Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, September 8, 2012

: Berikan RUANG untuk Mengenalimu ^_^ :

                                                                             
 Rasulullah bersabda :

❝ Barang siapa diantara remaja
BERKAHWIN dalam usia MUDA, maka
MENANGIS lah SYAITAN. Dan ia
(syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku,
agamanya telah terpelihara dari
godaanku... ❞
- HR . Ibnu 'Addi


         


  Maaf andai suka kamu , maaf andai mencuri pandang padamu , aku hanya melihat kamu dikejauhan itu dan tidak pula aku datang melulu , kerna aku tahu , mungkin rasa itu hanya dirasa aku dan mungkin aku sahaja beria-ria kepadamu ^_^ sungguh aku malu...
seharusnya aku harus merapatkan hela saf niat biar selari...aku tidak patut dahagakan cinta pada dirimu kerna niat ini hanya membantu , makanya persetankan rasa cinta ini, kerna akan aku salut rasa itu dengan ikhlas dan iman :)

         saban masa waktu dan ketika , aku harus metarbiah diri sendiri hati sendiri selagi aku bujang , memang banyak bakteria yang bakal tersebar dalam hatiku , mungkin aku bisa terhanyut jika tak bijak menjaganya sehabis baik, insya-ALLAH agama yang ada pada pelusuk hati masih membimbing imanku , aku masih kuat tidak terhanyut dalam noda , terkadang aku takut , takut aku tersalah langkah teruna ini juga harus dijaga bukan dara seperti gadis lain ^_^ kerna aku masih bersih dari segala onar dunia , namun bisakah aku menjaga teruna ini , insya-ALLAH semoga semuanya baik-baik sahaja ya ALLAH lindungi aku , hatiku pandanganku dan imanku...jangan biar jatuh tdan terhanyut dengan dusta dosa dunia ^_^

               wahai gadis andai aku ingin mengenali kamu lalu kau mendiamkan kata seribu, bagaimana kau harus kenal aku , tiada peluang buat diriku memperlihatkan siapa aku , bagaimanakah aku dikala sunyi dan sepiku , dikala suka dan dukaku dikala siapapun aku , insya-ALLAH aku masih mencuba menjadi seseorang yang bisa disebut dibibirmu , dipuja sepimu , insya-ALLAH perkenalan ini akan kusudahi dengan menikahimu nanti , yakinlah padaku, kerna aku bukan selamanya muda lagi ^_^

wahai gadis , jika satu masa nanti  kau akan tahu stanza cinta yang aku tuliskan , tiada jalan permainan dalam hati ini aku bersungguh ingin menyentuh hatimu , mencuba mengenal hati budimu , dan nawaitu ini ingin menikahimu , aku juga perlu restu , restu orang tuamu , kerna aku tidak mahu berdosa sepanjang mengenal kamu , aku tersangat perlu kamu menjadi makmum dalam semua solat ketika berkhalwat bersama tuhanku robbul jalil , aku bersungguh ingin kau tahu aku ingin menjadi pedamping disisimu...insya-ALLAH selalu dan selamanya...kerana niat ini tiada jalan permainanya...

wahai gadis berilah ruang aku untuk membuktikan segala stanza cinta ini benar kerana aku tidak mempermainkan rasa yang ALLAH bagi , aku ingin istiqomah tetap hati hanya mencuba mengenal kamu seorang kerana perihal hatiku jika berkawan dengan gadis hanya dua sebab pertama aku ingin menuntut ilmu dan kedua aku ingin menikahi , namun aku menggunakan niat keduaku untuk mencuba meyakinkanmu  kerna aku tersangat perlukan kamu...demi ALLAH yang menciptakan aku...

wahai gadis jika aku mempermainkan kamu tidak aku menulis kisah cinta berbunga hanya untuk menyentuh hatimu , aku bukan lelaki pemain cinta namun aku menjaga hati ini hanya buat yang berhak kerana aku juga takut dilukai lagi ,ruang dan masa yang ada ini hanya ingin aku habiskan bersama kamu , aku masih belum berjumpa siapa dia pemilik tulang rusukku akan tetapi jika suatu masa kau berjumpa seseorang yang lebih baik dariku , beritahu diri ini elok-elok, insya-ALLAH diri ini akan pergi jauh sambil mendoakan kamu baik-baik sahaja...kerna lelaki ini hanya melakukan perkara sepenuh hati dan dia sudah bersedia dikhianati...dan dilukai...kerna hati lelaki ini selalu dipermainkan gadis...

wahai gadis jika bukan aku yang kau dambakan kerana kekurangan aku , katakan sahaja kerna aku selalu bercermin diri tidak semua apa yang kita angankan kan menjadi nyata sebaliknya , apa yang kita tidak fikirkan selalu menjadi milik kita ,     insya-ALLAH jika lelaki buruk ini memang tiada dalam ruang hatimu katakan sahaja , jika ALLAH tuliskan didalam istikharah yang aku perlu menunggu akan aku tunggu jika itu sahaja yang termampu buat membuktikan perihal niat baik ini padamu ^_^

wahai bonda izinkan anakmu menghurai kata pada gadis angannya , mungkin diri ini akan dipermainkan lagi namun kau harus tahu bonda , aku tidak akan amarah dan membalas semua itu kerna aku tahu , aku juga tidak sempurna dan punya kekurangan seribu ^_^
jika gadis itu menolak perkenalan ini , aku akan pergi jauh tidak perlu memaksa kerna kau lebih bersiap untuk disakiti lagi ...insya-ALLAH ALLAH selalu ada untuk kita ^_^

bonda , restu kamu punca bahagia diriku , andai kau tiada didunia maka hilanglah jiwaku , doamu jua hela nafasku aku ingin kau tahu , aku sedang mencuba mencipta cerita bahagia , untuk masa depanku ^_^ ALLAHUAKHBAR...

         jika kamu masuk dalam hati saya jangan pernah.cari jalan kembali kerna kunci hati saya terletak pada Allah , saya ingin menghargai rasa itu dengan menikahi , dan kamu tidak boleh berpaling lagi kerana selamanya kamu akan diri ini cintai , insya-Allah ♥ ♥

 jika satu masa saya menemui cinta hati saya , saya tak mahu tunggu lama-lama sebab saya tak mahu berdosa selama dengannya , saya hanya perlu restu kedua orang tuanya dan menikahinya , bila nak masuk dalam hati saya , percayalah saya akan mendidik cinta yang khalik sebelum mencintai saya , kerna saya tercipta atas rasa cinta ibu dan bapa saya , jadi kerana cintalah saya ada ♥ ♥

Syuk al-hafiz >                            


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥