Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, July 28, 2012

: Kekasih Ramadhan :

                                                                                


  aku ingin singgah dihati kamu, mencuba iqtikaf setia direlung dijiwamu , mungkin aku tidak bisa mencuri hatimu , cukup sahaja kau tahu niatku hanya untuk membimbing kamu tanpa harap berbalas perasaan terhadapmu ♥ ♥

langkahan demi langkahan menuju ke rumah ALLAH, Dan mata yang nakal terpandang ke arah satu sudut tanpa sengaja , ya ALLAH manis sungguh anak gadis bertelekung menuju rumah ALLAH , demi ALLAH niat ini hanya ingin ke musolah namun mata ini meliar melihat segala sudut ..^_^


aku tersangat mengimpikan satu masa nanti dapat bersama-sama zaujahku terus melangkah menuju rumah ALLAH bersama akan tetapi belum masanya aku bertemu si gadis setia , yang ada disekelilingku ramai mereka hanya pemain cinta , jika bisa aku melukiskan masa silamku di mindanya kan pasti dia bakal melupakanku seperti sebelumnya ^_^

kekurangan ini membataskan segalanya , manusia memang ingin kesempurnaan , walau punca cela sebesar zarah sekalipun , dia tetap memilih mencari kekhilafan kita walau terzahirnya kekurangan dirinya sendiri , jadi usahlah kau mengilhamkan bintang di langit sedangkan kau hanya berpijak dibumi yang nyata ^_^

Aku sedang belajar, belajar dari peristiwa lalu dan jangan kamu tertarik atau jatuh hati dengan keperibadian yang aku tunjukkan....
kerana kamu masih belum mengenali aku dan keperibadianku..juga masa silamku..


ada seorang hamba ALLAH suka komen dan hantar private mesej di laman sesawang facebook , walau aku tidak kenal dia siapa hadirnya penuh seribu tanda tanya , ketika aku tersangat ingin menjalin ukhwah perasaan ramai juga pemain cinta sedang menjengah hati ini , sungguh aku sangat tidak berminat berkawan dengan gadis yang punya ramai kenalan lelaki kerana aku sendiri tersangat menjaga hati demi mencari si dia yang sama menjaga hati sepertiku.

jika orang lain sedang membina perhubungan jangan engkau jadi racunnya , ketika orang lain sibuk menjaga perhubungan janganlah engkau jadi pembinasanya kerna jika ada yang tersakiti ada pula yang berdendam nanti , bunga bukan sekuntum banyak lagi bunga yang tumbuh melata , cumanya sama ada bunga itu pudar warna atau tidak terpulang kepada kita untuk memilihnya ^_^

aku tidak dapat pulang ke kampung berbuka puasa dengan bonda pada minggu ini , sungguh banyak kerja dunia yang mematikan nawaituku , sugul hati ini , berkaca perasaanku rindu akan bonda dan adikku mohammad aidil , sungguh ingin berkongsi pelbagai rasa bersama mereka , namun tidak mengapa semoga jika panjang usia ini minggu hadapan bertemu juga ^_^

pabila aku menjaga hati ketahuilah aku hanya ingin berkawan pada seorang gadis sehingga menikahinya , tidak perlu kedua dan seterusnya kerana aku dicipta untuk setia , wahana perasaan ini tersangat mendamba gadis yang punya nawaitu sepertiku , namun ALLAH belum mengizinkannya lagi. 
ada pun biasanya setia dipertaruhkan aku diuji kanan dan kiri ^_^
 ya ALLAH BERKAT RAMADAHAN INI , kau temukan aku dengan erti cinta bersama kemanisan ramadhan , aku sedang mengkhayalkan bahagia walau hadirnya bahagia berupa mimpi indah yang akan tamat tika aku terjaga ^_^ 
namun aku selalu bersangka baik pada ALLAH , akan ada seseorang yang akan melukis pelangi di dalam hatiku nanti ^_^

bermonolog memang indah namun memahaminya sangat sukar , biarlah yang pasti di hati ini hanya tuhan yang tahu ^_^ kerana aku terbiasa bermain dengan hati sendiri bercakap dan bermuhasabah insya-ALLAH tidak perlulah memainkan perasaanku , jika benar tidak suka akan tingkah sinis ini , tinggalkanlah aku dengan cara beradab dan jangan kau risau fitrah sepi itu sudah sebati di dalam diri ^_^

Hidup Bukan Semudah Mimpi ..........
'' Ada masa kita perlu menikmati saat-saat terjatuh .. merasai kecewa apabila yang dirancang tidak menjadi dan menjiwai kepayahan serta kesukaran sesuatu perkara .. 
semuanya ada hikmah yang tersendiri , redhalah''

♥ Hidup diumpamakan sebagai sungai yang menghilangkan dahaga, tetapi ada ketika kita lemas di dalamnya ♥

Syuk al-hafiz>





Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥