Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, August 25, 2012

: tika Cinta SINGGAH dihatimu :

                                                                                 
tidak perlu kau menghurai makna cinta sedang kau sendiri tidak tahu dimana punca getarnya , saat ALLAH memberi rasa itu pernahkah kau fikir akan pertanggungjawapan ketika di akhirat kelak, fitrah cinta sangat mahal harganya, sebab itu jika bermula dengan ucapan salam perlu juga diakhiri dengan sambutan salam juga , kerna datangnya cinta dalam sejahtera jangan kau tinggalkan cinta pula dengan noda dan airmata ^_^ namun sedarlah kau yang cinta hakiki hanya milik illahi ^_^

KETIKA pepohon rendang memberi teduhan pada tumbuhan yang renek ketika itu juga kita terkias dengan erti bantu-membantu , ketika siang dan malam silih berganti mengikut rutinnya tika itu kita juga terkias dengan rasa tanggungjawab dengan segala aturan tuhan , jika hidup selalu dalam peraturan manusia akan menjaga satu dan lain , dan tika itu juga dunia tidak akan huru hara , insya-ALLAH...

aku telah mengecewakan banyak hati tika aku mula terngadah dengan panggilan cinta , saat aku menjaga hati buat yang berhak hati kecil ini selalu meronta menagih kasih sayang manusia lalu , aku butakan segala rasa demi menjaga mahar cinta lelakiku , biar pun ada yang menjengah , mencuri-curi , dan mengintai , adakah aku kepunyaan sesiapa mereka tetap tidak bisa meneka, kerna yang pastinya aku bukan kepunyaan sesiapa cuma ALLAH sahaja Pecipta diriku dan segala butir-butir cinta yang diutarakan semua bertulis kerana-NYA.

aku sangat takut melihat airmata berlinangan kerana diriku , sungguh sebelum ada gadis yang menyentuh hati ini , aku akan berusaha membuatkan dirinya tidak suka akan diriku , harga cinta ini tidak dijaja semurah yang mungkin kerna aku takut terhanyut tanpa boleh berpaling lagi.. aku  sangat takut hati ini diracun dengan janji manis manusia yang bakal melemahkan segala pelusuk imanku, dan aku berjanji pada diriku ingin menikahi gadis yang punya matlamat sepertiku..

aku pernah menghabiskan sisa masaku dengan seorang gadis hampir 4 tahun perhubungan itu terjalin, dan rasa itu selalu hidup, biar hati ini telah mati untuk mencintai yang lain , namun aku harus memandang jauh kedepan tika cinta singgah dihatimu , maka kau jaga ia baik-baik, pertahankan ia selagi boleh namun , tamatkanlah hubungan itu dengan pernikahan, kerna sangat sakit mencintai hamba ALLAH tanpa punya ikatan yang sah,... bila bernikah nanti semai ia dengan butir-butir tasbih , biar cinta hidup keran ALLAH dan zuriat juga bakal menjadi pendamai hati buat keduanya semoga kita dan pasangan selalu dalam redha ALLAH.. ^_^

ketika kamu menangis dipermainkan perasaan sedarkah kamu yang hamba ALLAH yang kamu cintai itu milik ALLAH?

DIKALA itu kamu terus menangis sedarkah kamu dia tetap milik ALLAH?

DAN disaat kau merindu tanpa berbalasnya perasaan rindu pada kamu sedarkah dia masih milik ALLAH?


WALAU kamu memuja dan mencintai seseorang itu setinggi langit dia memang selalu Milik ALLAH , ALLAH memberi kamu pilihan yang salah untuk kamu ingat dia itu milik-NYA , ALLAH bolak balikkan hatinya kerna ALLAH tidak mahu kamu mencintai hamba-NYA lebih dari diri-NYA , ALLAH sedang aturkan satu cereka hidup yang menarik sedang kamu masih terhanyut dengan perasaan sedih..

sedang kamu sedih ketahuilah , Yang ada seseorang sedang menunngumu dia telah tercipta buat kamu sejak azali lagi , insya-ALLAH ada jodoh tidak kemana ♥ ♥

     
      terkadang sahabat tanya kenapa saya tidak cuba berkawan dengan 1, 2 orang gadis pada satu masa jawab saya :)

hidup ini penuh dengan pilihan jadi , aku memilih untuk membutakan mata akal dengan memfokuskan rasa setia hanya pada satu benda kerana aku ingin selamanya cita-cita dan tujuan itu tercapai , jika sekali bercinta tidak akan aku ucap kata putus , kecuali si dia meninggalkan aku dengan terbu

ktinya ada orang lain ♥ ♥

kalau aku punya ramai kawan gadis , aku mungkin tidak akan fokus pada seorang gadis , mungkin juga aku akan punya banyak pilihan jadi aku memilih jika berkawan selain mahram cukuplah pada seorang , niat juga pada satu niat , mengenali dan insya-ALLAH sampai masa menikahi ♥ ♥

semoga ALLAH jaga rasa ini buatku elok-elok ^_^       

 ♥ ♥ jangan kau salahkan takdir umpama hidup tidak bertuhan sedangkan kau sendiri tahu qada' dan qadar telah tertulis buat kita , sedang kau menangis kerana putus cinta sedarkah engkau yang Allah sedang merencana sesuatu yang indah diluar kotak mindamu , maka bersabarlah kesudahan yang baik milik orang-orang bertaqwa ♥ ♥

< Syuk al-hafiz>                                                              


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥