Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, July 3, 2012

: kotak hati seorang lelaki ^_^ :

                                                                             

                                                              

  ‎"jika kita tak lagi memilki CINTA MANUSIA,,langit tak akan berkurang birunya,,tetapi kalau kita KEHILANAGN CINTA daripada ALLAH,,percayalah hari kita sangat GELAP walau dihias seribu BINTANG sekalipun ♥ " 




dimana kamu suka akan gadis itu ,
dan pabila kamu terus menerus melihatnya dan terkelipnya mata, maka malaikat akan catatkan satu dosa , kerna pabila panahan mata tepat ke arah pesona si gadis , maka iman si lelaki terhakis , sedikit demi sedikit jadi awaslah wahai mata, jangan tegar melihat keindahan dunia yang hanya perhiasan semata-mata . ^_^

hati lelaki , walau seego manapun lelaki itu , dia tetap bisa berbicara menggunakan akal , untuk memikirkan sesuatu perkara untuk kedua kalinya, sebab itu kuasa talak diberikan pada lelaki kerna jika kuasa talak diberikan pada si hawa makanya kan pasti banyak pasangan akan berakhir perkahwinanya pada ketika ini, kerana fitrah si gadis berbicara dengan emosi. dan kerana emosi juga ALLAH jadikan lelaki mahluk yang perlu ada disisi wanita, walau setinggi manapun pangkat wanita itu lelaki juga penawarnya.

terkadang seorang lelaki itu tidak akan menunjukkan rasa cemburu , kerna yang pasti dia akan menahan rasa itu dengan ego yang ada , walhal dalam hati tercabar fitrahnya, lelaki yang hebat adalah mereka akan terus menerus mengawal amarah walau setia mereka dipijak hawa , kerna harga lelaki itu selalu dikatakan tinggi , dan lelaki tidak akan mudah bergaduh walau gadisnya dicuri orang kerna lelaki itu ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah hati , insya-ALLAH selagi lelaki itu beriman.

saya suka menjadi misteri , sedang mereka sedang mencari siapakah lelaki yang terus menerus menulis dengan pelbagai gaya dalam hujahnya, kerna yang pasti bukan nama menjadi sandaran , bukan juga bahan tawa menjadi wahana permainan, akan tetapi segala penulisan ini selalu dalam perasaan berkaca. tidak semua perkara bisa dihujahkan semudah berkata-kata.
kerna terlalu ramai lelaki yang bijak membina jambatan janji dan semudahnya mereka menyeberangi janji itu walhal bukan dirinya, semuanya hanya kerna ingin memiliki gadis. 

belajarlah menjadi diri sendiri, tidak perlu menjadi orang lain hanya kerna sang cinta , jika seseorang itu mampu menerima anda dalam keadaan anda sekarang itu merupakan satu keajaiban tuhan hanya kerna sebuah cinta, dan cinta pula bukan semudah kata yang dilafazkan. walhal sifat cinta itu terlalu subjektif untuk diberi kesimpulan cukup sahaja dengan cinta kamu harus ada tanggungjawab, bila mana ada tanggungjawab insya-ALLAH terpelihara dari kemungkaran. tanggungjawab menjaga, jaga hati , jaga iman dan jaga akhlak.

aku tidak perlu menjadi idaman kamu ,
 kerna hadirnya aku cuma sedang mendidikmu , 
menyentuh hatimu tanpa kau tahu kenapa wujudnya aku ,
 aku tidak meminta kamu menyambut salam cinta ini, 
kerna yang pasti hikmah cinta yang ALLAH beri ini, 
penuh dengan rasa tanggungjawab. 
aku mencintai kamu walau kamu tidak akan percaya, 
walau kamu tidak akan yakin dengan rasa cinta yang aku nukilkan ...
kerna aku sedang memberi penghuraian cintaku sepenuh hatiku, 
tanpa meminta kamu menyambutnya. 
cukuplah aku memberi dengan penuh rela ^_^

satu hari nanti kamu mungkin akan mencariku,
lelaki yang tidak pernah jemu menulis tentangmu.
kerna syiar cinta ini ada rukunnya.
mencintai kamu tidak melebihi mencintai tuhanku.
mengingati kamu tidak sedalam mengingati solat lima waktuku.
dan aku tidak mungkin melakukan zina hati dengan mempertontonkan rasa cinta kita dengan hubungan tanpa restu orang tuamu.
mungkin mereka ada calon yang lebih hebat dariku.
dan mungkin ALLAH juga menuliskan 
yang aku bukan sememangnya milik kamu,
dalam sekotak hati lelaki disetiap sudutnya punya rasa perhatian.
walau segagah mana lelaki tersebut dia lemah dengan pujuk rayu hawa.
akan tetapi mahar lelakiku adalah setia.
setiaku pada istikharah.
jika kamu terus menerus menjadi jawapanya.
akan aku tunggu dirimu hingga ke akhir waktu.
biar mereka tertanya-tanya siapakah pemilik tulang rusukku.
jawapanku tetap sama gadis yang selalu berada didalam mimpi istikharahku.


andai ALLAH jodohkan kita, andai ALLAH temukan kita lagi.
aku bersyukur dengan amat sangat.
aku mendambakan gadis sepertimu. 
tapi mungkin.....
mungkin kamu ada pilihan lain.
mungkin aku memang tiada disudut hatimu...
dan mungkin sahaja ALLAH ciptakan mu untuk mencabar imanku..

dan...
cukuplah kamu tahu.
mengenali hadirnya kamu betul-betul mengajarku erti sebuah kesabaran dan ketabahan dan insya-ALLAH, walau ALLAH tuliskan yang kamu bukan milikku. aku tetap akan mendoakan kamu, 
kerna dengan doa sahaja dapat menenangkan hati ini.
doaku padamu sudah lama menjadi rutin dan sudah terbiasa bagiku.
insya-ALLAH kamu bisa mendapatkan lelaki lebih baik dariku. ^_^


‎"For every beauty there is an eye somewhere to see it. For every truth there is an ear somewhere to hear it. For every love there is a heart somewhere to receive it." ♥ ♥

Syuk al-hafiz>
                                                                               
                                                                                     


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya memang tak reti bermadah, cuma nak tanya.. kalau sudi jawablah. kalau tak sudi takpe saya faham.

Adakah maksud kata- kata kat atas ni menunjukkan yang En. Syuk tak jumpa lagi si dia..


Ikhlas bertanya:

Cik Purple

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥