Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, September 29, 2012

: Menjejak Cinta High Class :

                                                                       
                                                                               
  'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' 


           cintaku bukan semudah dilafaz dan dicanang dengan kata-kata kerna cinta dan harga serta nilai yang aku kejarkan berprinsip dan bermatlamat ,berhurai kata nista dihujani tatkala kau cuba menawan hati si gadis , perasaan yang berbunga menjadi hiperbola sambil sumpah seranah mengatakan aku mencintaimu kerana tuhanku... akan tetapi dimana pengakhiran dari segenap kata yang disusun tambahan lagi adakah mungkin bertemu noktah cintanya.?

       riang tawa , senda gurau tatkala mereka mengatakan perihal cinta , cinta monyet , cinta platonik dan cinta sejati sering keluar dari bibir semua lapisan masyarakat namun dimana letaknya cinta sebenarnya? seorang lelaki akan terjatuh hati hanya melihat dengan mata , sedangkan seorang anak gadis akan terjatuh hati dengan seorang lelaki semuanya kerana tika dia  berjaya menyakat , ramah serta prihatin dengan tingkah si lelaki tersebut , dan di mana pula datangnya cinta kerana ALLAH TAALA?

WAHAI penagih cinta manusia , adapun kau mencari cinta itu semudah updates dan share di laman muka buku , adakah kau tahu nilai cinta yang kau tuliskan menjadi bergitu murah?

aku lelaki , aku juga pernah ternoda dengan cinta , sedang hati ini sakit benar dipermain perasaan oleh manusia yang bergelar gadis , hampas duka perasaan itu telah berjaya diguna pakai menjadi debunga kembang harum berbekalkan hijrahnya... :)

aku sangat-sangat menjaga hati kali ini pilihanku bukan hanya getar yang ALLAH bagi namun aku terus menerus berdoa jika benar jalan ini yang aku pilih diharap ALLAH membuka jalan seluas-luasnya , insya-ALLAH istikharah adalah lantai langkahanku dan doa serta restu bonda bayang-bayang yang setia menemaniku,,,,

cinta high class yang aku kejarkan diharap berakhir dengan pernikahan dan tiada unsur permainan , cuma aku terkadang sangat takut perihal zina hati , aku juga pernah merindui si gadis pernah mencintai dengan sangat , namun aku tebalkan dengan egoku tanpa berkata harapan..sebab aku tidak mahu dia mengkhayalkan aku padahal aku sendiri tidak tahu siapa dia jodohku ?


Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.

         Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).

Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.              


Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.

Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.     

 saya insan biasa ^_^ saya Syuk al-hafiz 

saya akui segala kekurangan saya , saya bukan sempurna , saya juga tidak terlepas dari cela , saya bukan syumul tanpa dosa , saya juga seperti anda semua , saya sangat kasihkan bonda saya , sedang 

cinta saya hanya ALLAH sahaja tahu betapa besar maknanya , sungguh niat yang dijunjung tinggi ingin menikahi seorang gadis tiada istilah mempermainkannya , saya minat pada muzik , pada photography , dan pada bidang penulisan , walau saya bukan golongan seni :)

saya seorang anak pendaie , dan latar belakang keluarga saya juga pendaie , namun saya tidak meletakkan penampilan terutama dalam segala hal saya berpakaian biasa , saya takut ujub , riak dan takabur bermain di kotak hati saya, sebab itu saya suka menjadi biasa tetapi boleh berbicara secara luar biasa :) ♥ ♥


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

(y) LIKE! :)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥