Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, August 1, 2012

: Di Kamar Hati Lelaki :

                                                                     


                                                                                
                                                                           

  ‎"Jika kita tak lagi memilki cinta manusia, langit tak akan berkurang birunya. Tapi kalau kita kehilangan cinta daripada Allah, percayalah hari kita sangat gelap walau dihias seribu bintang sekalipun.."{^_^}



ya ALLAH di mana jalan takdirku , mungkin aku terlalu dahaga kasih sayang manusia hinggakan aku lupa melihat kekhilafan dosa semalam , aku sedang memijak di jalan-jalan kesakitan hati padahal aku sedia tahu , memang hatinya selalu diketuk oleh jutaan lelaki semua kerana pesona dirinya , namun hati yang tegar ini bermain dengan api terlalu lama hasilnya , debunga setia , lecur dan membakar seluruh pelusuk jiwa ...alhamdulillah kali ini aku telah bersiap untuk melaluinya lagi...


jalan takdir manusia pelbagai gaya natijahnya semua telah tertulis di luh mahfuz tanpa kita sedar , namun masih boleh dirubah kerana ALLAH ingin melihat kesungguhan kita , sejauh mana kita merancang ingat pada-NYA dan terus berharap keredhaan-NYA..


Sepedih apapun engkau menangis,engkau tak akan menemukan sebuah senyuman jika engkau tak ikhlas utk rasa yang engkau jalani...

Setegar apapun dirimu,engkau tak akan merasa bahagia jika ternyata dalam ketegaranmu tak ada pula keikhlasan...


Semampu apapun engkau berusaha utk keindahan pada hatimu,jika dalam berusaha ternyata keikhlasanmu hanya kiasan,keindahan hatimu tetap tak akan engkau rasakan.” Ikhlas lah pada kehendak-Nya dan ingatlah siapa diri ini...yang tak mungkin berada dalam dunia,bila Allah Azza Wa Jalla tak mencintaimu...

Semua yg Allah Azza Wa Jalla berikan,baik nikmat-Nya atau ujian-Nya..semata mata utk menguji keikhlasan hatimu.” :)





Di pertengahan ramadhan yang kian suram aku merindu bayangan bahagia , rindu akan nasihat arwah abah , rindu akan keriuhan sanak saudara , apakah akan aku habisi ramadhan ini dengan kesyukuran atau hidupku akan berakhir pada bulan sakinah ini? segalanya juga dalam rahsia ALLAH nekad dan nawaitu , semoga aku diberi peluang untuk hidup dan berbakti kepada bonda , menjaga dirinya hingga akhir nafas ini... aku akan mengilhamkan bahagia dari sudut lain pula kerna aku tahu ...salah satu kebahagian yang tiada tara ialah.....membahagiakan orang tua , mereka suka ALLAH sayang insya-ALLAH..




Orang yang paling bahagia, ialah orang yang membahagiakan orang tuanya. ♥ ♥


   SYURGAKU berada dibawah tapak kaki bonda aku harus , melunaskan tanggungjawabku sebagai seorang anak lelaki , bukan mengharap ganjaran dari yang esa , kerna itu lebih mulia dari segala isinya...

wahai gadis mungkin aku bukan diantara lelaki idamanmu , kerana aku tiada apa didunia ini , harta akhirat juga belum tentu lagi , dan kerana itu aku selalu muhasabah diri , jika benar kau tidak pernah suka akan segala monolog hati ini , jangan pernah mengekoriku terus di laman sesawang ini...cukuplah aku menjernihkan hati yang kusam dengan segala mukadimah hati berbunga, walau manusia tidak banyak memahaminya ALLAH tetap faham apa tersurat didalam baris ayatnya ^_^

kau boleh tinggalkan aku dengan cara beradab , boleh juga pergi tanpa ucap selamat tinggal meski aku tidak marah mahupun dendam ketahuilah aku tetap mendoakan kamu , kamu pasti bahagia dengan pilihanmu , dan jika kau telah salah dalam pemilihanmu itu ketahuilah juga akan aku pergi jauh tanpa memberi kesan ,dan biar hujan menghapus jejakku ^_^

♥ ♥ walau rasa sedih sekalipun , walau perasaan berkaca sekalipun , meski tiada siapa pun tahu , meski tiada siapa memahami yakinlah rasa itu hanya bersifat sementara jika membekas sekalipun Allah tahu itu tandanya Dia sedang menguji kita ♥ ♥




Syuk al-hafiz>                                                              


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥