Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, July 5, 2012

: Angin Rindu :

                                                                             



Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia

lebih mulia daripada kita kerana dia membuat
dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita
                         membuat dosa dalam keadaan mengetahui. ♥ ♥




        assalamualaikum sangkakala...tiupanmu itu sedang meranapkan harapan manusia , yang selama ini mereka terhanyut kerana cinta dunia , akan tetapi masih lagi punya masa selagi mentari berada pada rukunnya, tidak pula melakukan perkara terluar biasa jadi , hamparan taubat masih terbuka luas untuk kamu bertaubat, sesungguhnya ALLAH maha penerima taubat ...

wahai pelukan setia jangan biar ternoda oleh manisnya bicara dunia , jangan pula terlalu mencintai perhiasan dunia itu , kerna iman lelaki selalu terleka oleh kerana mengagungkan kecantikan hiasan itu.

aku bakal menghabiskan sisa masa , bulan ramdhan di bandar metropolitan itu , dan bonda bakal aku tinggalkan demi mencari sekelumit ilmu dunia, 
semoga bonda dapat menjaga dirinya disepanjang aku tiada nanti , 
aku merindu ramadhan bulan yang mulia , 
dimana bulan itu sisa hidup ku , 
bakal dihabiskan di rumah ALLAH demi mencari kemanisan ramadhan, 
 sungguh banyak perkara dosa sepanjang usia 22 ini telah aku lukiskan , 
aku rindu akan waktu polosku sekitar usia 13 tahun,
aku tidak mengenal cinta manusia yang menyakitkan ,
malah aku terpelihara dari sifat maluku sendiri ,
 namun demikian sisa kenangan suci itu telah lamu ku tinggalkan jauh , aku bukan lagi orang suci itu. sungguh banyak kelekaan yang telah aku cacatkan di diari lelakiku.  

                    hari ini lakaran perasaan ini berada pada tahap sederhana,
 aku ingin bermuhasabah atas penyakit yang menimpaku ,
 mungkin aku seorang manusia yang terlalu asyik melayan perasaan 
padahal aku harus tahu ,
 aku harus yakin bahawasanya jodoh itu sudah lama tertulis buatku , 
jadi aku harus bersabar, tidak perlu meratap rasa sakit , meski sekarang aku mencuba mencoret sebuah perasaan pada tinta baru , pada pena baru, isi dan perenggannya setia, dan disetiap babak aku kuatkan lagi dengan hiperbola cinta, yang menterjemahkan aku dalam proses mencipta bahagia ,buat hidupku. 
namun aku tidak tahu bilakah pengakhiran bahagia itu ?   
bingkas rakan baikku berkata , bernikahlah segala kekusutan hati bakal berakhir , dan balasku insya-ALLAH..bila tiba masa itu akan aku hebahkan pada semuanya.

ada diantara hiasan dunia itu selalu menungguku. 
dan aku tahu rasa setia yang sedang dia kiaskan , 
dia selalu bertanya tentang khabar diriku , 
meski aku hanya mampu membalas dengan sebaris senyuman , 
gadis itu tersangat menginginkan aku , 
aku pula cuba pura-pura tidak tahu , padahal aku sedia tahu , sebenarnya aku inginkan dia mendapat lelaki yang jauh lebih baik dari diriku , 
 aku tidak layak untuk gadis senaif dirinya , jika dia meletakkan aku dicarta hatinya , dia harus tahu , gadis sepertinya layak buat lelaki sepertinya. aku lelaki yang selalu berdosa , sangat menyesal atas segala khilaf cinta yang menyebabkan aku ditinggalkan jadi aku bukan manusia sempurna. 

wahai kenangan rasa sakit , hadirnya kamu membina jarak antara perasaan dan imanku.. hati tidak semudahnya diberi kerna aku takut disakiti lagi.. aku nukilkan rasa ini biar dia mengerti , lelaki juga punya warna perasaan , lelaki juga tahu beremosi , walau gagah mana lelaki itu , dalam hati tetap punya taman yang selalu mekar mewangi. ^_^

aku tidak pernah memikirkan ciri-ciri idamanku cukuplah dia rindu dan menginginkan perkhabaran mahmudah dari bibirku dan cukup sahaja dia menghormati bonda dan selalu peka pada masa ibadatnya ^_^

aku ingin memberitahu dirinya akan sesuatu , sesuatu yang aku pendamkan selalu , aku ingin dia tahu , ada lelaki lain sedang menjengah dirinya , ada lelaki lain dahagakan rasa cintanya , dan ada lelaki lain rindukan pesonanya , makanya jagalah dirimu baik-baik aku takut kamu bakal menjadi ratapan nafsu  semua lelaki, kerna yang pasti jagalah pesonamu biat yang berhak jangan menjadikan pesona itu berharga murah kamu gadis , kamu hiasan dunia...hadir dirimu melengkapkan keindahan dunia dan tanpa dirimu dunia bakal suram  tanpa cahaya, ^_^

jika dia membaca nasihatku tolong beritahu dirinya...........^_^
                                                                                                   
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…  

letakkan ALLAH dihadapan ketika memuji keindahan cinta kerna dia maha menciptakan perasaan namun jangan sampai terhanyut dan rebah kerana mencintai manusia itu kerna , jodoh , ajal maut dan pertemuan dalam rancangan ALLAH hanya usaha doa dan tawakkal akan dapat merubah segalanya ♥ ♥

Syuk al-hafiz>



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥