Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, September 1, 2012

: Biar Masa Menentukannya ^_^ :


dalam berseginya hati saya , saya mencuba mencari dimana awak di semua sudut, namun tidak berjumpa, sedang saya bermuhasabah saya terngadah kerana sedari dulu lagi saya telah berjaya hidup sepi tanpa peneman disisi , insya -Allah saya suka keadaan itu walau GPS iman saya selalu dahagakan kasih sayang seseorang insan buat saya nanti ♥ ♥

Nilai perasaan saya tika terlihat awak walau saya sedang suka awak , saya tak boleh nak luahkan kerana saya selalu bercermin diri biarpun awak ada rasa yang sama seperti saya , insya-ALLAH saya tidak akan pergi mana biar masa yang menentukannya :)

kerana tercabarnya iman saya tika melihat kamu sejak ukhwah itu berbunga pada tahun 2008, aku sudah bijak menyusun bahasa hati , fitrah pemalu itu terkadang harus dilawan untuk memberitahu kamu tentang isi hati ini  meski sekarang kau bukan milikku lagi dan mungkin ada seorang lelaki yang bertuah menerajui carta hati kamu , ketahuilah pada satu sudut sunyi aku rindu kamu dan harga rindu itu dibungkus elok dengan kalam doa , SEMOGA kamu berbahagia walau bukan dengan aku ...

hari ini majlis pernikahan sepupu rapatku kamarul amir bin mohd yacob dan nur athiah, syahdu sungguh sepupuku kamarul amir seorang lelaki yang hebat dan agak warak kerana dia aku juga bisa menghurai maksud rezeki dan jodoh , ikhlas ALLAH menemukan orang-orang yang baik bila kita redha atas apa yang dilaluinya itu pengajaran pertama yang berjaya ditelaah aku ...

rindu yang menggunung ini biar ALLAH sahaja yang tahu , harga lelaki ini biar ALLAH juga yang nilainya  kerana pandangan manusia dan pandangan ALLAH tidak sama  sedang manusia memandang dengan emosi ALLAH memandang sejauh mana kita menjaga  hati kita :)
menjaga sehabis baik jangan biar rosak jangan biar terluka kelak terluka payah untuk jumpa penawarnya :)

wahai angin jika aku sedang suka pada seseorang bolehkah kau bawa rasa itu terbang jauh-jauh kerana aku tidak mahu rasa itu bersatu dengan sanubariku, kelak nanti aku juga disakiti  wahai perasaan lelaki yang gagah ini , jika ego bisa menebalkan hati ini untuk mencintai hamba lain maka kau percambahkanlah , kerna yang pasti aku lebih redha dengan apa sahaja yang terjadi dimasa depanku , kerna aku menunggu seseorang yang amat mustahil ingat padaku , kerna rasa itu sudah rutin sejak dahulu lagi hidup dan bernafas dalam niat dan subur dihatiku :)

insya-ALLAH wahai dia yang pernah mencuri hati ini  jika kau baca hasil karya hati ini  ketahuilah oleh kau yang aku memilih kau dikala dulu kerna rasa yang ALLAH bagi , diketika istikharah yang berkali ditunaikan  adakah kau tahu aku perlu menunggu kamu? kerna itu aku melukakan banyak hati dan kerana itu ramai gadis membenci aku dan kerana itu aku masih seorang diri.... namun jika benar rasa sulit ini mendidik imanku agar bersabar insya-ALLAH akan aku menunggu kamu sampai kapan pun biar masa menentukannya , walau pandangan manusia memandang aku disudut hina sekalipun biar ALLAH tahu yang aku selalu beristiqomah ingin menikahi kamu satu hari nanti , walau bukan didunia di syurga nanti... :)

satu masa nanti jika dia sudah bernikah dan memang bukan jodohku  mungkin tika itu aku akan mencuba menjalani hidup ini, mencintai memang mudah tapi untuk membunuh rasa itu sangat memakan masa , dan mustahil untuk dilakukannya, tapi ALLAH kan ada tidak mustahil kan :)
hebat sungguh dia  kerana dia iman aku tertunduk kaku  subhanallah semoga aku bisa berjumpa penawar lara ini , semoga ALLAH bisa tuntun lelaki ini..jangan kerna cinta aku terhanyut dan tak bisa berpaling lagi nauzubillah min zalik :)

doa bonda peneman laraku  doa bonda peneman dukaku walau tiada orang yang kenal rapat denganku walau ada yang beramarah terhadapku , biar aku simpan hati ini dalam-dalam...kerna hanya ALLAH sahaja yang tahu siapa aku...

sedang aku terus bermonolog , aku terlupa yang recana ALLAH itu berjudul suspen mungkin jalan cerita bermula sukar namun yakinlah dihujung cerita hidup ini , ada kesudahan yang maha indah ,
ingatlah kesudahan hidup yang terbaik milik orang-orang yang bertaqwa :)

kalau nikah dapat jernihkan lara hati doa pada ALLAH percepatkanlah , andai belum masanya bersabarlah, sesungguhnya hasil karya ALLAH ada jalan cerita yang maha indah jIKA ada pengenalannya mungkin ada juga pengakhirannya ♥ ♥

kata-kata indah bercerita tentang perasaan adapun rasa kasih yang dalam kehampaan tawa juga berlinang airmata segala rasa itu mewakilkan diri ini punya seribu satu kisah yang tidak terduga hanya Allah sahaja tahu segalanya ♥ ♥

                                                                 < syuk al-hafiz >




                                                                                 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Unknown said...

Btuahnya lau la sy perempuan i2... :-D
Semoga btemu jdoh yg baik... amin
Don wori cz lelaki yg baik dciptakn utk perempuan yg baik...

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥