Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, July 15, 2012

: PELANGI INDAH ANGANKU :

                                                                                     
                                                                                 


"...raut wajah mungkin boleh menipu , namun hati siapa yang tahu ^_^.."  

mungkin esok lusa kita bisa melangkah dan melangkah namun jejak yang lama masih kelihatan , mungkin kita bisa memaafkan namun kesannya tetap membekas disanubari ^_^

jika mereka medamba sebuah kebahagian mungkin bahagia umpama sepohon pokok, punya akar , punya dahan dan punya bunganya namun bahagia itu tidak akan kekal lama kerna ALLAH mungkin akan selitkan musim luruh tiba masanya daun pokok akan jatuh, dan hilanglah seri pada pepohon merendang itu mungkin yang tinggal hanya ranting yang menunggu masa untuk rebah menyembah bumi dan maksud bahagia cuma tinggal kenangan dan kenangan itu 
mungkin mengajar kamu erti pengalaman ^_^

wahai saki baki perasaan jangan kau menunggu bulan jatuh diribaan , kerna sang bulan itu terlalu indah menghiasi kelam malam namun , keindahan malam tidak kekal lama , kerna siang pula menunggu untuk berbakti kepada sekalian alam pula ^_^ 

sugul hati ini , esok aku akan teruskan pengajianku , aku akan terus melangkah di jalan ALLAH, hati ini sedang dalam gundah , seribu perasaan bercampur baur , sedang bermain di minda, sayu hati meninggalkan kampung halaman dan bonda tercinta, nanti mungkin dia akan merinduku pada setiap masa, namun aku harus terus melangkah demi mencapai cita-citaku, bahagia, selamat dan berjaya dunia akhirat.

" bila bonda seorang diri nanti abang ude tak dapat nak urutkan kaki bonda..."

jawab bonda : '..nanti abang balik , abang urutlah kaki nie, bonda tunggu yew "..

aku tersentuh mendengar kata bonda, mungkin aku cuma ada dia, sedang adik beradik lain sibuk bekerja , dan adik bongsuku mohammad aidil sedang dalam peperiksaan DI uthm batu pahat , kata bonda dia rindu akan kak ngah , lalu nasihatku kak ngah sekarang isteri orang bukan macam dulu , insya-ALLAH dia akan pulang. lalu bonda terdiam tanpa kata.

ya ALLAH aku rindu arwah abah , sungguh bila dia telah meninggalkan dunia ini , aku selalu tidak bijak membuat keputusan hidupku , aku selalu dalam dilema terkadang aku merindu nasihat dan tegurannya , maka cukup sahaja jika aku rindu aku terus menerus mendoakannya , malah kain pelikat  yang dipakai disetiap solatku adalah kain pelikat arwah abah ketika dia mengimamkan kami sekeluarga, dan aku masih memakainya walaupun kelihatan lusuh.

hidup bakal berubah tidak semua perkara akan selamanya kekal, hijrahlah kamu dan mungkin dengan hijrah sahaja kenangan lama akan pergi jauh, walau tak bisa melupakannya cubalah untuk membina kenangan lain yang bakal merubah suasana.

hari ini aku melihat langit yang luas, aku bernafas bersama udara malam, sepi rasanya tanpa sesiapa, aku inginkan cinta, terlalu inginkan rasa itu namun aku cuba tebalkan egoku, aku tidak menjual makna setia yang dilafaz setiap kali memulakan perhubungan namun mereka harus tahu, nekad dan niat ini cuma mendamba kasih dari illahi...dan aku takut jatuh tersandung lagi.

aku selalu bercermin diri , adakah ada mereka suka dengan tingkah sinis ini, adakah ada mereka medamba lelaki sepertiku? aku terus menerus bermuhasabah. 

aku ingin rasa setia dibalas setia , aku ingin perhubungan berakhir dengan pernikahan.....

 dan aku ingin mereka tahu lelaki juga punya mahar kesetiaan..

bila mana aku nukilan monolog hati ini , ada yang terasa sayu?

aku cuma menjadi diriku apa adanya..

berkawan pada mahramku, bercinta pada gadis yang akan aku nikahi.

tidak perlu mencari cinta lain pabila aku menyemai nekad itu. 

namun segala rasa belum bersambut dan aku masih menunggu makmum pilihanku..

mungkin dia sedang membaca luahan hati ini. dan mungkin dia juga sedang bebas berlegar di luar sana, akan tetapi walau siapapun bakal zaujahku nanti. ketahuilah aku selalu bersedia menjadi imam buat kamu ^_^ walau bukan harta dunia harga lelakiku, walau bukan pangkat yang tinggi dipuja kamu , ketahuilah aku cuma menyemai rasa ini buat yang berhak tidak akan ada gadis lain selepas kamu , insya-ALLAH

semoga ALLAH jaga niat ini sampai ke akhir hayatku ALLAHU AKHBAR ^_^



                                                                           


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥