Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, February 17, 2013

:kisah sebuah MAHAR :

                                                                                

                                                                                    
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : " Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya. 
- Hadis riwayat Al-Baihaki.

p/s : Ayuh yakinkan ibu dan ayah kita ^^       

kata orang belum masanya untuk kita bernikah mereka kat muda lagi padahal jodoh itu ALLAH tidak tetapkan tarikh khusus , ada juga antara kita menemui ajalnya  sebelum bernikah , tatkala menghitung usia tahun demi tahun aku merenung apa adaku kala ini , bisakah aku punya target dan hala tuju untuk bernikah pada 2,3 tahun lagi? jawabku , tidak mustahil cumanya adakah seseorang yang sudi menjengah perasaanku kala ini? ,Pada tahun ini genap usiaku 2_ tahun ,  ramai juga mereka sebaya denganku bernikah , satu tahap dan masa untuk berumah tangga ^_^

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut 
dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.  
Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh 
suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. 
Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami  hidup bersama isteri 
serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga 
merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri. 

Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau 
syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa 
menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan 
membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada 2
zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan 
maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama 
dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya 
perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.  

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam 
menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan 
semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam 
menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu 
tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar 
mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya  :
 
" اﻋﻈﻢ اﻟﻨﺴﺎء ﺑﺮآﺔ أﻳﺴﺮهﻦ ﻣﺆﻧﺔ "
 Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang  
perbelanjaan ( mahar ). 
     ( Riwayat Ahmad dan al-Hakim ) 


Perkahwinan Nabi Adam a.s dan Hawa


Allah SWT.  Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya zahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.




Malaikat dan para bidadari hadir ^_^

    Setelah akad nikah selesai hadir para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

    Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

    Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.




Mahar perkahwinan Adam

    Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.   
    Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.

(Al-A’raaf: 19).
    Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
    Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT  dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

(Al-Baqarah: 38)




  


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥