Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, October 12, 2012

: Hamparan Perasaan Lelaki Ini :

                                                                             
                                 
   Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”.
(Bukhari)  

Huraian:
Firman Allah SWT yang maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Ibrahim:7). Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah:
  • Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.
  • Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.
  • Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah.
  • Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.

                                                

maha suci ALLAH yang menciptakan MOHAMMAD SYUKRI BIN YUSOF , dengan pelbagai rencah dalam hidupnya sungguh aku bersyukur dengan segala jalan yang ditunjukkan ALLAH melalui segala harga kesabaranku . Aku pernah dihina disuatu ketika dahulu ketika aku tidak punya apa-apa , tiada pekerjaan tetap dan tidak pula meneruskan pengajian . sungguh ketika itu harga diri ini dibeza-bezakan hingga tiada siapa pun tahu aku telah berjaya menjadi  pemendam perasaan paling berjaya ^_^

harga diri ini pernah dijadikan alas oleh sebilangan hawa untuk diperherdikkan akan tetapi aku tidak pernah berdendam mahupun beramarah aku selalu bersangka baik pada ALLAH.
ALLAH merencana jodoh , rezeki dan ajal dalam rahsia , Dia ingin tahu persediaan kita menghadapinya, alhamdulillah aku masih bersedia tentang segala kemungkinan hidupku ini.

satu malam yang indah tatkala aku memandang langit ciptaan tuhanku , dan kala itu aku berdoa ,  jika ketenangan malam  menjadi istiqomah di relung jiwaku sungguh ia bersifat indah , aku mencintai rasa itu lalu hela nafas ini ditarik panjang, angin rindu menyapa tubuh gagah ini , aku pernah berjanji dengan seorang hamba ALLAH aku akan mencintai dirinya hingga lelah jasadku. akan tetapi harga perpisahan atas izin ALLAH sudah membina tubuh baru ini untuk terus bersabar menanti cinta yang lain , dan cinta itu bukan dari dirinya.

bayang-bayang penulisan ini , selalu mengingatkan aku tentang dia , walau dia telah mati di jiwaku , dia yang membangkitkan rasa semangat ini, untuk aku menjengah jauh melihat kalam masa depanku , aku semakin jauh meninggalkanya tapi sangat mustahil melupakannya, tika ini jika adapun gadis menyapa cinta setiaku , aku tidak lagi seperti dulu, aku tidak lagi senaif dulu , aku akan lebih bengis tentang perihal cinta dan tidak perlu aku mewartakan perasaan berbunga  jika benar aku sedang bercinta dengannya. aku ingin cinta itu berakhir dengan lafaz sakinah, lafaz yang bakal membuat ramai menangis , aku tahu ada yang menanti pintu hatiku terbuka , namun aku tetap ego dan berpura-pura tidak tahu , sebabnya aku tidak mahu harapan yang diukirku dikhianatiku sendiri , kerna tika ini aku punya banyak pilihan dan aku sendiri tidak tahu mana satu perlu aku tujui. walau jalan istikharah tapak langkahanku :)

alhamdulillah aku berjaya ditempatkan dibeberapa syarikat terbesar di MALAYSIA , aku tidak akan menoleh kebelakang lagi , hadiah kejayaan ini buat PUAN RAHMAH BINTI HJ ADNAN , dan masa depan dan pelangi indah ini biar buat zaujah yang ALLAH tuliskan untukku di luh mahfuz , aku inginkan yang halal memelukku aku ingin menghabiskan sisa hidupku buat gadis yang tahu siapa aku dikala hela nafasnya dihembus didalam lena mahupun jaga , aku ingin selamanya mencintai dirinya ,insya-ALLAH :)

WAHAI sunyi hatiku , indah jika dia tahu aku selalu merindu , rindu akan gelak tawa kita , rindu akan kedamaian yang diukir kita , kerna cinta yang ada padaku menjadikan aku selalu ada dan tidak pernah penat menjadi raganya :)

insya-ALLAH izinkan aku merangka masa hadapan buat kita , aku, kamu dan zuriat kita nanti , kala itu biar masa dihabiskan solat berjemaah bersama kerna itu impianku :)

terima kasih :)



kuasa cinta sangat kuat saya pernah menulis lirik lagu sambil bernyanyi gundah hanya kerana dia inspirasi saya , saya pernah melukis wajah dia hingga siap potret wajahnya walhal saya bukan pelukis mahupun pengkarya yang bijaksana , kuasa cinta itu mengilhamkan seribu kekuatan dalam sebaris kalimah " aku cinta dia " namun sedarlah bahawasanya rasa itu semuanya dari pencipta sampai masa dia akan alihkan rasa itu jika DIA berkehendak keatasnya :) ♥ ♥

salam cinta ^_^ ♥ ♥












Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

mujurlah allah sembunyikan aib kita.

ayuzan said...

Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥