tak perlu tanya siapa saya ^_^
tak perlu tahu kenapa saya tulis begitu..
tak perlu tahu latar belakang saya..
sebab saya tidak mahu terkenal mana..
cukup sekadar apa yang ditulis membekas di hati..
saya insan biasa yang punya ehsan juga ^_^
sedang kamu duduk ditepi tangga perubahan saya datang tidak semena, kerana kelihatan seorang anak gadis seakan-akan tercari-cari sesuatu dan niat hati hanya ingin membantu ..dan seorang rakan saya memerhati dari kejauhan.
LELAKI ITU : Saya seorang lelaki yang punya masa senggangnya
LELAKI ITU : Tidak perlu , cukup sampai disini sahaja.
maafkan saya
HAMBA ALLAH : Kamu sombong!!!!!
LELAKI ITU : wahai kamu kenapa tidak masuk kedalam masjid
ini ,
solat sunat tahiyattul masjid dan
iqtikaflah disana .
waktu magrib lagi beberapa minit lagi.
HAMBA ALLAH : Saya selalu melihat kamu
mencuri pandang kamu ,
saya ingin seseorang lelaki untuk membimbing saya.
selalu saya melihat kamu bukan hanya sehari
ini siapakah kamu ?
LELAKI ITU : Saya seorang lelaki yang punya masa senggangnya
berhabis di rumah ALLAH .
Tidak perlu perhatikan saya , saya hanya
lelaki biasa
seperti orang lain juga.
saya melakukan tanggungjawab saya ,
bersihkan
rumah ALLAH di kampus ini.
Saya Pelajar disini...
( cuba untuk lari dari suasana itu )
.
HAMBA ALLAH : Semalam kamu tolong ibu
saya , dia terjatuh lalu
kamu beri dia duit telur dan tepung jualan kuih
kami pecah . dan kamu lelaki yang tiada
kena mengena dengan kami menolong ibu
saya .
dan semalam ibu cerita pada saya tentang
kamu .
rupanya kamu lelaki yang saya selalu curi
pandang di masjid itu.
LELAKI ITU : Saya hanya
berniat untuk menolong saya tiada niat
lain , saya tidak kenal siapa kamu dan
ibu kamu ,
saya lakukan semua itu kerana rasa ehsan
pada ibu kamu saya melihat dia menangis,
saya
tidak
boleh melihat orang tua dalam kesusahan
.
tepung dan telurnya sepapan pecah jadi saya hanya
membantu , seberapa yang boleh. tiada niat selain
itu. ( maaf saya pergi dulu )
HAMBA ALLAH : Tetapi saya nak sangat kenal
dengan kamu , boleh ?
LELAKI ITU : Tidak perlu , cukup sampai disini sahaja.
maafkan saya
( menundukkan pandangan dan berlalu
pergi )
HAMBA ALLAH : Kamu sombong!!!!!
tegasnya disini aku cuma lelaki biasa , aku takut apa sahaja yang dilakukan rosak kerana wujud peluang yang lain dikala melakukan segala kebaikan. sungguh aku bukan lelaki yang baik.
pada tarikh 28 syawal ini , seorang dari gadis yang pernah aku membuat dia menangis, telah bertemu jodohnya, dia bertemu lelaki yang terbaik buat dirinya , pernah aku menolak cintanya mentah-mentah kerana aku takut dengan keadaanku. sedang dia punya segalanya.
Dia adalah gadis yang pernah menjadi boss , ketika waktu aku bekerja dahulu...
dia pernah bertemu bonda menyatakan hasrat hatinya, dan aku memilih untuk menjauh dari dirinya , sebab aku tahu yang dia bakal bertemu lelaki yang sekufu dengannya dan bukan aku.
jalan hidup ini terlalu indah untuk terus diterokai namun jalan sepi juga selalu memeluk tubuh ini, harga kecintaan saya adalah pada seorang gadis yang punya tautan hati sama seperti yang saya rasa , bukan bermakna saya sombong , jika saya benar untuk kamu walau saya menolak kamu dikala ini ALLAH pasti menemukan kita , saya hanya bercermin diri. saya malu dengan diri sendiri saya juga tak punya apa-apa...
biar cita-cita menjadi utama ,asal tidak gelap masa hadapan dikemudian nanti , insya-ALLAH , kalau ada jodoh kita pasti bertemu lagi...
wahai jodoh ku , kamu dalam rahsia ALLAH , aku juga takut akan jalan hidupku yang semakin dalam tanda tanya ini , semoga ALLAH murahkan rezeki lelaki ini semoga semuanya dipermudahkan. insya-ALLAH... restu bonda adalah terutama dalam segala hal dan pasti cinta juga akan hadir bila segalanya sempurna . maafkan saya ^_^
jika satu masa cinta datang menyapa secara jujurnya niatku hanya ingin menikahi , tidak akau menunggu dirinya dengan selalu berdosa aku cuma ingin hubungan yang halal.
jika satu masa cinta datang menyapa secara jujurnya niatku hanya ingin menikahi , tidak akau menunggu dirinya dengan selalu berdosa aku cuma ingin hubungan yang halal.
izinkan aku mengenal cinta , mengenal gadis yang bisa menyentuh kalbuku.
kerana jika dia bisa membuat tubuh gagah ini kaku , insya-ALLAH kau akan ku nikahi dengan kata perlu ^_^
0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:
Post a Comment