil tiba-tiba mematikan suasana , kedengaran seorang guard tua lalu dan menyampuk bualan makcik itu , " orang perempuan zaman sekarang nak sempurna sebab tak nampak dunia ini sementara , kalau percaya lelaki ada iman , insya-Allah tak pandang harta bersusun banyaknya..."

seorang guard pun boleh berfikir harga iman^_^ tapi orang lain masih berfikir betapa besar harga kemewahan dunia ♥ ♥

sejauh mana nilai diri kita?

ibubapa kamu juga begitu , inginkan seseorang lelaki lebih kukuh kewangannya untuk berdamping dengan anaknya ^_^ paling utama kerja? kerja kerajaan sangat diutamakan kata mereka ada pencen ^_^
 mereka tidak juga nampak harga iman kala ini , kerna iman pada pandangan umat akhir zaman bagai angin yang menyapa lalang ^_^ ALLAH maha tahu semuanya, saya juga pernah mengalaminya sebab itu saya menolak cinta , mungkin kala ini dia berkata akan terima seadanya , apa akan jadi bila satu masa , si suami yang berjawatan rendah ini menasihatinya? pada mulanya mungkin dia akan dengar selepas itu bagaimana pula? pabila selalu mendengar bisikan persekitaran , dan mungkin nampak kelibat si suami menjadi "kuli" diluar? emosi perempuan tidak selalu stabil ^_^
hati lelaki yang merendah diri mudah tersentuh dan sampai masanya dia tidak akan berkata apa , dan akan pergi begitu sahaja...

tugas saya disini bukan ingin menegakkan benang yang basah cuma ingin kamu berfikir dalam-dalam , sebelum "suka" dan terjatuh "hati" pada lelaki biasa seperti kami , kami tidak meminta apa-apa , cuma ingin kamu fahami segala isi hati kami ^_^ ALLAH lebih tahu selain saya juga selalu muhasabah diri saya.
carilah lelaki yang sekufu denganmu , saya memang lelaki yang merendah diri ^_^ tidak akan mengangankan kejora di kaki langit hanya suka melihat sepi dalam kiasan cermin di lantai tasik ^_^ memang tak bisa bersamamu kecuali ALLAH , telah tuliskan semua untuk kita....

insya-ALLAH saya makin sedar diri dan akan selalu merendah diri , tidak mengapa biar semuanya dalam rahsia ALLAH mungkin lebih seronok ^_^ kalau selalu begini , ingat apa sahaja diluahkan dipost di blog mahupun di laman muka buku , ALLAH nampak , MALAIKAT CATAT apa sahaja luahan hati kita ^_^ oleh yang demikian tulislah perkara baik, jangan harap kaya didunia jangan pula sampai papa di akhirat sana...

"... saya tak mampu punya kereta untuk bawa kamu jalan-jalan kala ini , namun saya sering berdoa agar mampu membawa kamu jauh berjalan menikmati keindahan syurga dalam setiap kesungguhan ibadat kita , saya tahu saya tiada rupa mampu membuat kamu tertawan hati , namun saya ada kesantunan budi yang sedang saya jaga ikhlas untuk menikahi awak nanti , untuk dunia sementara saya memang tiada apa-apa , tapi untuk akhirat sana saya harap kita bisa bahagia atas nikmat iman yang kita ada..."


"... orang lelaki akan mudah terasa apabila seseorang perempuan itu lebih tinggi pangkat dan pendidikannya , malah sangat takut untuk mendekati golongan seperti itu , 
ini adalah fakta ^_^ orang lelaki lebih sedar diri dari perempuan..."

"... saya tak mahu hidup susah nanti , jadi dengan.niat kerana Allah saya kerja dan ingin perelokkan masa hadapan saya , saya selalu berdoa saya tak mahu kaya , tapi ingin mampu memiliki segalanya , punya rumah sendiri , punya isteri setia menanti punya zuriat soleh-solehah , dan ingin menjaga bonda hingga ke akhir hayatnya , semoga niat saya selalu dalam ketetapan sampai bila pun , itu sahaja permintaan saya untuk dunia yang sementara ini..."





Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥