Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, August 12, 2012

: MENGHAPUS JEJAKMU :

                                                                                         

                                                                          
aku menginginkan yang indah menjadi ragaku namun batinku berkata kau punya kekurangan seribu , namun aku masih berkata adakah gadis yang indah buatku lalu fitrahku menjawab cukup sahaja kau bermimpi di malam hari kerana yang pastinya , manusia hanya ingin kesempurnaan tanpa melihat sedikit pun isi hati kita , maka sedarlah dalam lamunan itu.. ♥ ♥ 

Ramadhan qarim masuk hari ke 23 bersamaan 1433 hijrah , 
hari yang dimana berlaku sesuatu pada diriku ,
 sungguh terdetik hati ini untuk terus menulis, 
bermonolog dan menghurai tadbir di sebalik kotak hati seorang lelaki naif ini , 
aku sedang mengintai hati yang lain sedang asyik dibuai bahasa berbunga , 
aku alpa dengan matlamat niat hati ini , aku sangat kejam walau sungguh ramai menghantar private mesej di laman muka buku , satu mesej pun tidak dibalas aku , malah aku terus menerus menulis tanpa memandang pengharapan yang lain terhadapku...akan tetapi aku tak bisa memilih pilihan yang lain sedang hati aku telah dicuri dan kunci yang ada pada gadis itu tidak membenarkan aku mencintai yang lain mungkin hingga ke hari ini.

wahai kamu yang sedang menanti doakanlah aku bisa berubah , doakanlah lukisan perasaan lelaki ini bisa terpadam , dan mulakanlah jalan cerita kesal ini bertukar dengan penghijrahan ke arah novela cinta yang baru , doa yang paling baik adalah mendoakan seseorang tanpa diketahui seseorang itu , lalu berharap agar ALLAH buka hatinya seluas-luasnya semoga walau tak bisa masuk ke dalam kotak hati cukup sahaja menyentuh hati , mungkin dengan sekali sentuhan hati yang keras akan rapuh , berkat sentuhan ikhlas insya-ALLAH api yang mengelegak bisa bertukar salju , ALLAH kan ada ^_^

aku dinasihati sekalian sahabat , mereka sangat takut melihat aku sedang dalam kifarah 2 minggu dalam bulan ramadhan aku sering sakit , dan sakit yang maha dahsyat ,  kawan-kawan pula sering memaksa aku untuk menelan 7 jenis ubat berlainan warna , dan dengan gundahnya aku habiskan satu persatu dengan wajah yang sugul dan hati berkaca...tapi aku tahu mereka sayangkan aku , insya-ALLAH AKU akan kuat berpijak dibumi ALLAH ini , meski diuji kanan dan kiri , ALLAH SENGAJA memberi rasa ini , DIA rindu akan taubat dari aku , dan insya-ALLAH lantai muhasabah sedang ku pijak dan tak mungkin aku berpaling lagi...

ada segumpal darah yang bernama hati berada di antara jantung dan limpa dalam tubuh badanku ,  hati , dia berada ditengah-tengah dan dalam hati ada dua punca kekuatan lelakiku , ikhlas dan iman , tanpa mereka berdua aku mungkin hanyut dengan permainan cinta manusia dan kerna itu walau aku sering didustai sering juga diperkotak katikkan perasaanku , aku masih kuat kerana aku punya iman , aku juga punya hati yang selalu berniatkan ikhlas..meski manusia tidak tahu ALLAH selalu tahu.. 

kekuatan kelakian ini adalah ketenangan saat mereka membalas amarah dengan makian aku cuma bijak menulis dan menulis untuk menenangkan ragaku yang tercalar hasil dari ketenangan itu aku simpulkan bahasa-bahasa indah dan berpura-pura tiada apa-apa..adakah lagi seorang gadis yang bisa menjengah kotak hatiku selepas ini...sekeping hati lelaki yang sudah mati dalam berperasaan akibat tembakan kecurangan disamping tikaman demi tikaman penipuan , hati yang ada tersangat kritikal kondisinya , mungkin tidak seperti dulu lagi...sebab itu permainan terakhir yang dipermainkan oleh GADIS pemain dari  PEKAN PAHANG itu , cukup sahaja menamatkan kisah nawaitu ikhlas milik lelaki ini...

walau ranting muhasabah patah , dan dahan yang ada pun beracun , apakah aku bisa menghurai makna cinta disebalik kata dan janji manis manusia dan seorang hawa?

CUKUP-CUKUP SUDAH , aku ingin bermatlamat semoga apa yang berlaku kali ini , 
jangan sesekali menjadi jejak , jika ada sekalipun aku ingin menghapus jejak tersebut...
aku bukan bayang-bayang duka dan kisah sedih lagi..
aku ada ALLAH DIA maha merencana DIA sedang menjaga hati lelaki ini buat yang berhak kerana selama aku ingin mengenali gadis niatku hanya ingin menikahinya ,
 tapi tidak pula dibalas niat yang sama padaku, dan aku sahaja yang beria-ria ,
 tanpa belas dan ihsan aku menjadi bahan eksperimennya...

ALLAH , ALLAH , ALLAH ubati hati nan lara ini...jangan biar ia patah seribu lagi....jagakan hati dan iman ini ,,,jangan biar perasaan cinta lelah kerana aku turut dahagakan cinta manusia...teramat sangat ...ingin bahagia hingga ke syurga....

Kau lihat pada cermin.. Kau harap nampak kesempurnaan.. Bila sebaliknya.. Kau anggap itu sumpahan.. Tidak perlu kau tangisi akan rupa mu.. Lambat laun yang terang akan pudar juga akhirnya.. Tiada guna rupamu cantik jika perangaimu pelik.. Ibarat yang sihat mencari penyakit.. Jagalah saja tingkah-lakumu.. Kerana sifat mu mencerminkan diri di mata alam.. ♥ ♥

Syuk al-hafiz>  
                                                                                  


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥