Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, January 16, 2013

: setia hingga menikahi ^_^:

                                                                              

                                                                          

"Semakin kita menuntut ilmu, semakin kita angkuh dan sombong, sama ada dengan ALLAH ataupun sesama MANUSIA.. Semakin berilmu, semakin berasa diri hebat, tidak langsung rasa hebatnya ALLAH.. Penyakit hati semakin tebal, bersarang dalam dada dan sering memandang rendah kepada orang lain.."

#siapapun kita, kita tetap ada kekurangan disetiap kelebihan yg kita ada, kerana kita juga manusia biasa, yg sama dipandangan mata ALLAH.. tiada manusia yg sempurna, melainkan ALLAH.. :)



".... semoga esok hari rezeki saya , semoga kamu juga begitu , kalau semua nak jadi boss siapa nak jadi pekerja kalau semua nak jadi pekerja siapa nak jadi boss , tapi hakikatnya boss ke pekerja ke semua hamba Allah, pandangan Allah semua sama , yang membezakan adalah hati dan amalan kita , doakan saya murah rezeki yea awak..."
insya-Allah ♥ ♥

rindu pada , PUAN RAHMAH BINTI HAJI ADNAN ^_^ harga rindu yang tiada tara , antara rindu dan risaukan dia , aku memilih risau akan dirinya seorang diri di kampung ,setiap kali melangkah kaki pergi kerja mahupun ke dewan kuliah ketika belajar dulu , aku selalu bermonolog seorang diri , aku semai dalam hati , apa sahaja aku buat kali ini kalau bonda restu pasti punya kebaikan pada diriku dan jika bonda senyap tanpa melafaz sepatah kata mungkin ada yang tidak kena di matanya ^_^ tapi yang uniknya pada bonda walau dia tidak bersekolah dia bisa mendidik anak-anaknya hingga ke universiti dan ada juga mereka di kampung memuji bonda dan dia dengan lewanya berkata , ALLAH yang bagi diorang pandai bukan aku ^_^

2 minggu berada di suasana baru dan persekitaran baru ^_^ ramai tanya siapa budak baru itu , dan aku cuma senyum sahaja ,  bersusun pertanyaan mereka ingin bicara padaku ^_^dan dengan sinis aku katakan namaku syuk panggil sahaja syuk ^_^ asal johor mereka menyambutku dengan salam penuh manis , aku hanya bersangka baik, tepat masa dan ketika aku meminta izin untuk solat di surau syarikat , lalu mereka memandang aku lagi kerana baru hari pertama bekerja aku sudah menjadi imam mengimamkan department lain , dan oleh kerana aku punya janggut yang tidak berapa nak panjang mereka memanggilku "ustaz"... panggilan sama sejak sekolah , ipt dan dimana sahaja aku berada , aku cuma manusia biasa , aku suka hidup dalam kesederhanaan , tiada apa yang ada padaku kerna semuanya milik ALLAH.. ^_^

menutur segala bicara , penuh beradab bahasa diterjemahku , sangat takut mereka tidak selesa dengan tingkah biasa ini , jadi aku "layan" sahaja segala jenaka yang dikias mereka , aku masih mencuba sesuaikan diri ditempat baru , niatku hanya satu menimba pengalaman , mencari rezeki dan merangka masa depanku , aku bukan orang yang terpelajar hanya pelajar biasa yang masih merangkak mengenal dunia baru ^__^

aku telah meluah segala rasa yang selamanya ini ku pendam lama ^_^ tidak tahu apa pandangan dia terhadapku , kaget juga aku menyusun ayat demi ayat hanya untuk mencuri hatinya , mungkin tiba masanya aku mulakan langkahan baru setelah lama sepi dan sendiri tanpa , raga hati yang menyapa , jika dia sudi menjengah kotak hati ini mungkin, aku manusia paling gembira dalam hidup ini, tapi harus diingat kata sahabat dan orang kananku , belajar bercermin diri , enggag dan merak tidak boleh jalan berdua , mungkin paling tidak jika si merak melihat pesonanya yang terbias dari kelopak air dia akan tahu , dia lebih layak dengan merak yang lain , bukan enggang sepi sepertiku ^_^ andaipun dia menerima diriku apa adanya sampai bilakah dia boleh menunggu?

awak dalam tajuk hati ini , boleh saya pergi tanpa menoleh belakang lagi? sangat malu akan diri ini , kiri kanan kekurangan menjadi cermin hidup ini, aku bukan sesiapa jika diukur dengan segala pesona dunia ,tapi cukup sahaja aku menulis segala babak perasaan di ruangan sunyi ini , siapapun tidak akan tahu jika diberitahu , siapapun tidak akan perasan wujudnya aku , kerna aku bukan seseorang yang dikenali ^_^

"..semalam adalah hari untuk aku merubah suasana hiba menjadi lantai bahagia , tapi hari ini segalanya masih dalam kesamaran lagi , apakah yang difikirkan pada gaya bersahajaku kala menyusun setiap bingkisan kata , aku cuma ingin katakan yang aku "suka" akan rasa ini , rasa ini membuat aku lebih bertenaga , dan rasa ini juga membuat aku terus senyum sampai ke telinga , sambil bertemankan bintang malam , dan hanya ALLAH sahaja tahu rasa ini sudah lama mati tapi kini  rasa itu kembali mengalir, bersama getar nadi memuji asma illahi..."

Ketika Allah menciptakan wanita ,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"..







Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥