Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, September 17, 2012

: Kalau Itu Takdir-NYA :

                                                                     
                                                                           

 "... Ya Allah, tutupkan perasaan aku terhadap dia yang tidak menghargai dengan sedaya usahaku sekalipun. Dan titipkan dan bukakanlah perasaan aku terhadap si dia yang tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya ..."



MAAF curahan hati berkaca , membuat mereka punya seribu tanda tanya  aku tidak meminta pengertian mereka kerna mereka tidak mengenali aku cukup sahaja hanya ALLAH dan orang sekelilingku tahu siapa aku ^_^

aku melihat saki baki pengalaman membangkitkan rasa perubahan dalam diriku  aku cuma ingin berhijrah ke arah lebih baik , tidak mungkin hati ini dipanah dan ditusuk sembilu lagi , aku punya harga diri  aku punya matlamat dan target demi membina kemajuan dalam diriku ini..

insya-ALLAH tahun hadapan berakhir sudah pengajianku , cuma terpulang padaku adakah ingin sambung pengajian atau terhenti disitu  aku ingin mereka tahu , yang aku sedang merencana sesuatu buat masa depan ini  kerna kisah duka cinta berkaca yang retak seribu itu , sudah bernoktah  mungkin aku tidak lagi seperti dulu  insya-ALLAH kesudahan yang baik milik hamba-ALLAH yang bertaqwa ...

sabarlah wahai sahabat, tidak perlu ditangisi perihal jodoh percaya pada ALLAH? Qada dan qadar ? insya-ALLAH semuanya sudah tertulis buat kita , yang perlu hanya bersabar menunggu dengan tenang , dan sambil itu mencarilah....insya-ALLAH ...jika dia jodoh kita ALLAH akan buka jalan seluasnya untuk kita menikahinya ^_^

pernikahan kan satu ibadat ^_^ jadi perlu juga restu orang tua  jika tanpa restu , mungkin hidup tidak tenteram, restu orang tua bersama izin ALLAH ..selagi ibu ayah tidak melakukan kemungkaran kita wajib mengikut segala nasihat darinya...

redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka.
“Bayangkan kalau kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu..
perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Tetapi, “Adakah sempurna agama jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa?”
perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. “Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi :-)
Jika Tak Direstui

Kesan yang jelas bagi perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah gagal mendapat keberkatan.  hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa tadi.
“Kalau ada restu ibu bapa, apabila menghadapi sesuatu masalah, kita rasa yakin boleh menyelesaikannya walaupun masalah itu nampak berat,”perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa maka lebih mudah berlaku huru-hara. Sebaliknya dengan keredhaan ibu bapa, perkahwinan terasa lebih menyeronokkan.
Ayuh kita merenung perkahwinan orang-orang dulu yang jodoh mereka betul-betul atas pilihan ibu bapa.  “Kita tengok jangka hayat rumah tangga mereka lebih lama. Sekarang kahwin bermula dari cinta tapi peratus cerai tinggi. Hendak kata tak kenal, sudah kenal. Hendak kata tak cinta sudah cinta. Di situ sebenarnya peranan keredhaan ibu bapa. Keredhaan ibu bapa lebih kuat daripada cinta. Lafaz cinta tidak sekuat keredhaan ibu bapa,”
Apabila Ibu Bapa Diam 
Diam ibu bapa dengan pilihan jodoh anaknya mungkin menandakan mereka tidak bersetuju, cuma mereka tidak menyuarakannya secara terus-terang.“Diamnya itu mungkin tanda tidak setuju dengan pilihan anak tetapi dia tidak kata tidak setuju sebab tidak mahu melukakan hati anak.”Dalam hal ini, 
si anak hendaklah cuba memahami isi hati ibu bapa dan menjaga hati mereka.Walaupun diam ibu bapa mungkin juga menandakan mereka berfikir dan bersetuju tetapi si anak perlu bertanya secara berhemah untuk memastikan ibu bapa betul-betul merestui pilihannya.  lazimnya jika ibu bapa redha dengan pilihan anaknya, mereka akan iringi dengan nasihat dan kata-kata semangat.  “Tapi jika tiada respons atau hambar saja, anak kena pastikan betul-betul untuk menjaga hati mereka,”ada ibu bapa yang menuruti pilihan calon pasangan anaknya setelah didesak atau dipujuk walaupun hati kecil mereka tidak benar-benar meredhainya.

hati saya bukan bahan uji kaji , perasaan saya bukan eksperimen , sedang saya istikharah inginkan ketetapan hati , saya juga takut akan riak dan takbur mengaburi diri , saya juga tidak suka akan pujian sebab itu saya sangat benci akan pujian yang bakal melemahkan iman lelaki saya , sungguh saya bukan lelaki baik-baik dan sangat ramai lelaki lebih baik dari saya , sebab itu saya ingin kamu tahu lelaki biasa ini bisa pergi walau tidak bisa memiliki menyentuh hati sudah memadai ^_^ ♥ ♥


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥