Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, November 18, 2012

: Penghijrahan Hati Lelaki :

                                                                             

                                                                          
assalamualaikum.....para penjengah hati lelaki ini , angka 1460 hari usia blog kesayanganku , mungkin tidak seperti blog yang dulu , punya rastusan ribu follower mungkin tidak segah para penulis arka perasaan yang lain , kerna aku menulis bukan kerna nama , cuma aku menulis sebagai mengisi masa senggangku ..

subhanallah , tahun hijrah telah menjengah kamus hidupku walaupun baru beberapa hari usiaku mencecah tahun 2_  , 23 zulhijjah usiaku genap 2_ , ALLAH masih mengizinkan aku menapak dibumi ALLAH walau lantai hatiku selalu berkaca mengenang tautan hati yang selalu tidak bersambut..tahun masehi 2013 maka bermulalah catatan kembara seorang anak teruna di bandar shah alam , sebagai seorang QA di salah sebuah syarikat terkemuka malaysia...

percayalah pada takdir ALLAH tidak semua manusia permulaan dan pengakhiran hidupnya berunsur duka , kerna ALLAH akan membayar harga kesabaran dengan nilai yang tiada taranya, bersabarlah walau harga cubaan seluas lautan , terbiahkan hati bersangka baik pada ALLAH walau anak benih sabar belum bercambah yakinlah yang ALLAH akan menghadiahi keindahan di pengakhiran hidup kita. ALLAH maha adil. selepas mengakiri masa sekolah .
habis sahaja SPM pada tahun 2007 kira-kira bulan disember maka bermulalah aktiviti harianku, mencari peluang kerja , namun aku mencari peluang kerja yang bisa punya masa untuk solat , tidak kira solat lima waktu mahupun solat jumaat , aku tidak mahu segala rezeki yang ada terliar dengan dosa , tanpa keberkatan yang maha esa. jadi aku selalu bertanya ada masa untuk solat jumaat? terkadang ramai juga hairan denganku aku cuma terkesima, aku cuma melirik senyuman tanda malu.

seronok menjadi seorang lelaki boleh mencuba segala benda tapi jangan sampai mencuba perkara terlarang dalam syarak sekali cuba tidak mungkin mudah berpatah balik ,
aku pernah menjadi seorang penjual insurans , jawatan yang sangat perlu bersabar ramai juga kata seorang penjual insurans boleh cepat kaya jika manis mulutnya. namun aku bukan seorang lelaki yang bisa menyakinkan seseorang ,sebabnya ,aku sedari kecil selalu menjadi seorang lelaki yang sangat kuat belas ehsannya jadi , bila berjumpa dengan pelanggan jika mereka kata tiada duit ketika itu aku terus meninggalkan mereka dengan kata maaf , sebab aku tidak mahu membebankan mereka. sungguh jika selalu begitu bagaimana aku akan dapat komisen nanti ^_^

selepas itu aku juga pernah menjadi seorang security guard , di salah sebuah sekolah cina , kerja disini mudah aku mengerah keringat menampung wang untuk membayar bil serta belanja dapur rumahku , kali ini pekerjaan ini lama aku ceburi cuma aku terpaksa berhenti sebab kontrak sudah tamat , selain itu aku dapat peluang kerja yang lebih baik :) bekerjalah apapun janji rezeki itu halal , mungkin pandangan orang lain jawatan itu rendah dimata mereka , tapi disisi ALLAH selagi ada usaha , ada niat yang baik walau siapapun kamu didunia ini ALLAH tetap memandang tinggi hambanya itu, selagi hambanya itu mendamba redha ALLAH yang esa .

sehingga kini aku masih mencuri masa untuk melakukan kerja part-time , walau aku seorang pelajar aku tidak mahu bebankan bonda dikampung , jika dia bertanya aku sihat , walau aku tidak sihat aku tetap akan berkata sihat , terkadang dia pernah bertanya ada duit untuk makan? aku membalas masih punya duit simpananku lagi. aku berusaha supaya tidak membuat bonda gelisah dan risau tentang aku di ibukota yang gah ini.

kerna kerja yang aku ceburi juga maka dia yang pernah aku cinta pernah mengatakan aku tiada masa depan bersamanya , jadi aku mula meneroka jalan baru aku jatuh hasil dari retorik sayang seorang gadis , sudah lama aku maafkan dirinya tidak pernah nampak khilaf dihatiku terhadapnya , aku cuma berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja , insya-ALLAH amarah yang ada tidak sama seperti dulu , aku sudah pun bajainya dengan kesan-kesan tabah dan kali ini aku terbias dengan segala rasa walau bersifat sakit. aku yakin yang ALLAH merencana penghijrahan hati ini untuk menjadi lebih baik lagi dimasa mendatang.

"..tuhan tolong jagakan dia yang pernah hadir dalam hidupku , insya-ALLAH aku bukan lelaki yang dulu lagi , sekarang aku menapak atas redha ALLAH, mencari zat-zat rahsia yang tersembunyi dalam hidupku , mencari cinta sejati mendamba kasih illahi , itu adalah simbolik hatiku ,..walau dengan siapapun kamu sekarang aku selalu berdoa semoga selalu dalam redha yang esa , insya-ALLAH ..."


dan ketika ini aku pula bingung dengan segala rasa di relung jiwaku , semakin hari semakin ramai mencuba menyentuh hati gagahku , mengetuk pintu ragaku , bermain di jendela perasaanku , aku tidak pernah berkata apa-apa, kerna aku hanya berharap semoga ALLAH mempermudahkan jalan-jalan kehidupanku , dan paling pasti biar ALLAH sahaja menentukan siapa dia pemilik tulang rusukku , aku serba kurangnya , aku pemalu orangnya , aku tiada sesiapa apakan lagi ingin bermain cinta , mungkin aku hanya layak menulis bait-bait kata , tanpa sesiapa pun sudi mencari isi tersuratnya , dan mungkin juga isi tersiratnya ada, cuma aku sembunyi di bawah lembaian sepiku  :)terkadang walau pelangi itu nampak indah aku cuma memilih satu warna menjadi peneman hariku ,warna itu adalah putih kerna warna putih sahaja dapat membuat aku mencorak masa depanku dengan pelbagai warna lain lagi ♥ ♥

belajarlah setia pada satu , jaga hati ,jaga iman ,mungkin dengan perubahan hati kita akan melukai banyak hati ,jika kita sahaja suka tapi keluarga tidak mengizinkannya ,ia tidak menjanjikan apa-apa melainkan satu rasa iaitu bersalah sepanjang masa ♥ ♥

tidak harap apa-apa tidak pinta apa-apa tidak mendamba apa-apa ,cuma rindu ,rindu akan setia manusia yang tidak kunjung tiba sambil berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan hidupku  ♥ ♥

 Jangan pernah risau ♥

Tidak semua jodoh lelaki baik dengan perempuan baik tidak juga perempuan baik dengan lelaki baik ,terkadang Allah mendekatkan orang yang kurang baik menjadi pedamping kita kerna Allah mahu kita merubah hamba-Nya mencintai kebaikan diatas pertemuan yang Allah tuliskan buat kita itu ♥ ♥

Ingat rencana Allah hebat dan akan jadi manis bila kita berjaya tempuhinya ♥ ♥                                                                            


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥