Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, August 4, 2012

: cinta berbeza usia :

                                                                             

                                                                              
After asking ALLAH to GUIDE you 
to the straight path,
don't just stand there...
START walking FORWARD to it! ♥ ♥

Syuk al-hafiz>


salam ta'aruf kepada mereka yang baru menjengah blog usang ini , luahan hati seorang lelaki , subhanallah ramadhan karim masih dalam suasananya , ramai kenalan sahabat pulang ke kampung dan agak riuh tatkala ketemu di masjid , bertemu bersama beramah mesra , ALLAHUKAHBAR , Seronok menjalin ukhwah yang telah lama terpisah :)

hari ini aku ingin berbicara perihal jodoh dan usia , yang selalu jadi bahan mulut manusia tika ini , kenapa salah kah seorang lelaki muda mendampingi gadis lebih usia dari lelaki tersebut ? sedangkan rasulullah dan siti khadijah juga punya jarak umur yang sangat jauh , namun masih bahagia , gembira dan alhamdulillah sentiasa dalam redha yang esa ^_^

tidak semua lelaki yang sebaya matang terkadang , pengalaman yang maha sakit akan merubah seseorang itu , dari semut menjadi si ratu , dari seorang hamba di angkat menjadi raja , apakan pula kita? ALLAH si pencipta yang punya pelbagai hikmah yang jika kita tahu hikmah itu, kita tidak akan memikirkan kedua kalinya ^_^ sungguh jika jodohku nanti dengan gadis lebih usia akan aku terima dengan seikhlasnya , siapalah aku hanya hamba  ALLAH ^_^ apa yang direncana-NYA mesti punya jalan cerita yang sangat menarik , maka bersangka baiklah wahai sahabat semua ^_^       

disini saya ingin kongsikan sesuatu kepada sahabat semua cinta berbeza usia ,
insya-ALLAH SEMOGA memberi manfaat pada anda semua ^_^

Cinta berbeza usia



1) Kini sudah menjadi trend lelaki 

berusia berkahwin 

dengan pasangan muda dan wanita 

berusia berkahwin 

dengan lelaki muda. Adakah trend seperti ini 

boleh menjamin kebahagiaan yang 

berkekalan atau sebaliknya?




Jawapan:



Wujudnya trend baru ni mungkin 
disebabkan fobia dengan
 kes-kes rumahtangga yang berantakan 
bila perkahwinan libatkan pasangan seusia.
 Hakikatnya, bukan umur penentu kebahagiaan.
 Sebaya atau lebih tua atau lebih muda tak penting.



Yang penting ialah mempunyai pengetahuan
 dalam ilmu-ilmu perkahwinan, rumahtangga, 
suami isteri dan berusaha untuk 
mengamalkan ilmu-ilmu yang dipelajari.
 Kalau masing-masing sedar, faham dan berusaha
 menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya, 
perkahwinan akan bahagia 
walaupun mempunyai umur yang berbeza.

2) Boleh puan berikan beberapa tips
bagaimana hubungan sebegini
dapat diteruskan dengan jayanya?

Jawapan:

Tips utama; jalankan tanggungjawab yang sepatutnya.
 Suami ada tanggungjawab yang menjadi hak isteri.
Isteri pula mempunyai tanggungjawab yang menjadi hak suami.
Bila setiap individu jalankan
peranan dan tanggungjawab yang perlu,
keserasian akan wujud dan kebahagiaan akan dicapai.

Tips kedua; sedar siapa anda? Maksudnya,
 kalau anda suami, bersikap dan berperananlah
 sebagai suami walaupun usia anda lebih muda.
Kalau anda sebagai isteri, bersikap dan
berperananlah sebagai isteri walaupun anda
 lebih tua daripada suami.

Tips ketiga; simpan kemas dalam minda, pasangan anda
adalah isteri atau suami anda,
 bukan adik atau abang atau kakak atau anak.
 Bermaksud, anda perlu layan pasangan
anda selayaknya sebagai pasangan. Berkongsi suka,
 duka, masalah, cerita dan lain-lain.
Anda boleh berkawan dengan pasangan
 tetapi tak boleh jadikan pasangan anda
sebagai saudara atau anak anda.

Tips keempat; terima kelebihan dan kelemahan pasangan.
Jika pasangan anda lebih muda atau lebih tua,
selalunya tabiat dan minat berbeza.
Anda perlu terima perbezaan tersebut sebagai
 kelebihan atau kelemahan yang tersendiri.
Kecuali tabiat dan minat yang negatif,
berusahalah untuk
mengubahnya secara perlahan-lahan.
Jangan bandingkan diri anda dan dia
 untuk mencari perbezaan sebaliknya
 usahakan untuk mencari keserasian
dalam minat yang berbeza tersebut.
Kebahagiaan bukan terletak pada
persamaan tetapi keserasian.

Tips kelima; jangan jadikan umur sebagai alasan
 walau dalam apa juga perkara.
Mungkin pasangan anda terlupa dan lupa itu
tak boleh dikaitkan dengan usianya yang lebih tua
atau menyindir usianya
 yang muda tetapi mudah lupa.
Usia cuma angka yang tak berikan
apa-apa manfaat dalam hubungan anda.
 Biar usia muda tetapi jika bertindak matang,
 itu lebih baik daripada usia
tua tetapi bersikap sebaliknya.

3) Apa kriteria yang perlu ada dalam
diri mereka yang terlibat dalam
 hubungan cinta sebegini?

Jawapan:


Kriteria paling penting ialah ikhlas.
 Perlu ikhlas tika menerimanya sebagai pasangan,
 bukan terima sebab rupa atau harta atau lain-lain.
Ikhlas terima dia seadanya,
terima kelebihan dan kelemahannya juga.
 Perlu juga bersikap sabar.
Beza usia memungkinkan pelbagai
perbezaan lain yang berkaitan.
Maka, sabar penting bagi memastikan
setiap perbezaan yang wujud dapat diatasi sebaiknya.

Perlu juga bersikap sentiasa bersemangat
untuk terus belajar sebab anda perlu
lebih banyak belajar untuk mengenali pasangan
 anda dan tidak boleh mudah putus asa.
Anda tak perlu jadikan pasangan anda
seperti anda tetapi anda boleh sebatikan
diri anda bersamanya agar lebih
mudah untuk berkomunikasi.

Tak boleh cepat melenting atau marah walaupun
anda lebih berusia. Berapa pun usia anda,
anda tetap seorang suami atau isteri yang
 perlu berbincang dan mencari jalan keluar
 bagi setiap masalah yang berlaku.
Jangan mencari siapa yang salah sebaliknya
 carilah kesilapan dan kesalahan
 kemudian usahakan
jalan penyelesaian bersama-sama.

Paling utama; sentiasa berdoa agar kasih
 sayang pasangan kekal di hati dan hubungan diberkati.         








“Jika kita kejar dunia... kita selamanya akan menjadi hambanya...

 tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan berada di telapak kaki kita.”

Syuk al-hafiz>                                                                    


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥