Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, June 5, 2012

: sebaris nekad demi kamu gadis :



sungguh kamu cantik , tetapi kamu suka dijadikan bahan perhatian lelaki , sungguh kamu bisa mencuri pandang tika berjalan , senyum mahupun tawamu , namun lelaki yang benar-benar ingin menikahimu adalah mereka yang sangat takut kecantikkan kamu dikongsi lelaki lain pada dirinya kamu adalah kehormatannya paling berharga dan niatnya untuk menjaga kamu dari bahana dengki dunia dan cemburunya kerana ingin menghabiskan sisa hidupnya bersama kamu sahaja ♥

alhamdulillah semakin dekat rasanya masa berjalan , niat ini ingin menghabiskan pengajian pada semeseter ini dengan jayanya insya-ALLAH niat melangkah ketempat ini untuk belajar , mengejar cita-cita , dan cinta pula biar ALLAH sahaja aturkan jalannya , insya-ALLAH..

USIA , jarak dan iman tidak memandang seseorang itu untuk berperasaan sungguh terkadang perasaan yang datang banyak samar dari nyata , laluilah ia , jaga hati elok-elok..jangan mudah dicuri dan jangan pula salah memberi sekeping hati kelak nanti kamu akan meratap pergi ^_^

jika kamu menyentuh hati , membuat gadis itu tahu kamu ingin menikahinya , tidak perlu ucap hari-hari cukup sahaja berusaha menamatkan kemarau hati dengan mengajak gadis itu ke jalan illahi , nikahi dia pimpin dirinya , bawa dia ke jalan-jalan syurga , cinta yang kamu lukiskan tidak perlu menerima cukup sahaja memberi dengan penuh rela , ALLAH kan ada ..^_^
niat baik pasti ALLAH akan buka jalan-NYA...

Kebahagiaan bukan dicari, kerana bahagia tiada punya tempat atau alamat

tetapi ia perlu dirasai, dijiwai dan diamati perasaannya
Pejamkan mata, dan fikir yang kita sebenarnya sudah cukup bahagia hari ini kerana diberi satu lagi kesempatan bernyawa untuk hidup beribadah pada-NYA...

Percayalah, akan ada sinar bahagia menyinari jika kita rasa hidup ini bukan hanya untuk kepuasan diri, tetapi untuk mendekatkan diri pada Illahi dan berbakti pada sesama insan di duniawi sementara ini... ♥ ♥ 


mungkin dia tidak memandang diri kita , kerna sesuatu idaman itu bukan selalunya mudah untuk dimilikinya ALLAH akan mencabar impian itu dengan dugaan yang maha sakit , dan kemanisan pencapaian kemenangan itu berhasil bila niat , usaha dan doa menjadi medan pertaruhannya , masa depan boleh dirubah jika kita bersungguh ingin merubahnya ALLAH kan ada ^_^ dia tidak akan melihat kamu dalam keadaan sedih selalu hadiah kebahagian sedang menjengah peribadi dan nekadmu itu...yakinlah..

aku seorang pemalu aku juga bukan selalu mendapat apa yang diimpikan tapi aku bersyukur dengan dugaan yang ALLAH beri mungkin hikmah nya aku tidak tahu namun aku tahu ada kebaikan disebalik rasa tabah mengenali gadis yang mencuri hatiku itu , insya-ALLAH aku akan selalu bermuhasabah dari hari ke hari , istikharah jalan hidupku , kerana istikharah juga aku akan selalu kuat untuk membuat keputusan hidupku...

jika benar kamu tertulis untukku dengan kerendahan hati ini , aku bersyukur dengan sangat , aku tidak sempurna pada penzahirannya rupa juga biasa-biasa , tapi aku punya impian yang besar ingin bahagia , berjaya dan selamat didudnia dan di alam seterusnya...^_^

aku ingin nikahi gadis istikharah itu , walau dia selalu menjauh , aku tetap nekad ingin memilikinya , tetapi jika ALLAH tuliskan di luh mahfuz aku miliknya, aku akan setia hanya padanya walau berabad nukilan hati ini ditulis biar ALLAH sahaja yang tahu niat suci ini tidak pernah mati dan berpenghujung ...^_^

ya ALLAH aku tak layak merasai nikmat cinta itu..biarlah aku disini menjadi hamba kepada-MU aku sudah puas bersedih...aku tak sanggup dilukai lagi...sungguh aku sedang bermuhasabah diri..

andai aku bukan lelaki yang baik....pertemukan kekhilafan aku , semoga aku bisa menjadi lebih baik untuk masa yang mendatang kerana aku tak layak buat siapa-siapa.... ♥ ♥

Syuk al-hafiz>




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥