Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, December 18, 2012

JIka Aku Tanpa Mereka ^_^

                                                         
bukan semua perkara mampu dilafaz dengan kata-kata sebab itu saya hanya berdiam dan senyum sahaja , biar nukilan hati menjadi cara pemahaman yang sempurna :)



♥ Jodoh itu bagaikan pintu. Si gadis menunggu di sebalik pintu manakala si jejaka mencari gadisnya dari pintu ke pintu. Pintu si gadis mungkin dekat saja tapi si jejaka terlepas pandang dan meneruskan perjalanannya. Ia mengambil masa untuk dirinya membuat U-turn. ^_^



Mungkin juga pintu si gadis telalu jauh maka si jejaka perlu mengembara jauh utk sampai ke pintu itu. Masa penantian gadis itu dan masa pencarian jejaka itu sebenanya merupaka masa untuk mereka mempebaiki diri masing2 supaya menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. ^__^


Apabila sudah tiba masanya, si jejaka akan menemui pintu yang ditakdirkan untuknya dengan sangat mudah dan penuh barakah serta ucapan salam. Si gadis menyambut ketibaan jejaka dengan jawapan salam dan senyuman yang paling manis ♥          

Bukan aku tidak mahu bercinta , tapi apakan daya , masih belum ada yang menjengah hati , bukan aku cuba menjual diri umpama malaikat yang selalu suci namun harga hati ini selayaknya buat si dia yang menghargai, tapi siapakah dia masih dalam rahsia ALLAH ,  mungkin aku mencari tautan hati dan mungkin juga aku tertulis tidak berjodoh hingga ke akhir nanti ^_^
aku punya sahabat baik semuanya berjaya , aku turut menumpang bahagia buat mereka :) 




akmal hakim : aku pernah berkecil hati dengan dia ketika zaman sekolah kerna kenakalan dia membuat kakiku berparut hingga ke hari ini parut itu masih membekas di kakiku , dan kerana itu aku tidak akan lupa dia , dan sekarang ini dia menjadi seorang pegawai polis yang cukup dikenali di bandar metropolitan itu ^_^


Mohd khairil Naim : Kenalan aku ketika sekolah tadika lagi , dan kini dia menjadi YANG DI PERTUA , di salah sebuah kolej kediaman di UPSI , subhnallah hebat bukan dia ^_^ dia seorang anak yang sangat baik , selalu menghabiskan masa senggangnya jika pulang ke MUAR membantu ibunya menjual kuih ^_^ berkat anak soleh , kejayaan ALLAH bagi didepan mata.


Mohd Abdul Hadi : dia seorang yang sangat berdedikasi hebat bila berhujah , dia pernah menjadi PRESIDENT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR , di KOLEJ POLY TECH KOTA BHARU , sungguh dia seorang sahabat yang sangat banyak membantu aku hingga ke tahap ini , setiap balik pulang dari kl ke Muar dia yang selalu menjemput aku di Perhentian Bas kUBU BENTAYAN. aku tidak pernah lupa jasa hadi mungkin hingga ke akhir hayat aku ^_^

HAFIZ KADIR : kawan yang paling aku sayang selalu sahaja berada dalam hati aku , sekiranya pulang ke MUAR akan aku habiskan masa bersama dia , DIA seorang lelaki yang sangat setia , aku harap dia akan bernikah dengan AMIRA setelah lebih 7 tahun berkawan , dia bukan jenis yang suka cakap besar dan selalu senyum dan relax , walau dia tidak berpelajaran tinggi , NILAI HATI DAN pekerti dia sudah cukup tinggi berbanding latar belakang dia ^_^

wahai sahabat semua aku akan berhijrah di satu tempat yang jauh nanti , cuma harapku , kau maafkan segala perilakuku sepanjang perkenalan kita , AKU SANGAT BANGGA ada sahabat seperti kamu , walau aku punya kekurangan seribu , aku lemah tanpa kamu , aku tidak mungkin berjaya menapak hingga ke puncak ini , semoga ukhwah kita hingga ke akhirnya semoga kita sama-sama bertemu di syurga ^_^
aku demam hari ini ,kematian pada pagi tadi mengingatkan aku tentang kehilangan orang-orang tersayang yg dialami aku berturut-turut satu ketika dulu , aku rindu mereka semua ,aku ingin mengikut mereka ,aku tidak ketemu yang sejati semakin aku mengenang rasa ,semakin terbias aku dengan dusta ...

wahai sekeping hati yang rapuh kau tebalkan hati ini dengan rasa sabar melihat senda gurau permainan hati ,bukakan jalan untuk aku menjadi pengemis cinta illahi ^__^       
  


susah nak bagi seseorang faham kita, mungkin dia tiada ditempat kita ;-)

tapi harga sebuah kenangan dan pengalaman selalu menjadi lantai dalam jejak langkahan saya ,saya sedang memadam luka lama dengan anti-biotik iman dan amal ibadat saya ,saya bukan lelaki idaman awak ,saya bukan lelaki yanh baik-baik tolonglah cari seseorang yang boleh membisik ditelinga kamu perihal agama setiap hari ,bukan aku yang masih bertatih mengenal dosa yang lama :-)  

     semasa saya berada di ceruk kesedihan akibat dikhianati manusia ,pernah saya terfikir untuk menjadi lelaki paling jahat ,mencuba segala benda yang memudaratkan saya ,tapi semua itu tidak kemana ,semakin saya menjauh dari nikmat tuhan semakin saya rasa berdosa ,alhamdulillah Allah pelihara saya dari berubah menjadi "orang lain " ♥ ♥


percayalah dunia ini jika kita yakin dengan syurga dan neraka ,kita akan bersegera lakukan kebaikan ,fikirlah disaat mati kita seorang diri di alam sana? apa yang bakal terjadi pada kita nanti ? dunia ini bukan tempat kekal abadi kita semua akan mati ♥ ♥


jangan menyesal di kemudian hari ^__^     


tunjukkan aku ya tuhan jalan cinta sejati hamba-MU :)



DIMANA jika ada penipuan hati diminta jauh dari langkahan setia ini , dan jika masih ada selingkuh dikanan dan kiri kau lindungi aku dari dusta permainan cinta manusia buat hamba-MU ini ^_^


insya-ALLAH , " mencari cinta sejati medamba kasih illahi" ♥                                                


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

prnh t'detik d hati sy melakukan sst. yg b'dosa..
Btpa lemah nye iman d kala e2..
Btw, penulisan yg baik..cume wrna pink e2...t'lalu terang bg mta.. =)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥