Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, August 3, 2012

: hati yang bertajukkan kamu ^_^ :



♥ ♥ terkadang hati bisa tercalar bila ada diantara mereka yang menyentuh hati hanya berniat untuk menyakiti , namun sedarlah jika tiada mereka yang menyakiti kita mungkin tidak bisa berdiri dan gagah sekuat ini , biarkan rasa itu berlalu pergi kerana kita masih punya Allah yang maha menyayangi ♥ ♥


hari ini aku belajar, mencari jawapan dalam pengiraan kejuruteraan yang sangat merumitkan , dan kerumitan itu membuahkan rasa sakit yang  amat sangat di benak fikirku ,aku harus menggunakan segala keringat akalku , dan hinggakan 1/3 malam habis digunakan aku untuk mentelaah masalah ilmu dunia ini , sungguh moga ALLAH permudahkan jalan ku. permudahkan langkahan ilmuku untuk aku mencari seisi ilmu dunia hingga ke pengakhiran akhir hidupku insya-ALLAH


sunyi hidup tanpa cinta manusia , yang ada padaku kini kasih bonda yang selalu melimpah ruahnya , bonda ada di setiap masaku , habis segalanya aku ceritakan pada dia, , dan dia menjawab segala pertanyaan dengan berbalaskan mahmudah , katanya aku harus bersabar , dan selalu juga dia ingatkan biar orang buat kita jangan pula kita membalasnya ^_^


wahai bonda ketahuilah yang terkadang aku juga punya amarahnya , cuma tidak bijak aku menunjukkan kepadamu aku cuma bijak menghurai rasa didalam penulisanku , hari ini adalah hari aku meletakkan hati di hamparan permaidani , dan aku menunggu siapa lagi gadis bakal melangkah di jendela hati dan mungkin gadis itu turut memijak hati sepi ini dengan tegarnya lagi. dan aku cuma sudah bersedia , aku ada ALLAH yang perhati aku ada jiwa yang dahaga kasih dan tautan hati , tapi perasaan ini masih berharga dan tak mudah dihirisnya lagi... BIAR segala rasa sakit itu ditelan aku hidup-hidup...


tulisan merah ini menandakan amaran yang kau harus tahu , saat aku menghurai kalam perkenalan kepadamu , akan aku bertanya perihal status hidupmu adakah kau sudah berpunya atau masih menunggu pedamping hati?


dan kau membalasnya ,
 "..aku masih menunggu seorang lelaki dari langit yang boleh membimbingku ke jalan tuhanku , meski aku tidak syumul aku ingin dia menjadikan jalan hidupku bercahaya dan bebas dari gelita ...."


lalu lelaki naif ini , mula menyemai niat, niat yang selalu bernafas sedari dulu lagi , wahai hamba ALLAH aku dahagakan kasih manusia yang rindu akan tarbiah kebaikan dari bibirku , yang suka akan tunjuk ajarku , dan aku mendamba seorang gadis yang tidak punya ramai kenalan lelaki , kerana aku juga turut menjaga hatiku , dan hatiku ini masih rawan, dan masih belum kepunyaan sesiapapun. jika kau faham apa maksudku silalah membalas salam perkenalan ini , atas nama tuhan robbul jalil aku ingin membawa kau ke syurga cintaku insya-ALLAH...


lalu gadis itu tersenyum , lirikan yang mengkhayalkan imanku membuat aku terjatuh , namun aku masih kebalkan rasa dengan ego lelakiku ,
meski aku pernah dikatakan sombong dimata hawa padahal aku sebenarnya seorang lelaki yang , polos dan mudah memaafkan seseorang walau hati terluka seribu kali....


wahai gadis kau harus tahu , yang aku bersungguh mengilhamkan kamu dalam setiap stanza kiasanku , aku cuma ada kamu , aku meletakkan kamu tinggi dalam carta hati , namun kau melihat aku seperti tumbuhan renek yang hanya layak , hidup di celahan mindamu , dan kau juga selalu merendahkan niatku itu...


meski aku mengimpikan bahagia , separti mencapai bintang dilangit , namun rasa yang sedang dihuraikan aku bukan hanya tinggi melangit , tapi hiperbola perasaan ini lebih dari seluas angkasa ciptaan ALLAH...


aku sangat setia bila sedang bercinta , aku sangat ingin semuanya berakhir dengan pernikahan namun , segala yang ku rasa biasanya bertepuk sebelah tangan , aku masih memperbaiki hidupku , yang aku inginkan adalah kecintaan manusia , seiring dengan redha tuhanku .


semoga segalanya , berakhir dengan sakinah dan mawaddah namun , kau yang telah meninggalkan aku dan membiarkan  aku dalam kehampaan lagi , sungguh tercalar imanku , sungguh dalam luka yang kau goreskan dan sungguh kau membuat aku seperti boneka yang hanya layak dipermainkan kamu...namun sedarlah wahai gadis aku hanya istiqomah terhadap kamu tanpa ada dendam dan sekelumit amarah kerana aku ingin menikahi kamu satu masa nanti ...
namun kau tidak pernah memperdulikan nawaituku itu ...


segala apa yang dilalui aku kini insya-ALLAH akan menjadi pengajaran paling berharga dalam hidupku , kerana hati ini bertajukkan kamu , dan hati ini yang telah jatuh dek kerana retorik pesona kamu dan insya-ALLAH akan aku pergi dari hidupmu dan jangan pula kau mencari jejakku....kerna aku bukan yang dulu lagi....insya-ALLAH semoga ALLAH bantu perubahan ini..






♥ ♥ memang semua lelaki didunia jahat , memang semua lelaki didunia semua bernafsu namun lelaki yang baik memang tidak akan ada yang ada adalah lelaki yang selalu berusaha sehabis baik memperbaiki hidupnya memang tidak bisa menjadi dambaan wanita cukup sahaja menjadi ukuran lelaki idaman syurga , walau sederhana didunia hati merindui keredhaan dari yang esa , insya-Allah ♥ ♥


✿ Hidup adalah seperti apa yang kita TENTUKAN..tetapi tidak semua hidup seperti apa yang kita IMPIKAN..BERSYUKUR dan TERUSKAN MELANGKAH dalam KEHIDUPAN..✿~

Pesan Pada Diri ,
Jangan lupa Allah ketika SENANG, jangan ingat Allah hanya ketika SUSAH..Allah BOLEH BERI DAN TARIK NIKMAT bila-bila masa sahaja..♥♥ 

Syuk al-hafiz>


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥