Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, July 6, 2012

: nafas Cinta Dari ALLAH :









                                                                   

                                     Aku ingin menjerit memanggil namamu ,
 ingin aku pekik sekuat hatiku..namun cukup sahaja engkau merasa apa yang aku rasa kerna jika engkau jodohku kan pasti ALLAh beri getar dihatimu , kan pasti ukhwah kita dibuka jalan seluas-luasnya tanpa ada satu pun halangan insya-ALLAH ^_^

aku masih sedang perhati kamu , meski bukan dalam keadaan berhadapan cukup sahaja aku memerhati di kejauhan , dan bila aku melihat ramai disekelilingmu itu lelaki , hati dan jiwa ini sangat takut... mungkin takut kamu akan disakiti oleh lelaki-lelaki itu kerna kamu masih belum tahu apakah niat lelaki itu menghampiri kamu.

walau jauh mana kamu melangkah walau jauh mana kamu menolak , jika ALLAH takdirkan bahawasanya lelaki ini bakal menjadi imam disolatmu , aku tidak perlu melangkah sepertimu kerna aku hanya akan setia menunggu disitu kerna akau yakin dengan takdir ALLAH yang satu insya-ALLAH. DIA bakal menemukan kita dengan jalan takdir-NYA..

meski aku bisa bernyanyi girang , membahaskan bunga-bunga cinta yang terliar berseri sungguh aku bukan lelaki pemain cinta , cukuplah rasa itu buat yang berhak . jika aku telah menyentuh mana-mana hati maafkan aku , aku cuma menjadi diriku apa-adanya , fitrah cinta itu menjadikan aku lelaki begini, bingkas menghurai rasa dengan pena dan tintanya. tanpa ada satu pun yang tahu kecuali ALLAH penciptaku.

dan jika kau tahu aku juga bisa menuliskan tentang kamu dengan hanya berbekalkan satu rasa iaitu "suka" dan jika aku punya rasa sedih pula mukadimah penyampaian juga bisa tertunduk sakit, kerna mungkin airmata mengalir tanpa perlu dipaksa.

maafkan aku jika menyebut namamu tika istikharahku , aku cuma tidak mahu rasa yang ALLAH bagi tersalah lagi kerna aku terlalu menginginkanmu , aku ingin ALLAH jaga kamu untuk diriku , meski jarak yang aku bina membataskan kau untuk percaya namun harus kau tahu aku cuma ingin melunaskan niat ini menjadikan kamu halal untukku.

satu perkara harus kau tahu jangan pernah mengagungkan aku seperti malaikat , seperti juga manusia tidak bernafsu , sebenarnya memang kamu punya pesona yang telah pun mengkhayalkanku, namun aku harus jaga niatku itu aku tidak mahu kamu menjadi makanan syahwatku , aku cuma ingin menjadikan kamu halal untukku.

wahai hamba ALLAh , Andai aku mengingatkan kamu tentang pergaulanmu ,percayalah yang aku bukan mengonkongmu aku cuma ingin kamu terjaga tanpa ternoda kerana retorik cinta lelaki lain kan membuatmu terhanyut dan ketika itu kamu bakal melihat aku samar bagai fatamorgana sedangkan aku masih menunggu dengan penuh setia .

jika ayah dan ibumu punya calon sesuai buatmu , maka ikutilah sahaja perintahnya , kerna mereka yang mendidikmu , mereka tahu apa yang terbaik buatmu dan jangan kerana cinta kamu memilihku , kerna aku tidak mahu menjadi punca keretakkan ukwahmu bersama keluargamu , kerna hidup tanpa restu keluarga tidak akan tenang didunia dan segala isinya , redha ALLAH datang dari redha orang tuamu. maka sedarlah ^_^

getar urat nadi berasma ALLAH dengan pelbagai hela nafas , aku milik yang khalik , MAKA jika kau mencintaiku , maka cintai dulu tuhanku , kerna aku ingin kau tahu rasa cinta itu terwujud atas izin-Nya , cuma kamu harus pandai menjaganya jangan biar nafsu memimpinnya , kelak nanti merana diri.

Ketahuilah aku bukan lelaki alim yang kau dambakan disetiap , apa yang aku lakukan muzik jadi pendamai kalbuku , aku memetik gitar tanpa rasa jemu , aku mencintai kamu dengan sepenuh jiwaku , namun aku selalu mendoakanmu semoga bahagia walau ALLAH jodohkan kamu dengan orang lain , kerna kita hanya merancang dan ALLAH maha merancang , dan DIA adalah sebaik-baik perancang.

atas izin bondaku , insya-ALLAH dan restunya lagu-lagu cinta ini , akan berhenti dengan lafaz asma dan qasidah-NYA .

aku ingin menjadi imam buat kamu , imam buat zuriat kita nanti kerna hatiku berbisik yang kamu akan menamatkan rasa gundah ini. dan kamu lah calon yang bakal ku bawa bersama ke syurga tuhanku , insya-ALLAH taala . ^_^



                                               


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥