Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, January 12, 2013

: Gadis Pencuri Hati:


                                                                                
                                                                                     

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat
kebesaran Allah ". 

                        (QS 51:49)                                                                            

".... sejak tahun 2013 , fikir masa depan ,apa jadi pada hari mendatang , risaukan mak seorang di kampung ,teringin nak capai semuanya , ingin berjaya dunia dan akhirat ,banggakan keluarga , nak jadi lelaki berguna ,beriman dan nak selalu tingkatkan pengetahuam agama ^_^ saya tak adalah belajar tinggi macam awak ,paling tidak saya boleh menjadi rujukan awak tentang agama kita ♥ ♥ insya-Allah...

saya tak pernah jumpa dia , tak pernah bercakap berhadapan dengan dia , tapi saya suka cara dia , dia buat saya tersenyum bersahaja , meski saya mencuba untuk mencuri hatinya , saya harus tahu , mungkin boleh sahaja dia melupakan saya yang masih tidak punya apa-apa ^_^   

saya harus menulis rasa berbunga ini kerna tidak mampu lagi meyimpan rasa hati yang sangat lama ^_^ awak tahu saya suka awak , saya tak pernah jumpa awak tapi saya memilih untuk menyanjungi awak secara senyap , mungkin awak juga tidak tahu tapi ALLAH selalu tahu ^_^ carta hati saya sedang melihat awak , mencuri pandang melihat kesopanan awak , saya suka cara awak , saya juga suka gaya dan penampilan awak , awak umpama mawar yang terliar berseri tapi , seri itu cukup indah dipandang mata ^_^

awak saya selalu patah hati , jarang sekali mereka tahu niat saya dan tujuan saya mendekati seseorang perempuan itu.. saya tak minta seseorang muslimah yang anggun pesonanya mahupun seorang yang jelita , kerna saya selalu bercermin diri tiada apa yang ada pada saya...untuk dijadikan alasan buat menyentuh hati awak , ada kew orang nak lelaki rendah macam saya ? hihihi tembam tak hensem pulak tue... sebab itu malu saya mendekati awak...tapi awak harus tahu saya ikhlas kerana pencipta ingin menjadikan awak halal buat saya nanti.... ^_^

saya bercerita tentang awak pada mak saya , balas mak saya ^_^
mak , abang ude suka sangat tengok dia , dia wujud di laman muka buku ^_^ kami tak pernah jumpa , tak pernah bertegur siapa , tidak pernah melafaz bicara cinta cukup sahaja rasa tenang kala mata melihat...

balas mak , sabar doa banyak-banyak , jodoh itu rahsia ALLAH jangan pula lupa ajal juga rahsia ALLAH , jika benar dia untuk kamu , dia tetap akan menjadi milik kamu walau dengan apa cara sekalipun ^__^ kerna pastinya ALLAH itu hebat berkarya tentang segala rasa ^_^

tapi kan awak , saya malu sangat dengan awak jika diukur dengan pembaris jarak kita sangatlah jauh , bukan sahaja pembaris jika diukur jarak kita dengan akal lagilah jauh , awak bakal punya ijazah , dan saya hanya bekas pelajar universiti yang tergantung tanpa berpeyudah dan saya tiada apa-apa cuma ada harga diri.. banyak benda saya nak cerita tentang awak tapi...mungkin awak tak mahu dengar cerita saya...
al-maklumlah cerita hidup saya tidak seindah yang disangka...penuh luka dan seribu satu cela..  .

bila adanya awak dalam hidup saya , saya jadi lelaki yang suka senyum tidak semena , banyak benda sepi menjadi indah , banyak benda sedih menjadi seribu madah , awak menjadikan saya seorang wira daripada seekor tikus kecil yang mencuba mencari tempatnya berteduh , awak juga sangat bingkas berhujah hingga artikulasi getar bibir saya menjadi kelu , tidak pernah jadi pada saya sebelum ini ^_^

cinta itu sangatlah gila , saya tidak pernah bercakap dengan dia , nombor telefon juga tiada , tapi boleh rasa tautan hati , sambil saya beristikharah berulang kali, insya-ALLAH masih mencari garis dan jalan tautan hati , bermohon pada ALLAH semoga selalu diredhai.. tapi saya masih dalam proses mengenali kamu wahai gadisku ... diri ini tidak pernah bermain dengan perasaan ,
kerana dalam hati walau ada taman masih ada iman ^_^

masuk hari ini dah lebih seminggu saya laukan istikharah , saya nampak sesuatu yang indah dalam hidup saya , sesuatu yang tidak boleh dirungkai dengan kata-kata..kerana awak sangat terluar biasa dan mempesona ^_^

sekarang saya di Toyota MALAYSIA , saya ingin buktikan yang saya boleh berjaya ,
 insya-ALLAH saya yakin dengan jalan pilihan saya , saya akan tekun bekerja bagi mencapai impian saya , saya ingin menikahi awak satu hari nanti ,sama-sama solat berjemaah menjadi imam dan mengimamkan keluarga awak sekali , saya nak beritahu awak , awak selalu dalam doa saya , saya tidak akan pernah lupa pada gadis yang berjaya mencuri hati saya ^_^

kerana awak saya menjadi penunggu setia , pemuja sepi , saya selalu stalker kamu di fb , mencuri pandang dalam tirai maya , kerna apa yang saya beri belum tentu kamu terima , dan saya pula tidak akan meminta apa-apa , hari-hari saya akan tersenyum sambil menunggu awak reply mesej saya di laman muka buku ^_^

insya-ALLAH mengenali , mendekati , mencuri hati dan menikahi itu tujuan saya semuanya kerana ALLAH , ALLAH dan ALLAH..
 semoga saya bisa bertemu kamu nun di muara hati sana ^_^

".. SEMENJAK usia saya hampir mencecah 2_ tahun ini , belum pernah seorang perempuan bergambar dengan saya , mengatakan sayang diwall fb saya , membuat relationship dan berkata jujur pada saya , dan belum ada juga seorang faham tahu niat dan tujuan saya mendekatinya ^_^ padahal saya bukan nak berkawan suka-suka dan buang masa saya , sebab saya merangka masa depan dengannya untuk menikahinya , bahkan saya tidak main-main..., tapi saya belum ketemu dan mungkin bukan masa yang sesuai...."


"....dia selalu dalam ingatan saya ,walau tidak pernah bersua muka ,tidak pernah keluar bersama ,hanya meluah rasa dari pena ,melukis di atas angin rasa suka ,terima kasih beri ruang kenali kamu walau mencuri hati kamu terlalu sukar untukku namun ia adalah salah sebuah cabaran yang sangat membuat aku menghargai kamu.."






                                                       


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Bukan Bidadari Awak ;) said...

alhamdulillah
seronok melihat (bukan mendengar sebab kita di alam maya)bingkisan hati syuk :)

bagi saya,apabila seseorang lelaki itu boleh menjadi 'imam' kepada bakal 'zaujahnya' itu sudah cukup untuk dijadikan asas penilaian

in shaa Allah,Allah sedang merangka yang terbaik untuk syuk dan 'si dia' kerana apabila Allah berkata 'kun fa ya kun' maka jadilah seperti yang Dia kehendaki

semoga doa2 syuk untuk 'si dia' akan Allah sampaikan melalui istikharah dan tahajudnya juga.amin. =)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥