Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, February 8, 2013

: Aku Tidak Layak Buat Sesiapa ^_^:

                                                                                          

                                                                              
boleh bawa saya jalan keluar dari rasa gundah ini? saya tidak mahu sesuka hati menyentuh hati awak kerana saya ingin bertanggungjawab menikahi awak , sudikah awak ? ^_^

selalu bila buka sahaja lawan muka buku akan kelihatan pelbagai ragam manusia tiap kali membaca terkadang tersenyum melihat karenah mereka ^__^
pada saya tidak salah berkongsi rasa , pengalaman yang ada moga-moga menjadi iktibar dan moga-moga juga rasa itu tidak berkelana di pelupuk hati , walau sama jalan ceritanya diharap kesudahannya lebih baik dari saya ^_^


Harini nak bercakap sedikit tentang ikhlas dan riak. Ikhlas ibarat semut hitam yang berjalan didalam gelap, walaupun tak nampak , tapi ikhlas itu ada. Bukan senang nak menjadi seorang yang ikhlas dalam melakukan perkara2 yang baik, adapun orang buat sesuatu untuk mendapatkan ganjaran.

Apa itu ikhlas ?
Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

Dan diantara tingkat-tingkat Ikhlas:

1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai 
kehebatan Nya. kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada 
pula terlintas di hati sesuatu maksud lain.

Semoga kita semua jelas apa itu ikhlas, dan sebagai seorang hamba Allah, ayuhlah kita ikhlas dalam membuat sesuatu perkara itu adalah semata-mata kerana Allah, hidup mati kita adalah kerana Allah.

Semoga kita semua juga dijauhkan dari sifat riak, riak adalah lawan kepada ikhlas. 
Apa itu riak ?

Riak dari segi bahasa adalah memperlihatkan manakala dari segi istilah pula adalah bermaksud melakukan sesuatu bukan kerana ALLAH swt. 

Diantara contoh2 riak adalah,
  `menderma dengan banyak agar orang lain memuji, 
  `solat dengan begitu khusyuk dihadapan orang2 dan 
  `apabila dibelakang orang2 hanya solat sekadar rupa dan sebagainya. 
Banyak lagi contoh2 riak kalau kita faham.

Susah nak jadi ikhlas namun senang nak jadi riak. Buatlah sesuatu itu ikhlas kerana ALLAH swt semata-mata. Semoga kita semua peroleh rahmat dan kasih sayang. Insya-ALLAH ^^

saya minta maaf ^_^ cuma berkongsi rasa , pengalaman hidup seorang hamba ^_^ memang ikhlas dan riak , umpama semut hitam berjalan dalam kelam malam , tapi semuanya bergantung juga pada niat penyampaian, ada bezanya jika kita riak dan ikhlas andai ada hati yang terdetik dan merasa ♥ ♥

dan hanya ALLAH sahaja tahu ikhlas seorang hamba walau kiri kanan kita berseloroh mengatakan "bajet" , berlagak , bangga ^_^ tapi hati manusia kita tahu kew? ♥

: pernah ada yang datang menghampiri , dari bertutup hanya nampak mata , hingga gadis tidak bertudung kepala , tidak pernah meletakkan piawaian untuk mendekati saya , sedang kekurangan saya bersusun banyaknya , sangat banyak saya melukai hati , saya masih beristikharah untuk mengetahui kalam kelam masa depan saya , adakah sinar jalan dibawah langit illahi ^_^ percayalah pada saya awak semua akan dapat lelaki baik dan sekufu dengan awak semua , sedang saya biar sahaja menulis rindu di atas angin sambil, berdoa semoga ALLAH sampaikan rasa hati ini kepadanya nun jauh disana ^_^ :

"...menanti 19/2 tarikh lahir bonda saya , ingin belikan dia sesuatu , sedang pakat adik beradik , bonda semakin gembira dengan kelahiran cucu pertama dalam umur 65 tahun kala ini , sebab itu hari-hari dia kata ^_^

" sempat tak mak tengok abang ude bernikah"

dulu saya hanya tersenyum dengan kata-kata sinis bonda tapi bila difikir balik usia saya dan bonda semakin meningkat ^_^ jika Allah beri rezeki lebih sekarang juga saya bernikah ...

mana ada dalam dunia sekarang terima apa adanya ^_^ kalau ada pun satu dalam berjuta hati di luar sana....segala harus sempurna demi menjadi pemimpin sebuah keluarga ♥ ♥

bila kawan-kawan baik saya makin ramai nak bernikah , makin kuat semangat saya untuk bekerja , cari rezeki , nak berkemampuan dari segala sudut , saya sedang bersiap sedia buat si dia yang tertulis untuk saya , dan impian saya ingin sama-sama solat berjemaah, sama-sama melangkah menuju ke rumah ALLAH , menamatkan rasa gundah dan tercabarnya iman kiri kanan , dan pastinya jodoh saya itu sedang juga rasa getar sama dihatinya ^_^

bila satu masa nanti saya tiada dipandangan mata awak ^_^ saya ingin awak semua tahu lelaki yang selalu update status di pages ini bersusun dosanya ^_^ maaf andai tercuri hati tertawan raga juga terkesima pabila membaca , saya seorang lelaki cuma menjadi diri sendiri , saya ingin mereka tahu , masih ada lelaki yang dahaga akan pengetahuan agama , masih juga ada lelaki yang selalu muhasabah sebelum mengenal cinta , dan nak sangat mereka tahu , bukan semua lelaki pemain cinta ♥ ♥




                                                                                 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

3 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Muslimah Optimis said...

semasa membaca penulisan ini saya sangkakan penulis adalah seorang perempuan dengan gaya bahasa dan corak penulisan. tidak perasan gambar fb di sebelah seorang lelaki sehingga membaca perenggan akhir entry.


ikhlas memang susah nak buat, tapi kita boleh cuba untuk berpura-pura ikhlas terlebih dahulu, lama-kelamaan kita akan menjadi ikhlas sendiri.. insyaAllah

Anonymous said...

alhamdulillah perkongsian yang baik...

Anonymous said...

alhamdulillah... entri yang baik

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥