Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, September 10, 2012

: kerana itu aku menulis ^_^ :

                                                                       
mungkin ada diantara mereka yang selalu menjengah segala penulisanku , dan ada juga yang tidak berhabis fikir siapa dia disebalik aku , dan disini aku ingin menukilkan sesuatu bahawasanya aku hanya manusia biasa , yang tiada hebat mana dan biasa-biasa sahaja ^_^
terkadang aku takut berhujah ketika disekelilingku ramai mereka yang punya pendidikan tinggi , makanya aku membiar diri mereka habis berhujah dan disetiap selitan bicaraku , terkadang membuat mereka tergamam padaku, padahal jika kenal aku mereka akan tahu , tahap pengajian ilmu dunia hanya sekankang kera, tidak seluas mana , sedang mereka berhujah dengan segala fakta aku pula hanya menyelitkan ilmu ketuhanan, yang tiada tertulis disegala nota fizik , biologi mahupun matematik yang menyebalkan bagiku ^_^

pernah aku melihat seorang anak gadis beria-ria mempertikai hak dalam berjantina , sibuk benar dia berhujah tentang ketidaksamarataan hak kaum lelaki dan wanita , aku hanya melihat setiap baris ayatnya diselangi dengan senyuman sinis dariku , demi ALLAH hanya emosi berbingkaikan segala kepetahan yang disampaikan , sedikitpun tidak menjengah ilmu al-kitab yang sedari dulu tertulis buatmu hawa ^_^

jadi bisakah aku bercerita kenapa aku menulis tentang rasa lelakiku ^_^
           dunia yang dicipta ALLAH sangat luas , dan keluasannya tidak boleh dihitung dengan jari kerana itu atas izin ALLAH manusia mencipta pelbagai alat khusus untuk mengukur luasnya permukaan bumi , namun ilmu ALLAH pula umpama selautan laut yang terbentang luas tanpa ada pengakhirannya , dibandingkan ilmu kita hanya setitis dan terkadang tiada punya makna ^_^

aku menulis rasa hati ini untuk gadis tahu , bukan semua lelaki berbicara tanpa melunaskannya , bukan semua lelaki tahu mengukir janji setia dan bukan semua lelaki rendah darjat dan martabatnya , mungkin pandangan manusia begitu pandangan ALLAH , lebih indah lagi ^_^ 
aku pernah disuatu ketika dulu , selalu diukur dimana sahaja pencapaianku , ketika aku mengenal seorang gadis itu , selalu juga bondanya kisah akan aku dengan bersusun kata yang berbisa , mungkin untuk mematahkan langkahanku untuk terus menjadi sebahagian dari keluarganya...aku meminta izin orang tuanya sebelum berkawan dengan anak gadisnya mungkin caraku nampak salah tetapi aku cuma tidak mahu berdosa selama dengannya....meski amat jarang keluar bersama , bila ada masa terluang aku tidak akan keluar berdua , selalunya bersama akak dan adiknya ^_^

selama persahabatan dengannya banyak perkara aku belajar mengenai kerenah seorang hawa , disaat aku menyatakan aku tidak dapat menyambung pengajianku disebabkan beberapa masalah , maka dilemparkan harga lelaki ini jauh ditengah laut, sedang aku mencuba menawan hatinya, nama buruk ini kembali dijaja , dikata aku lelaki kemaruk cinta , tidak sedar diri dan banyak lagi ,aku tidak pernah marah , aku menangis di titian usang sambil berdoa, sangat sakit mencintai manusia yang buta hatinya , sedang aku beria-ria setia dia pula mengucap sayang kepada lelaki umpama menukar sepersalinan baju ,
 harga lelaki ini menurut "katanya"  aku tidak punya masa hadapan ^_^ padahal dia sendiri juga belum habis pengajiannya...
tidak pernah aku mengungkit tentang apa sahaja pemberianku , kerana segalanya aku anggap hadiah buat dirinya....aku juga tidak mengongkong kerna aku tahu aku tiada hak yang khusus buat dirinya ketika itu dia terus menerus mesej dan melayan lelaki lain...tanpa melihat aku lagi ^_^ harga lelaki ini direndahkan bagai alas kaki , sungguh aku membutakan segalanya hanya untuk melihat dia tersenyum...hingga kini dia belum mengakui kesalahannya....perhubungan kami seharusnya berusia 5 tahun untuk kali ini..tetapi dia meninggalkan aku tanpa ucapan selamat tinggal , dan terima kasih dia tegar  dengan terus , menerus menukar pasangan , tanpa pernah serik....insya-ALLAH akan aku mendoakannya ^_^
terlalu banyak pengalaman yang berjaya menyentuh ragaku hingga kini ia masih membekas disanubari , sejak kejadian itu , aku bukan lagi lelaki yang murah pada harganya , aku memang dilahirkan setia namun bukan setia pada cinta manusia , kerna cinta yang khalik tetap terutama , satu masa nanti jika ALLAH beri tautan hati aku ingin terus menikahi , aku tidak pernah membenci hawa , cuma aku tidak mahu salah memberi hati...

sedang aku bercinta dengan sepenuh hati , aku takut aku lupa ALLAH lagi ^_^ aku tidak nafikan yang aku merindui cinta , aku merindui rindu , aku dahaga kasih sayang...

namun biar ALLAH sahaja menjadi sutradara , pengarah cerita dalam kamus hidupku , cinta suci ini biar atas restu bonda atas redha ALLAH dan insya-ALLAH akan berakhir dengan pernikahan nanti , walau aku sendiri belum tahu siapa dia pemilik tulang rusukku ^_^
diharap dia baik-baik sahaja disana ...   

sebab itu aku masih menulis hingga kini , aku tidak mahu tewas lagi dengan perasaanku sendiri biar mereka tahu yang lelaki ini punya harga diri ^_^            

"JUJUR itu di hati,
Memang sukar untuk dibukti,
Andai ia tidak dimiliki,
Entah apalah erti,
Hanya membuat pedih hati.

JUJUR bukan sekadar untuk menjaga hati,
Ia umpama azimat penguat iman di hati,
Jika jujur dipandang sepi,
Hilanglah percaya pengikat hati,
Palsulah segala kasih sayang sejati,
Bersama meniti titian cinta ilahi."

Maniskan Iman, Maniskan Senyuman. ^_^
     
      Syuk al-hafiz                              


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥